Followers

Friday, July 31, 2009

Pelan tindakan untuk calon UPSR terbabit H1N1 disediakan

BUTTERWORTH: Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelan tindakan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) September ini bagi calon yang dikuarantin akibat Influenza A (H1N1).

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kementerian itu telah berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia mengenai tindakan yang bakal diambil jika terdapat calon dan pusat peperiksaan yang terbabit dengan H1N1.

"Penangguhan peperiksaan itu adalah pilihan terakhir kerana kita sudah ada pelan tindakan bagi calon dan pusat peperiksaan yang terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru SRJK (C) Lay Keow di sini, hari ini.

Peperiksaan UPSR dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 7 September.

Bagi calon yang dikuarantin berikutan wabak itu, Wee berkata mereka akan menjalani peperiksaan di bilik khas yang disediakan.

Mengenai peruntukan RM3.6 juta untuk 10,000 sekolah di seluruh negara bagi membeli alat cegah jangkitan virus H1N1, Wee berkata peruntukan itu akan mula disalur kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) minggu depan.

Beliau berkata peruntukan itu membabitkan pembelian cecair pembersih dan topeng mulut yang akan diedar kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara.

"Setakat ini, saya berpuashati dengan tindakan yang diambil oleh JPN dalam menangani isu ini," katanya.

Beliau berkata kementerian dari masa ke semasa memantau perkembangan wabak itu melalui Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan yang ditubuhkan pada bulan lepas bagi menangani H1N1 di sekolah. - Bernama

Semua IPT tempatan beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR: Semua operasi harian di institusi pengajian tinggi (IPT) akan berjalan seperti biasa dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak menutup semua institusi pengajian tinggi (IPT) akibat penularan wabak Influenza A (H1N1).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai langkah keselamatan, Kementerian Pengajian Tinggi akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan akan meminta nasihat dan pandangan mereka mengenai tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh penuntut di IPT.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan Karnival Kerjaya Antarabangsa 2009 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall di sini hari ini.

Mohamed Khaled berharap pihak universiti tempatan dapat melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap pelajar dan mengesan mereka yang disyaki menghidap penyakit H1N1 dan melakukan langkah-langkah pencegahan agar wabak itu tidak merebak kelak.

Ditanya adakah Kementerian Pengajian Tinggi akan mempercepatkan cuti semester universiti tempatan akibat penularan H1N1 itu, beliau berkata ia terserah kepada pengurusan universiti.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam teks ucapannya, yang dibacakan Mohamed Khaled, berkata graduan perlu melengkapkan diri mereka bukan saja dengan ilmu pengetahuan tetapi mengambil inisiatif untuk memahami kelayakan dan keperluan dalam pasaran pekerjaan semasa.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Karnival Kerjaya Antarabangsa anjuran UIAM itu akan memberi peluang kepada graduan-graduan tempatan menimba pengalaman daripada golongan profesional yang berpengalaman dalam sesi khidmat nasihat dan kaunseling dalam karnival itu. - Bernama

Sabah&Sarawak: 13 pulau dalam proses penandaan milik negara

SANDAKAN: Tiga belas pulau di perairan Sabah kini dalam proses penandaan sebagai bukti penguasaan pulau itu milik Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya, proses penandaan itu termasuk membabitkan pembinaan tugu, menaikkan bendera Malaysia dan menamakan mana-mana pulau yang tidak mempunyai nama.

Beliau berkata, lokasi pulau itu merangkumi perairan di timur Sabah iaitu dari Kudat hingga ke Tawau membabitkan pulau yang tidak berpenghuni dan pulau kecil.

“Langkah itu sejajar dengan keputusan kerajaan untuk menandakan semua pulau yang tidak berpenghuni dan kecil berada di perairan Malaysia selepas Malaysia menang kes tuntutan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Terminal Bas di sini semalam, Mohamed Nazri berkata jurukur negeri sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan mereka sedang dalam proses penandaan termasuklah terhadap pulau yang baru timbul.

Terdahulu, Mohamed Nazri berkata, sebuah terminal bas baru bernilai RM17.5 juta yang dilengkapi kemudahan moden akan dibangunkan di daerah ini, menggantikan terminal bas ekspres sedia ada.

Katanya, tapak terminal berkeluasan empat hektar sudah dikenal pasti berhampiran terminal sekarang dan kertas kerja untuk tujuan itu sudah dihantar untuk diluluskan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, terminal bas Sandakan yang beroperasi di bandar dan menempatkan bas mini juga dalam perancangan untuk dipindahkan ke terminal baru itu.

"Ia sebahagian daripada perancangan kerajaan mewujudkan sistem hab bersepadu dengan prasarana moden dan dilengkapi pelbagai kemudahan di bandar besar seperti Sandakan.

“Sandakan akan menjadi seperti bandar lain di negara ini yang berupaya memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya.

Sabah&Sarawak: Wisma Putra ke luar bandar dedah peluang kerjaya

KOTA KINABALU: Orang ramai terutama graduan di Sabah yang berminat menceburi perkhidmatan luar negara berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya serta aktiviti ditawar Kementerian Luar sempena Program Seranta, Diplomasi Awam dan Penerangan di Kota Kinabalu dan Pekan Membakut, mulai 7 Ogos hingga 9 Ogos ini.

Program itu antara lain bertujuan memberi kesedaran dan memaklumkan orang awam termasuk di luar bandar mengenai kepentingan Wisma Putra sebagai agensi pelaksana kerajaan menangani isu hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.

Kementerian Luar dalam kenyataannya di sini berkata, pada masa sama, ia juga memperkenalkan perkhidmatan disediakan selain usaha mencari pegawai muda yang berpotensi diserap ke dalam perkhidmatan luar.

"Sejajar usaha memastikan rakyat di seluruh negara memahami tindakan kerajaan menerusi dasar luar negara, kementerian mengambil inisiatif buat pertama kalinya menganjurkan program seperti ini di luar bandar iaitu di Membakut.

"Program ini juga akan diadakan di kawasan luar bandar lain pada masa akan datang," katanya.

Program tiga hari itu bermula dengan ceramah peluang kerjaya perkhidmatan luar negara di Bilik Kuliah Utama, Bangunan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mulai jam 9 pagi, 7 Ogos ini.

"Pada hari sama, turut diadakan aktiviti bertemu pelanggan dan pameran foto Kementerian Luar di foyer luar Perpustakaan UMS, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang serta terbuka kepada semua.

"Mulai jam 2.30 petang, temu duga terbuka graduan muda di Galeri Koleksi Perdana Perpustakaan UMS akan diadakan," katanya.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, dijadual menyampaikan ucapan dasar di Bilik Kuliah Utama, Bangunan Perpustakaan UMS, jam 10.45 pagi, pada 7 Ogos.

Sementara itu, pameran foto kementerian akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut mulai jam 10 pagi hingga 5 petang pada 8 Ogos ini manakala di Kompleks Centre Point, mulai jam 10 pagi hingga pada 7 dan 8 Ogos.

Pameran terbuka kepada awam dan percuma.

Kementerian Luar juga menjemput orang ramai, pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk guru, pelajar di daerah Beaufort serta Papar menghadiri ceramah mengenai pengenalan kepada dasar luar Malaysia di Dewan Utama SMK Membakut, jam 9 pagi, 8 Ogos ini.

Sabah&Sarawak: Pemimpin PBS tak pernah dihalang suara isu

TAMPARULI: Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak tanggapan kononnya ia tidak lagi relevan untuk rakyat Sabah berikutan kurang menyuarakan isu pendatang asing tanpa izin secara terbuka seperti pernah dilakukan ketika berada di luar Barisan Nasional (BN), sedekad lalu.

Sebaliknya, PBS mempertahankan parti itu kekal relevan sebagai antara wadah perjuangan rakyat Sabah selagi mereka aktif berfungsi membela nasib rakyat serta menyuarakan pemasalahan kepada kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Radin Maleh, berkata PBS tidak pernah disekat kerajaan BN daripada membangkitkan isu berkaitan pendatang asing tanpa izin di negeri itu kerana usaha berkenaan adalah proses berterusan.

"`Mulut' pemimpin dan ahli PBS tidak pernah ditutup oleh kerajaan BN daripada menyuarakan isu membabitkan kepentingan rakyat Sabah seperti kehadiran warga asing tanpa izin di negeri ini.

"Bagaimanapun, PBS perlu mengubah pendekatan mengikut kesesuaian selepas menyertai komponen BN tetapi tujuannya sama iaitu mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS bahagian Tamparuli ke-24 di Dewan Pusat Giat Belia Tamparuli di sini, kelmarin.

Turut hadir Naib Presiden PBS, Datuk Michael Asang; Ketua PBS bahagian Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; Ketua Pergerakan Wanita PBS Tamparuli, Datin Malianah Ugau dan Ketua Wanita PBS, Datin Jamilah Sulaiman.

Radin berkata, kelantangan PBS menyuarakan isu semasa di Sabah ketika ini tidak wajar disamakan dengan sewaktu PBS bergerak sebagai pembangkang kerana keadaan sudah berubah.

"Sekarang kita mempunyai pelbagai saluran untuk mengemukakan permasalahan rakyat Sabah, maka jangan samakan seperti waktu PBS menjadi pembangkang.

"Ketika menjadi pembangkang, memang boleh hentam (kerajaan) sesuka hati. Kini apabila sudah bersama dalam gabungan kerajaan, kita mengemukakan memorandum mengenai permasalahan pendatang asing tanpa izin di Sabah terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Beliau mengakui sejak PBS menyertai BN, setiap permasalahan dikemukakan parti itu lebih mendapat perhatian dan layanan kerajaan sedangkan keadaan itu tidak dinikmati ketika berjuang sebagai pembangkang.

Sehubungan itu, Radin mengingatkan parti pembangkang supaya berhenti menghasut rakyat Sabah dengan mendakwa PBS tidak mampu memperjuangkan nasib mereka selepas kembali ke pangkuan BN.

"PBS akan terus relevan untuk rakyat Sabah. Apa yang boleh menjadikan parti itu tidak relevan ialah jika ahli dan pemimpin di semua peringkat tidak bersatu hati dan berjuang bersama, ” katanya.

11 kem PLKN ditutup tujuh hari


JURULATIH, Mohd Kamaruzaman Mohamad memeriksa suhu badan pelatih PLKN disyaki ada tanda jangkitan Influenza A di Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang, semalam.

GEORGETOWN: Sebelas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara ditutup selama tujuh hari sejak awal minggu ini selepas beberapa pelatihnya mempunyai tanda dijangkiti selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penutupan kem itu membabitkan 4,500 pelatih dan 200 kakitangan.

"Semua pelatih di kem itu sudah diarahkan pulang ke rumah masing-masing dan dikuarantin bagi mengelakkan wabak itu terus merebak," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Dua Divisyen, Bukit Gedung, di sini, semalam.

Antara kem yang ditutup ialah Kem Tangkas Kendiri di Kuala Kangsar; Kem Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Melaka; Kem Merang Suria, Setiu, Terengganu; Kem Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Kem Sekakap, Mersing, Johor.

Ketika ini, ada 87 kem PLKN di seluruh negara.

Ahmad Zahid berkata, penutupan kem itu tidak membabitkan Pusat PLKN di Sabah dan Sarawak kerana tiada kes dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan menutup lebih banyak kem PLKN jika ada tanda pelatihnya dijangkiti H1N1.

Berikutan penutupan kem itu, katanya, aktiviti di PLKN terbabit akan disusun semula mengikut modul yang ditetapkan selepas semua pelatih dibenarkan kembali ke kem.

Beliau turut meminta ibu bapa pelatih tidak panik kerana pihaknya mengambil tindakan drastik sambil dipantau Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 488 pelatih dari 11 kem PLKN yang ditutup kerana mengalami demam seperti simptom H1N1 sudah dihantar pulang ke rumah masing-masing sejak 27 Julai lalu.

Katanya, mereka didapati mula demam sebaik kembali ke kem masing-masing pada 24 Julai lalu selepas bercuti selama empat hari.

"Ketika ini, hanya 38 pelatih termasuk 15 pelatih wanita di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dikuarantin mulai pagi tadi (semalam) kerana demam dan enam daripada mereka mempunyai suhu badan melebihi 38 darjah Celsius. Tetapi, setakat ini belum ada disahkan mengidap H1N1," katanya.

Doktor tak ikut prosedur kesan H1N1 disoal siasat

Pegawai perubatan perlu faham panduan pemeriksaan kesihatan

PUTRAJAYA: Doktor swasta atau kerajaan yang gagal mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan bagi mengesan jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) lebih awal, akan dipanggil untuk disoal siasat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata tindakan itu perlu bagi memastikan semua doktor terutama di hospital kerajaan memahami dan mematuhi prosedur pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan berkaitan H1N1.

"Seperti kes kematian pertama membabitkan seorang warga Indonesia, kita akan hantar pasukan diketuai Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor terbabit.

"Bukan niat kita mahu menjatuhkan hukuman, tetapi untuk mendapatkan penjelasan terhadap apa yang berlaku dan mengapa arahan tidak dipatuhi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Immunologi Klinikal Kebangsaan, di sini, semalam.

Dr Ismail berkata demikian sebagai mengulas pengalaman dua wartawan yang mendakwa doktor dan kakitangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil mudah terhadap pesakit yang ingin mendapatkan pemeriksaan lanjut berhubung gejala berkaitan H1N1.

Beliau juga memberi jaminan memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan HKL untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menggesa semua doktor memberi lebih perhatian kepada orang ramai yang datang ke hospital untuk menjalani pemeriksaan H1N1, lebih-lebih lagi pesakit asma.

Pada masa sama, Dr Ismail meminta semua doktor memiliki komputer peribadi masing-masing supaya boleh melayari internet dan mendapatkan maklumat terkini perkembangan bidang perubatan seluruh dunia.

"Tolonglah beli komputer dan layari internet terutama laman web kami (Kementerian Kesihatan), supaya maklumat dan pengetahuan lebih terkini.

"Saya faham semua (doktor) sibuk, tetapi perlu beli komputer, tak mahal pun. Doktor perlu tahu apa yang perlu dilakukan, termasuk mengikuti perkembangan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

Sementara itu, 14 lagi institusi pendidikan, termasuk 12 sekolah, ditutup seminggu mulai semalam berikutan jangkitan wabak H1N1 di kalangan pelajarnya.

Ia membabitkan Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah; empat sekolah di Pahang - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka, Maran; SMK Abdul Rahman Talib (Kuantan); SMK Clifford (Kuala Lipis) dan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Raub) serta Sekolah Agama Al-Iqa, Teluk Kumbar dan SMK Permatang Pasir, Bukit Mertajam, di Pulau Pinang.

Dua sekolah di Selangor, Sekolah Menengah (SM) Khir Johari, Beranang dan Sekolah Seri Cahaya, Shah Alam serta sebuah sekolah di Melaka, SMK Bukit Baru, turut ditutup.

Tiga lagi sekolah adalah di Sabah iaitu SMK Agama Inanam dan Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris di Kota Kinabalu serta SK Tebobon, Menggatal, menjadikan keseluruhan 10 sekolah di negeri itu ditutup.

H1N1: Pelajar matrikulasi diarah jalani pemeriksaan

KUALA LUMPUR: Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran yang akan mendaftar mulai esok dan Ahad ini dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan Influenza A (H1N1) jika mendapati ada tanda-tanda demam selesema itu.

Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi kementerian itu, Dr Sariah Abdul Jalil, berkata pelajar yang mempunyai perhubungan terus dengan penghidap H1N1 atau mereka yang baru pulang bercuti dari luar negara yang mempunyai risiko wabak Influenza A (H1N1) perlu juga menjalani pemeriksaan kesihatan itu.

"Jika pelajar didapati positif Influenza A(H1N1), mereka hendaklah menangguhkan pendaftaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya setelah pulih, pelajar tersebut perlu mengemukakan surat akuan doktor bahawa beliau telah bebas daripada penyakit tersebut kepada pihak kolej semasa mendaftar.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Nik Mustapha Abdullah berkata, pelajar yang mengalami gejala penyakit seperti Influenza Like Illness (ILI) yang akan kembali ke kampus pada Selasa ini selepas cuti pertengahan semester dinasihatkan hanya mendaftar semula setelah pulih sepenuhnya.

Selain itu, UPM juga mulai Selasa ini akan menyediakan topeng muka kepada semua pelajarnya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sempena Konvensyen UPM ke-33 yang dijadual pada 8 hingga 11 Ogos ini, ibu bapa, penjaga atau anggota keluarga yang kurang sihat dinasihatkan supaya tidak hadir ke majlis itu dan sekiranya kehadiran tersebut diperlukan, mereka dinasihatkan agar memakai topeng muka sepanjang berada di universiti berkenaan. - Bernama

Saturday, July 25, 2009

H1N1: Virus kini merebak setiap negara di dunia

GENEVA: Selesema babi atau Influenza A (H1N1) kini merebak hampir ke setiap negara di dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam sambil mengakui virus berkenaan boleh matang dan berkembang di benua sejuk utara hemisfera.

Kebimbangan WHO itu berdasarkan angka kematian akibat H1N1 yang kini terus menunjukkan peningkatan mendadak.

Malah, WHO berkata, kini hanya masa menentukan virus itu merebak ke setiap negara di dunia sejak ia dikesan Mac lalu.

"Penularan virus ini terus berlaku dan kini 160 daripada 193 negara WHO mempunyai kes H1N1.

"Jadi, kita sudah hampir kepada angka 100 peratus," kata jurucakap WHO, Gregory Hartl di sini.

Hartl berkata, virus H1N1 virus yang diisytiharkan sebagai pandemik Jun lalu kini sudah mengorbankan sekitar 800 nyawa.

Awal minggu ini, WHO mengeluarkan angka kematian lebih 700 orang.

Kebanyakan kes kematian akibat H1N1 ialah di negara benua Amerika dengan Amerika Syarikat, Argentina dan Mexico antara tiga negara mempunyai kes kematian tertinggi setakat ini. - AFP

Politeknik Sultan Mizan ditutup akibat H1N1

KUALA TERENGGANU: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun ditutup selama lapan hari berkuatkuasa hari ini berikutan empat pelajarnya disyaki menghidap selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajarnya, Khairul Azhar Mohamed, berkata penutupan kampus berkenaan berikutan kebimbangan penularan wabak itu di kalangan pelajarnya.

Beliau berkata empat pelajar berkenaan, yang juga pelajar semester pertama dan mula mendaftar di kampus berkenaan pada 6 Julai lalu, kini dikuarantin di asrama kampus berkenaan.

"Selepas mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah Dungun, kita mengambil tindakan menutup kampus ini serta-merta sehingga 1 Ogos depan.

"Sehubungan itu, pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengarahkan semua pelajar, pengajar dan kakitangan supaya tidak berada di kawasan kampus untuk tempoh berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berharap dalam tempoh penutupan kampus itu, kerjasama daripada pelajar, kakitangan dan tenaga pengajar diperlukan untuk mematuhi peraturan-peraturan bagi mengawal penularan wabak itu.

Khairul Azhar berkata pendaftaran pelajar lepasan industri yang sepatutnya pada Isnin ini (27 Julai) ditangguhkan sehingga 2 Ogos manakala pelajar lama akan mendaftar pada 3 Ogos depan.

Dua hari lalu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun ditutup selama 10 hari bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan pelajarnya. - Bernama

Friday, July 24, 2009

harie nie

Hai.. para mahasiswa/i UiTM SABAH pun bercuti selama seminggu. Letihnya... Cuti nie pun 2k seimbangkan cuti kampus yang dikuarantinkan H1N1 2.. Syukur kampus Sabah lum ada sebarang kes sampai terpaksa dikuarantinkan. Heee... X nak tau... SAMBUNG>>>>....

H1N1: 39 kes baru, semua jangkitan tempatan

JASIN: Sejumlah 39 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan hari ini dan kesemuanya kes jangkitan tempatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, 36 kes yang dilaporkan adalah kes kluster yang berlaku di pusat pengajian tinggi dan sekolah manakala tiga lagi kes-kes terpencil.

Jumlah kes terkumpul sehingga ini ialah 978 dan daripada jumlah itu hanya 20 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital akibat wabak itu.

"Tiada kes kematian selepas seorang warganegara Indonesia yang dijangkiti wabak itu mati Selasa lalu kerana bukan berkait secara langsung H1N1 sebaliknya kerana degupan jantung tidak terkawal," katanya selepas merasmikan Klinik Kesihatan Merlimau di sini, hari ini.

Beliau berkata, di Melaka, sebanyak tujuh pusat pengajian tinggi ditutup selepas 70 pelajar dijangkiti wabak itu dan sembilan daripada mereka kini dirawat di Hospital Melaka.

Institusi Kemahiran Mara (IKM) Jasin adalah pusat pengajian tinggi terbaru yang ditutup selama seminggu bermula hari ini, selepas enam institusi ditutup semalam.

Keenam-enam institusi yang ditutup itu ialah Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM), Kolej Yayasan Melaka, Kolej Profesional Mara, Sekolah Kejururawatan Nilam, Universiti Teknologi Mara kampus Lendu dan Institut Kota yang membabitkan lebih 10,000 pelajar.

"Kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga terutama bagi kes kluster yang membabitkan institusi pengajian dan sekolah-sekolah dan juga kes jangkitan tempatan," katanya. - Bernama

4 sekolah, 1 politeknik dijangkiti H1N1

JASIN: Empat sekolah termasuk masing-masing satu sekolah menengah di Sabah dan Sarawak serta sebuah politkenik, adalah antara lima lagi institusi pendidikan di negara ini yang disahkan dijangkiti wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) sehingga hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu di Sabah; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pati Ambon di Sarawak; Mahat Tahfiz Kuantan di Pahang; Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari di Selangor dan Politeknik Kota Melaka di Melaka.

Katanya, kes tertinggi dicatatkan di SK Subang Bestari iaitu membabitkan tujuh kes, diikuti Mahat Tahfiz Kuantan iaitu empat kes, SMK Pati Ambon (tiga) dan masing-masing dua di SM Sains Lahad Datu dan Politeknik Kota Melaka.

"Sebanyak 16 kes yang dicatatkan di lima institusi pendidikan terbabit adalah antara 39 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi tadi.

"Kes baru turut dicatatkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, dan di UiTM Dungun, Terengganu, iaitu masing-masing sembilan kes.

"Daripada 39 kes yang dilaporkan itu, 36 kes membabitkan masalah kluster influenza-like-illness (ILI) manakala baki selebihnya individu. Semuanya adalah kes jangkitan tempatan.

"Ini menjadikan bilangan keseluruhan kes H1N1 direkodkan di seluruh negara sehingga kini adalah sebanyak 978," katanya selepas merasmikan Klinik Kesihatan Merlimau, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Liow berkata sepanjang tempoh berkenaan, hanya 20 individu disahkan masih menerima rawatan lanjut di hospital, manakala 14 lagi meneruskan rawatan sebagai pesakit luar dan 954 pula disahkan sudah sembuh dari wabak berkenaan.

Beliau turut melahirkan terkejut apabila Melaka sehingga kini sudah mencatatkan 70 kes wabak berkenaan, walaupun negeri itu agak kecil.

"Saya agak terkejut selepas meneliti rekod Jabatan Kesihatan, mendapati negeri ini sudah pun mencatatkan sebanyak 70 kes wabak berkenaan. Saya dimaklumkan pada masa kini, sebanyak sembilan pesakit sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

"Selain itu, enam institusi pendidikan turut ditutup sementara akibat penularan wabak berkenaan seperti di UiTM Kampus Melaka di Lendu, Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM), Kolej Yayasan Melaka (KYM), Kolej Profesional Mara, Nilam Nursing Health (Nilam) dan terbaru Politeknik Kota Melaka.

"Saya dimaklumkan juga Institut Kemahiran Mara di Jasin juga sedang disiasat dan kemungkinan akan ditutup selepas ini. "Sehingga hari ini, rekod menunjukkan sebanyak 19 kes H1N1 berlaku di UiTM Melaka, IPPMM (lima), KYM (empat) KPM (empat), Nilam (satu)," katanya.

Sabah&Sarawak: 915 rumah setinggan diroboh enam bulan

Penghuni turut buat sambungan elektrik haram

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meroboh 915 rumah setinggan dan struktur haram di sekitar ibu negeri sepanjang enam bulan pertama tahun ini, meningkat 37 peratus berbanding 668 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam DBKK, Syron Tunggolou, berkata daripada jumlah itu, kira-kira 98 peratus adalah kediaman setinggan, manakala selebihnya iaitu 18 unit adalah struktur haram yang kebanyakannya membabitkan penyambungan dalam bangunan komersial tidak diluluskan DBKK.

Katanya, sebanyak 686 rumah setinggan diroboh penguat kuasa DBKK menerusi beberapa operasi sekitar ibu negeri sejak awal tahun ini, manakala 211 rumah dikenal pasti diroboh sendiri pemiliknya selepas diberi notis.

"Peningkatan bilangan rumah setinggan yang dirobohkan sejak awal tahun ini antara lain hasil tindakan proaktif DBKK membasmi masalah setinggan di ibu negeri.

"Paling banyak diroboh ialah April lalu membabitkan 363 rumah, diikuti pada Mei (297), Mac (100), Januari (74), Februari (49) dan bulan lalu sebanyak 32 unit," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

DBKK menjalankan operasi perobohan setinggan setiap bulan dengan mensasarkan kawasan setinggan utama seperti di Likas dan beberapa kawasan kecil berhampiran pusat bandar raya serta pinggir bandar.

Syron berkata, operasi itu dilaksanakan berterusan sejajar dengan usaha DBKK meningkatkan imej ibu negeri ke arah sebuah bandar raya bersih, selamat dan bebas daripada masalah setinggan.

"Operasi ini dilaksanakan kakitangan Unit Setinggan dan Kerja Khas, Jabatan Penguat Kuasa DBKK dibantu anggota Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya.

Kebelakangan ini, isu setinggan turut mendapat perhatian Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berikutan pembabitan sebahagian besar penghuni kawasan itu dalam kegiatan penyambungan elektrik secara haram.

Kegiatan itu dipercayai didalangi individu yang mahir membuat penyambungan dan pendawaian elektrik dengan menerima bayaran tertentu daripada penghuni setinggan sebagai upah melaksanakan kerja berkenaan.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat SESB, Chenderamata Sinteh, sebelum ini berkata SESB memerlukan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengatasi masalah setinggan sebagai langkah utama membasmi kegiatan penyambungan elektrik secara haram.

"Kalau setinggan berjaya dihapuskan, kami yakin kegiatan mencuri elektrik dengan membuat penyambungan haram dari sumber elektrik SESB tidak lagi berlaku.

"Sebagai contoh, kegiatan penyambungan haram oleh penghuni setinggan di Likas berjaya diatasi selepas kawasan berkenaan dirobohkan DBKK baru-baru ini," katanya.

Katanya, walaupun SESB melaksanakan operasi pemotongan bagi menghentikan kegiatan itu, ia tidak menjamin menghapuskannya sama sekali jika masalah setinggan masih berleluasa.

Sabah&Sarawak: 400 keluarga setinggan Kampung Kunak 3 pindah

KUNAK: Kira-kira 400 keluarga setinggan di Kampung Kunak 3 dan Kampung Sungai Atas di sini, dicadang berpindah ke kawasan baru berhampiran Kampung Kunak 3 bagi menyediakan kehidupan lebih sempurna, dalam tempoh terdekat.

Ia kerana penduduk terbabit tidak boleh dibiar menghuni kediaman setinggan di kedua-dua kampung berkenaan berikutan kesesakan menghalang mereka daripada menikmati kehidupan sempurna.

Untuk tujuan itu, Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak akan menganjurkan gotong-royong perdana pada Ogos ini bagi membolehkan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) negeri menentukan lot untuk dibahagikan kepada penghuni terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Nilwan Kabang, berkata seramai 200 penghuni setinggan dari Kampung Kunak 3 dan 200 dari Kampung Sungai Atas, dicadang dipindahkan ke kawasan berkenaan.

"Mereka dicadangkan sebagai penerima Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana berpendapatan bawah paras kemiskinan.

"Ketika ini, mereka hidup dalam rumah yang dibina terlalu rapat antara satu dengan lain dan keadaan itu menyebabkan sampah-sarap bertaburan di merata tempat," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Tapak gotong-royong perdana berkenaan sudah dilawati Pemimpin Kemajuan Masyarakat (PKR), Halid Haron, yang ditemani Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kunak 3, Baharun Kiang.

Nilwan berkata, hanya selepas gotong-royong berkenaan dilaksanakan, JTU negeri mampu menentukan lot untuk dibahagi kepada penghuni setinggan terbabit.

Katanya, jumlah keluasan setiap penghuni belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, katanya, proses pemindahan itu tidak membabitkan pendatang tanpa izin yang dikesan turut menjadi penghuni setinggan di kedua-dua kampung berkenaan.

Sementara itu, Halid berkata, gotong-royong berkenaan akan membabitkan semua penghuni setinggan dan penduduk kampung yang mempunyai lot tanah bergeran, bertujuan menanam sifat menyayangi penempatan berbanding jika ia dilaksanakan agensi kerajaan.

"Dengan bergotong-royong, silaturahim anggota masyarakat dapat diperkukuh dan secara tidak langsung, mereka lebih menghargai penempatan baru ini," katanya.

Sabah&Sarawak: 'Tiada suspek bom di Jakarta menyelinap'

Usaha perhebat kawalan pintu masuk utama Sabah, berjaya kawal keadaan

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan tiada pihak mendalangi serangan bom dua hotel di Jakarta, Jumaat lalu, menyelinap masuk ke negeri ini sama ada melalui laluan laut atau udara.

Ia adalah hasil langkah mengetatkan kawalan di pintu masuk utama melalui udara di bandar raya ini, selain pintu masuk laut di Tawau dan Sandakan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata gerakan memperhebatkan gerakan mengawal pintu masuk negeri dilaksanakan serta-merta hingga peringkat daerah sejurus menerima arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kita turut mengarahkan Ketua Polis Daerah mengarahkan semua jabatan sentiasa lebih peka terhadap pihak dicurigai.

"Kawalan di Tawau dan Sandakan yang mempunyai pintu masuk menerusi laut sudah ditingkatkan. Alhamdulillah, setakat ini belum ada sesiapa yang disyaki terbabit dalam serangan bom di Jakarta berjaya menyelinap masuk ke negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan dan Kewangan, di sini, semalam.

Kursus dua hari dihadiri semua ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ketua Polis Daerah itu bertujuan meningkatkan pengurusan di jabatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Noor Rashid berkata, berdasarkan lokasi Sabah yang berjiran dengan Indonesia dan selatan Filipina, langkah memperketat kawalan pintu masuk bukan setakat untuk menyekat pihak terbabit dalam keganasan menyelinap masuk, malah memastikan keselamatan masyarakat tempatan terjamin.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilaporkan berkata, setakat ini tiada bukti pakar bahan letupan, Nordin Mat Top menyelinap masuk ke Malaysia.

Noor Rashid berkata, polis memperhebat gerakan mengesan dan menahan pendatang tanpa izin yang menjadikan perairan di pantai timur Sabah seperti Tawau dan Sandakan sebagai lokasi pendaratan.

Ia berikutan kejadian lapan rakyat Indonesia lemas apabila bot dinaiki mereka berlanggar dengan bot laju di di kuala Sungai Simindalan, dekat Tawau malam 13 Julai lalu.

Pendatang tanpa izin itu dipercayai dalam perjalanan dari Kalabakan, dekat Tawau ke Pulau Nunukan, Kalimantan.

H1N1: Angka di Britain melonjak dua kali ganda

LONDON: Kerajaan Britain semalam melancarkan perkhidmatan online dan talian telefon seluruh negara bagi menyebarkan amaran dan nasihat mengenai wabak selesema babi (H1N1) yang menjangkau 100,000 kes sejak minggu lalu.

Agensi Perlindungan Kesihatan (HPA) berkata, jumlah mereka yang dianggarkan dijangkiti H1N1 mencecah dua kali ganda kepada 100,000 orang dengan angka korban masih terkawal.

Minggu lalu, kes mereka yang dijangkiti H1N1 sekitar 55,000 dengan 31 maut sejak wabak itu melanda England.

Menurut HPA, ketika ini 840 penduduk di England masih dirawat di hospital dengan 63 daripada mereka diletakkan di unit rawatan rapi akibat dijangkiti virus itu. - Reuters

Wednesday, July 22, 2009

Sebahagian Asia 'bergelap' berikutan gerhana mahatari

VARANASI (India): Gerhana paling panjang abad ke-21 ini bermula pagi tadi, menyebabkan sebahagian rantau Asia bergelap, terutama di India dan China.

Pencerap amatur dan sainstis mengambil kesempatan merakam fenomena gerhana yang dianggap bersejarah.

Selain menggunakan peralatan pencerap, mereka turut menyewa khas kapal terbang semata-mata untuk menyaksikan fenomena yang kebanyakan penduduk menganggapnya sebagai ganjil.

Kon bayangan gerhana atau 'umbra' mula muncul di Gujarat, barat India jam 6.30 pagi waktu tempatan (0100 GMT).

Ia kemudian bergerak merentasi benua India ke bandar suci masyarakat Hindu, Varanasi dan ke tebing Sungai Ganges sebelum ke selatan Semenanjung Bangladesh, Bhutan di Nepal hinggalah ke tanah besar China.

Bagaimanapun, awan monsun di India dan cuaca buruk di China mengecewakan berjuta mereka yang menyaksikan fenomena gerhana ini.

Di Mumbai, ratusan penduduk berkumpul di Planetarium Nehru yang bersama peralatan pencerap serta memakai kaca mata hitam hampa apabila terpaksa berpayung dan memakai baju hujan.

Ini kerana malam tadi hujan dilaporkan lebat sehingga awal pagi tadi ketika gerhana berkenaan.

Di Malaysia, gerhana matahari separa turut berlaku tetapi amat sukar dicerap dengan mata kasar.

Ia berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan semalam.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu,

H1N1: UiTM Permatang Pauh ditutup seminggu

GEORGETOWN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh ditutup 7 hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan postif H1N1.

Pengerusi Jewatankuasa Kesihatan negeri, Phee Boon Poh, berkata 200 daripada pelajar di kampus itu juga mempunyai simptom H1N1, iaitu selesema.

Thailand catat 44 kematian berkaitan H1N1

PHUKET: Thailand mencatatkan 44 kematian yang dikaitkan dengan jangkitan Influenza A H1N1 sejak virus itu pertama kali dikesan disini lebih dua bulan lalu.

Kementerian Kesihatan Thailand berkata, 20 orang lagi maut sejak minggu lalu semasa jumlah kes meningkat kepada 6,776, dengan 35 pesakit masih sedang dirawat di hospital.

Ia adalah kenyataan pertama kementerian itu, seminggu selepas kerajaan Thailand memutuskan untuk menghentikan pengumuman mengenai jumlah kematian dan kes disahkan jangkitan, yang dikemaskini setiap hari.

Kerajaan Thailand turut mengarahkan lebih 2,300 kelas tutorial ditutup selama dua minggu sehingga 28 Julai ini bagi mengawal penularan jangkitan penyakit itu.

Thailand mencatatkan angka tertinggi kes jangkitan penyakit itu di rantau ini, namun statistik terkini tidak dapat diperolehi selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia berhenti mendedahkan maklumat mengenai jumlah kes jangkitan itu di setiap negara seluruh dunia, baru-baru ini. - Bernama

Kampus UiTM Seri Iskandar diarah tutup kerana ILI

IPOH: Kementerian Kesihatan mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar dekat sini ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan pertambahan mendadak penuntut yang dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) kepada 280, berbanding hanya 55 orang semalam.

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata langkah segera diambil bagi mengelak penyakit itu daripada merebak ke penempatan awam berhampiran kampus berkenaan.

"Walaupun arahan ini adalah serta-merta tetapi pihak UiTM diberikan masa sehingga esok untuk mengosongkan kampus yang kini memuatkan lebih 12,000 penuntut, kakitangan dan pensyarah.

"Selain itu 10 sampel darah diambil secara rawak daripada pelajar kampus itu dan saya berharap akan mendapat keputusan ujian makmal selewat-lewatnya malam ini dan bukan pada hari Jumaat seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan juga akan membuat ujian bagi mengenal pasti punca tiga cawangan UiTM yang terpaksa ditutup disebabkan serangan kluster ILI berkenaan.

Selain UiTM Seri Iskandar, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang juga diarahkan tutup hari ini manakala UiTM Lendu, Alor Gajah diarahkan ditutup selama sembilan hari bermula 8 Julai lalu.

Dr Mah turut mengingatkan semua penuntut dan orang awam yang mengalami simptom jangkitan supaya mengawasi kesihatan masing-masing serta menambah kekerapan membasuh tangan, menggunakan penutup mulut dan tinggal di kawasan rumah ketika dikuarantin.

"Bagi yang mendapat serangan yang agak teruk, mereka hendaklah segera ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Pagi ini, sekumpulan pegawai perubatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang diketuai Timbalan Pengarah JKN Perak, bergegas ke UiTM Seri Iskandar selepas dimaklumkan 55 pelajar dikuarantin sejak lewat petang semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mendapatkan maklumat mengenai jangkitan ini diminta menghubungi Billik Gerakan JKN yang dibuka 24 jam setiap hari dengan menelefon 05-243 3962. - Bernama

Tuesday, July 21, 2009

Wanita Mesir positif H1N1 meninggal ketika Umrah

KAHERAH: Seorang wanita Mesir meninggal dunia akibat selesema babi selepas jatuh sakit ketika melakukan ibadat umrah di Makkah, kata pegawai Kementerian Kesihatan kelmarin.

Wanita berkenaan yang memang menghidapi penyakit jantung, berlepas ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah pada awal bulan ini, dan kemudian mempunyai simptom selesema babi pada 11 Julai lalu.

Beliau dirawat di Arab Saudi tapi tidak pulih, dan kemudian kembali ke Mesir atas permintaan suaminya. Wanita itu berusia 20-an.

"Hasil kajian mengesahkannya positif H1N1. Beliau meninggal dunia semalam," kata Amr Kandeel, ketua bahagian kawalan penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan.

Kematian wanita itu adalah kes pertama warga Mesir yang terkorban akibat virus berkenaan.

Virus H1N1 dikesan pada 130 orang di Mesir, termasuk 10 kes terbaru yang dilaporkan kelmarin, kata agensi berita kerajaan, MENA.

Kira-kira tiga juta jemaah dari 160 negara dijangka mengunjungi Makkah bagi mengerjakan ibadat Haji, yang bermula November depan.

Virus H1N1 kini dikesan menjangkiti puluhan ribu orang di seluruh dunia, dan mengorbankan lebih 340 orang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu di HANOI, seorang pegawai berkata sebuah sekolah di selatan Vietnam ditutup selepas 26 guru dan pelajar diuji positif dijangkiti selesema babi.

Tuong Nguyen Su, ketua kakitangan di sekolah tinggi Ngo Thoi Nheim di bandaraya Ho Chi Minh, berkata 24 pelajar dan dua guru dihidapi virus berkenaan. - Reuters/AP

Sabah & Sarawak: Kompleks pendaratan ikan perlu tapak sesuai

KUNAK: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia pada bila-bila masa membina kompleks pendaratan ikan dilengkapi peralatan moden di Kunak dan kawasan lain di negeri ini tetapi memerlukan kerjasama kerajaan negeri menyediakan tapak.


LKIM menyediakan peruntukan RM7.5 juta untuk membina kompleks berkenaan di beberapa kawasan utama pendaratan ikan di seluruh Sabah tetapi belum mampu melaksanakannya berikutan ketiadaan tanah yang dimiliki kerajaan negeri.

Sehubungan itu, LKIM meminta Pengerusi Persatuan Nelayan (PNK) di seluruh Sabah bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing untuk membantu organisasi itu mendapatkan tapak daripada kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rahim Ismail, berkata LKIM memang sedar mengenai ketiadaan walau satu pun kompleks pendaratan ikan sempurna di Sabah berbanding di Semenanjung dan sentiasa berusaha menyediakan kemudahan itu dengan kunci utamanya adalah penyediaan tapak oleh kerajaan negeri.

"Saya meminta PNK bekerjasama dengan Pejabat Daerah, Ahli Parlimen dan Adun di kawasan masing-masing untuk membantu LKIM mendapatkan tapak berkenaan daripada kerajaan negeri.

"LKIM mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tetapi pelaksanaan pembinaan kompleks pendaratan ikan tertakluk kepada tanah disediakan kerajaan negeri kerana LKIM sendiri tidak memiliki tanah di pinggir pantai," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar ini pada 13 Julai lalu mengenai kesengsaraan ahli PNK Kunak mendaratkan ikan di Kampung Pangkalan, berikutan ketiadaan kompleks pendaratan ikan atau jeti yang benar-benar memenuhi keperluan itu.

Industri perikanan yang berkembang pesat di Kunak khususnya dan Pantai Timur Sabah amnya, seolah-olah tidak disokong dengan penyediaan jeti sempurna bagi membolehkan nelayan mendaratkan ikan, ketam, sotong dan pelbagai hasil laut yang lain dengan menggunakan peralatan lebih baik seperti kren pengangkat ikan, alat timbang lebih komprehensif dan kawasan menjual ikan kepada pemborong.

Kesukaran nelayan di Kunak untuk mendaratkan hasil laut semakin membebankan selepas jeti LKIM diperbuat daripada kayu di Pasar Ikan Kunak, runtuh pada April lalu, sekali gus menyebabkan nelayan tidak mempunyai pilihan, selain terpaksa menggunakan tebing konkrit milik Majlis Daerah Kunak di Kampung Pangkalan untuk mendaratkan hasil tangkapan.

Sehubungan itu, Pengerusi PNK Kunak, Asiah Hamid merayu LKIM menyediakan kompleks pendaratan ikan berbanding yang sedia ada, bukan setakat untuk memudahkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan, malah memajukan industri perikanan.

Asiah dilaporkan berkata, 769 ahli PNK Kunak merayu LKIM membantu menyediakan jeti berkenaan berikutan jeti sedia ada yang kecil dan tidak kukuh, tidak mampu menampung bot laut dalam, bot besar dan kecil serta perahu yang membawa hasil tangkapan.

Sabah & Sarawak: 14 sekolah perintis e-masyarakat

KENINGAU: Sebanyak 10 sekolah rendah dan empat sekolah menengah di daerah ini akan menjadi perintis pembelajaran dengan menggunakan khidmat e-masyarakat melalui laman web rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, Datuk Sairin Karno bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

e-masyarakat mengandungi bahan pembelajaran dan bank soalan untuk sekolah berkenaan, selain menyediakan peluang untuk anggota masyarakat membuat aduan mengenai masalah mereka dan menyampaikan maklumat mengenai kawasan masing-masing.

Berucap pada majlis pelancaran e-masyarakat, Sairin berkata, laman web itu bertujuan membantu memajukan kawasan pedalaman, khususnya dalam bidang pendidikan sejajar konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Sebagai permulaan, hanya 14 sekolah dipilih dan ia akan diperluas ke sekolah lain. Saya percaya, usaha ini akan meningkatkan kualiti pelajaran di daerah ini," katanya.

Sabah & Sarawak: Kempen kumpul buku terpakai

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Sabah akan melancarkan program mengumpul buku terpakai untuk diedarkan kepada perpustakaan di luar bandar bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Yang Dipertuanya, Awang Buhtamam Awang Mahmun, berkata selain menanam budaya membaca di kalangan anggota masyarakat di luar bandar, ia juga bertujuan membantu mereka memahami secara lebih mendalam mengenai pelbagai perkara melalui sifat gemar membaca.

"Ia adalah satu daripada program amal kami. Bukan semua aktiviti kami berkaitan perniagaan. Buku berkenaan akan diagihkan hujung tahun ini," katanya pada majlis makan malam bersama media, di Hotel Pacific Sutera, di sini malam kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Awang Buhtamam turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA).

Gerhana mahatari separa di Malaysia esok

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.live-eclipse.org dan www.eclipse-tv.com. - Bernama

Sunday, July 19, 2009

Cinta..?? 2

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
  • Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
  • Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
  • Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
  • Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
  • Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
  • Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
  • Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  • Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
  • Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
  • Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
  • Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
  • Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  • Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta..??

jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….

jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

jika ia sebuah cinta…
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

semuanya.. jika ianya sebuah cinta………

Saturday, July 18, 2009

H1N1: Itali arah rakyat waspada berikutan peningkatan di UK

ROME: Itali menasihatkan rakyatnya untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila melakukan perjalanan berikutan peningkatan penularan selesema babi di Britain.

Kementerian Kesihatan Itali, dalam kenyataan semalam, berkata mereka yang melakukan perjalanan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengenalpasti keadaan yang mungkin mendedahkan mereka kepada jangkitan selesema babi.

Agensi kesihatan Britain menganggarkan terdapat 55,000 kes baru selesema babi minggu lalu dan 12 lagi kematian, menjadikan keseluruhan kematian kepada 29.

Pegawai kesihatan Britain berkata angka kematian boleh mencapai 3,000 hingga 75,000.

Itali sudah mencatatkan 258 kes selesema babi tetapi tanpa kematian. - AP

Friday, July 17, 2009

hari inie

hai... Napa lah q asyik terfikir pasal mimpi 2.??? Tolong lah... Aq tak nak 2 terjadi... Dah lah satu harie nie q fikir pasal 2. Sedangkan q dah berpunya.. Tolong lah q nie.... Apa dah jadi kat aq nie... Asyik2 dya aje tau... Ckit kepala q dibuatnya...

Sabah&Sarawak: Ubah suai Wisma Khidmat jadi hospital disegerakan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengarahkan kerja pengubahsuaian Wisma Khidmat, di sini untuk dijadikan hospital swasta dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan perubatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerja berkenaan perlu dilaksanakan segera berikutan kekurangan kemudahan perubatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) sekarang.

"Dalam keadaan kekurangan kemudahan perubatan sempurna di QEH, usaha untuk menjadikan Wisma Khidmat sebagai hospital perlu disegerakan. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh setahun.

"Dalam taklimat disampaikan pegawai Jabatan Kesihatan negeri, saya kesal kerana masih ada kelewatan dalam menangani kekurangan kemudahan perubatan di hospital kerajaan.

"Oleh itu, hospital baru itu perlu dilaksanakan segera bagi membantu kekurangan kemudahan perubatan di QEH seperti katil dan bilik pembedahan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet negeri, di sini semalam.

Pengubahsuaian Wisma Khidmat itu akan dikendalikan syarikat milik kerajaan negeri, iaitu Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) yang juga pemilik bangunan berkenaan dengan kos kira-kira RM100 juta.

Pada Mei lalu, Musa mengumumkan Wisma Khidmat yang sebelum ini digunakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri akan dijadikan hospital swasta.

Ia berikutan ketiadaan hospital swasta di negeri ini selepas Pusat Perubatan Sabah (SMC) dibeli kerajaan berikutan QEH yang diisytiharkan tidak selamat digunakan akibat masalah struktur.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri, menjelaskan usaha menyediakan hospital swasta itu bukan untuk mendapatkan keuntungan, sebaliknya membantu memberi kemudahan perubatan terbaik kepada rakyat.

"Walaupun ia adalah hospital swasta, kita tidak meletakkan keuntungan sebagai keutamaan. Sebaliknya, membantu meningkatkan kualiti kesihatan rakyat secara keseluruhannya.

"Penyediaan hospital itu mampu menambah sekurang-kurangnya 150 katil dan bilik pembedahan, sekali gus menangani masalah kesesakan di QEH," katanya.

Sabah&Sarawak: Pala'un rindu hidup dalam bot

Masyarakat bina pondok atas air kerana sukar berpisah dengan laut

KUNAK: "Kami tidak mampu meneruskan kehidupan tradisi di dalam bot atau perahu. Kami tidak ada duit untuk memperbaiki bot. Selepas bot kami uzur, kami terpaksa meninggalkannya.

"Kami mengambil kayu yang dibuang dari kilang papan Kampung Kunak Jaya. Kami meminta izin daripada Ketua Kampung Kunak Jaya untuk membuat rumah di atas air. Kami sedar, kami tidak dialu-alukan di kampung ini. Kami tidak ada tempat lain untuk berlindung."

Itulah yang diluahkan Isnaji Alaji, 63, iaitu seorang daripada 440 anggota masyarakat Pala'u atau Bajau Laut yang membina penempatan di pantai Kampung Kunak Jaya, di sini.

Isnaji adalah anggota masyarakat Pala'u yang pertama membina rumah atau lebih layak diistilahkan sebagai pondok di atas air di pantai kampung berkenaan sejak enam tahun lalu sebelum diikuti ketua keluarga yang lain.

Setakat ini, 40 rumah di atas air yang dibina di pantai Kampung Kunak Jaya menjelaskan mengenai ketidakmampuan mereka meneruskan kehidupan di dalam bot atau perahu akibat kekangan kewangan.

Bagaimanapun, ketika ditemui wakil Berita Harian, di kampung itu baru-baru ini, Isnaji jelas masih merindui kehidupan di dalam bot atau perahu yang sudah menjadi darah dagingnya dan anggota masyarakat Pala'u yang lain.

"Kalau ada duit, saya ingin membuat bot atau perahu. Saya terpaksa membina pondok di atas air kerana tidak boleh berpisah dengan laut. Saya pernah menumpang tidur di rumah kawan di darat tetapi tidak lena kerana saya tidak dapat mendengar ombak.

"Pernah orang kami sakit dan dirawat di Hospital Kunak. Walaupun sudah sembuh, dia tidak mampu berjalan kerana terlalu lemah. Kami terpaksa membawa air laut untuk mengelap badannya. Selepas dilap, dia segar semula," katanya.

Masyarakat Pala'u dikenali sebagai mereka yang menginap dalam bot atau perahu. Kebanyakan mereka ada di pesisir pantai di Pantai Timur Sabah seperti daerah ini, Semporna, Tawau dan Lahad Datu.

Mereka menyara hidup dengan menangkap ikan dan sering berpindah-randah bergantung kepada tempat mereka menjual hasil laut. Selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dianggap sebagai `orang tidak ada negara,' kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Melayu.

Masyarakat yang menggunakan bahasa Bajau itu tidak gemar memakan nasi, sebaliknya lebih gemar memakan ubi kayu yang digoreng atau ditumbuk, masing-masing dikenali sebagai 'tompek' dan 'putu.'

Seorang lagi peneroka awal penempatan itu, Basah Sana, 60, menjelaskan beliau tetap berazam untuk memiliki bot atau perahu sendiri selepas bot tempat beliau dan isteri serta lima anaknya berlindung, terpaksa dibiarkan begitu saja akibat sudah terlalu uzur sejak enam tahun lalu.

"Kami tahu, penduduk kampung ini tidak begitu menerima kami tetapi apa yang kami boleh buat? Kami tidak boleh mendapatkan pekerjaan di darat kerana tiada MyKad," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kunak Jaya, Baharun Kiang, berkata penduduk kampung berharap Kerajaan mampu mengambil langkah memindahkan anggota masyarakat Pala'u dari pinggir pantai kampung itu.

"Setakat ini mereka tidak menimbulkan kekacauan tetapi kami tetap berharap mereka dipindahkan ke kawasan lain," katanya.

Sabah&Sarawak: SESB gesa PBT bendung kegiatan sambung elektrik haram

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) segera mengatasi masalah setinggan di kawasan masing-masing bagi membendung kegiatan penyambungan elektrik haram yang dilakukan penduduk.


Pengurus Kanan Komunikasi Korporat SESB, Chenderamata Sinteh, berkata SESB sukar membasmi gejala itu bersendirian kerana penduduk kawasan setinggan membuat penyambungan semula selepas pihaknya menjalankan operasi pemotongan.

Katanya, mereka tidak pernah serik melakukan kegiatan itu bagi mendapatkan bekalan tenaga percuma walaupun berdepan risiko terkena renjatan elektrik kerana membuat penyambungan tidak mematuhi piawaian SESB.

"Kami tidak dapat mengatasi masalah ini tanpa kerjasama PBT. Jika setinggan dihapuskan, kami yakin tiada lagi kegiatan penyambungan elektrik secara haram.

"Bagaimanapun, SESB tidak akan berputus asa, malah kami akan meningkatkan operasi pemotongan di semua kawasan setinggan yang dikenal pasti di seluruh negeri," katanya kepada media, di sini semalam.

SESB melaksanakan operasi berkenaan di sekitar bandar raya ini sejak Isnin lalu.

Katanya, SESB mendapati kegiatan penyambungan elektrik secara haram berjaya diatasi di beberapa kawasan setinggan yang sudah dirobohkan PBT seperti di Likas, dekat sini.

"Jika SESB dibenarkan membekalkan elektrik kepada penduduk setinggan, kegiatan penyambungan haram tidak berlaku tetapi kami tidak dapat berbuat demikian kerana undang-undang PBT.

"PBT perlu melaksanakan tanggungjawab menghapuskan kawasan setinggan supaya kegiatan penyambungan elektrik secara haram dapat diatasi," katanya.

H1N1: WHO akui penularan pandemik terlalu pantas

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengakui penularan selesema babi H1N1 terlalu pantas berbanding pandemik lain dan terlalu sukar untuk mengira setiap kes.

Badan dunia itu yang mengisytiharkan Influenza A H1N1 sebagai pandemik pada 11 Jun lalu, semalam mengkaji semula garis panduan bagi membolehkan pengiraan atau laporan dilakukan hanya terhadap kes kematian atau kes klinikal yang berlainan.

"Pandemik H1N1 ini sudah merebak ke peringkat antarabangsa dengan kepantasan yang tidak dijangka.

"Berbanding pandemik selesema sebelum ini, ia mengambil masa enam bulan untuk menular tetapi H1N1 merebak kurang daripada enam minggu," kata WHO dalam satu kenyataan.

Ketika ini agak mustahil kepada pihak berkuasa kesihatan untuk mengira dan menguji kaji setiap kes baru dijangkiti apabila ia meningkat ketara dan pantas.

Pakar selesema memberitahu, sekurang-kurangnya sejuta penduduk di Amerika Syarikat dijangkiti selesema babi dan WHO menjangkakan pandemik itu sukar dihentikan.

"Ia agak dipersetujui pada awalnya untuk mendaftar dan merekod setiap kes dijangkiti tetapi dalam keadaan sumber yang serba kekurangan dengan tahap penularannya semakin pantas," kata jurucakap WHO, Gregory Hartl.

Di Britain, 29 maut setakat ini selepas dijangkiti virus selesema babi.

Menteri Kesihatan, Andy Burnham berkata kerajaan menganggarkan lebih 100,000 kes baru dijangkiti setiap hari menjelang penghujung Ogos ini.

WHO tidak lagi mengeluarkan graf jumlah kes dijangkiti di seluruh dunia yang kini mencecah 94,512 kes dengan 429 kematian sejak 6 Julai lalu. - Reuters

Lapan pelajar di Limbang positif H1N1, dua sekolah ditutup

KUCHING: Lapan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMAK) Limbang, dilaporkan positif Influenza A (H1N1) sehingga jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes di negeri ini meningkat kepada 45 setakat ini, iaitu 23 kes import dan 22 jangkitan tempatan.

Bilik Gerakan Negeri dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan 10 lagi pelajar dari SMK Sains Kuching di Jalan Matang di sini juga kini masih menunggu keputusan ujian kesihatan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur yang dijangka diketahui esok.

Kenyataan tersebut menjelaskan berikutan kes terbaru itu dua sekolah terbabit kini diarah tutup bermula hari ini sehingga 23 Julai dan dijangka akan dibuka semula pada 24 Julai.

Statistik Jabatan Perubatan Sarawak menunjukkan bahawa 17 daripada jumlah kes yang dilaporkan setakat ini ialah dari Miri (termasuk tujuh kes import dan 10 jangkitan tempatan), 16 kes dilaporkan di Kuching (12 import dan empat jangkitan tempatan), sembilan kes dari Limbang (satu import dan lapan jangkitan tempatan), dua kes import di Bintulu dan satu kes import di Sibu.

Setakat ini, sebanyak 835 kes dilaporkan seluruh negara membabitkan 562 kes import dan 273 jangkitan tempatan. - Bernama

H1N1: 6,000 rakyat Australia berdepan maut


SEORANG budak lelaki menunjukkan isyarat di samping anggota keluarganya yang memakai penutup mulut dan hidung di Bogota kelmarin, selepas pihak berkuasa Colombia mengumumkan 10 kes baru selesema babi, menjadikannya 185 setakat ini.

Negara paling teruk dilanda selesema babi di Asia-Pasifik

SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan menganggarkan sehingga 6,000 rakyat Australia boleh mati sekiranya selesema babi mencapai tahap 'paling teruk' dalam musim sejuk di Hemisfera Selatan, kata menteri kesihatannya, Nicola Roxon semalam.

Serentak dengan itu, Hong Kong melaporkan kematian pertama dan New Zealand kematian ke-10 semalam.

Menurut Roxon, angka kematian berkenaan boleh meningkat tinggi jika tiada tindakan diambil bagi membendung penularan virus itu, seperti menggunakan antiviral dan vaksin, yang diharap dapat digunakan menjelang Oktober.

Secara purata terdapat kira-kira 2,000 hingga 3,000 kematian di Australia yang berpunca daripada beberapa jenis selesema pada setiap musim penyakit itu, kata jabatan kesihatan.

Australia adalah negara paling teruk dilanda selesema babi di Asia-Pasifik, dengan 24 kes kematian berkaitan selesema babi dan 11,194 kes virus berkenaan yang disahkan.

Hong Kong melaporkan kematian pertama yang disyaki selesema babi semalam di samping 85 jangkitan tambahan.

Mangsa yang meninggal dunia itu adalah seorang anak kapal keturunan Filipina dan berusia 42 tahun yang diuji positif virus H1N1 selepas kematiannya.

New Zealand mengesahkan kematian ke-10 daripada 2,107 kes.

Sementara itu, di Geneva, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata selesema babi yang dihadapi lebih 140 negara dijangka menjadi wabak pandemik terbesar dalam sejarah, kata Ketua Pengarahnya Margaret Chan semalam.

"Dari segi bilangan negara yang mencatat jangkitan dan bilangan orang yang dijangkiti, virus ini adalah yang paling besar," kata Chan dalam wawancara dengan akhbar The Guardian.

Ditanya sama ada kesan H1N1 lebih buruk daripada pandemik 1918, beliau berkata: "Jika anda membincangkan soal kematian kerananya, saya tidak mahu membuat ramalan. - AP/Agensi

Thursday, July 16, 2009

Keputusan ajar Sains, Matematik dalam BM kekal

PUTRAJAYA: Keputusan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia mulai 2012 adalah muktamad dan kerajaan hanya terbuka kepada pandangan bagaimana untuk memantapkan bahasa Inggeris.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

hari ini

Hai... Boring nyer... Balik2 cancel kelas aje nie. Aq rindu sangat2 kat girlq, Sue. Hanya dia kat hatieq. This sem q DIS part 1. Ahai..... Lama lagi lah q stdy. X apa lah. Asalkan q stdy and cari duit 2k pinang girlq. Happynyer time 2.

Wednesday, July 15, 2009

H1N1: Angka kematian 137 di Argentina

BUENOS AIRES: Korban influenza A (H1N1) di Argentina terus melonjak dengan terbaru 137 orang, menjadikan negara itu paling ramai maut selepas Amerika Syarikat sejak wabak itu melanda.

Kementerian Kesihatan berkata, peningkatan ketara itu berlaku dalam masa tiga gari daripada 94 kematian kepada 137 dengan 3,056 orang lagi disahkan menghidap virus H1N1.

Argentina kini di belakang Amerika Syarikat dari segi angka kematian teramai iaitu 211 maut dan 37,000 disahkan menghidap virus itu.

Mexico negara ketiga dengan 124 kematian dan 12,521 disahkan dijangkiti. - AFP

RM7 juta untuk vaksin Influenza A (HIN1)

PUTRAJAYA: Kerajaan dianggarkan akan membelanjakan RM7 juta bagi mendapatkan vaksin Influenza A (H1N1) yang dijangka berada di pasaran hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata harga sebenar vaksin itu bagaimanapun belum diketahui setakat ini.

"Kementerian sudahpun membuat permohonan bagi mendapatkan bekalan vaksin ini untuk digunakan oleh 200,000 petugas barisan hadapan bagi memastikan perkhidmatan perubatan dan perkhidmatan asas terjaga dan berterusan semasa krisis berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata syarikat swasta terutama yang menyediakan perkhidmatan penting seperti bank dan stesen petrol dinasihat menyediakan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) bagi mengelakkan syarikat mereka terjejas akibat penularan virus H1N1.

Beliau berkata penyediaan pelan tersebut adalah sebagai garis panduan dalam mencegah dan mengawal penularan penyakit berkenaan di premis perniagaan masing-masing, selain memastikan perkhidmatan asas yang mereka sediakan berterusan dan tidak menyulitkan pelanggan.

"Kalau mereka ada BCP mereka akan ambil langkah-langkah pencegahan dan langkah-langkah kawalan secepat mungkin, (contohnya) kalau seorang pekerja sakit suruh balik rumah. Kalau tak buat macam tu, ia akan menular dalam pejabat itu, semua sakit dan satu pejabat akan tutup, dan kalau ia melibatkan syarikat yang mengedar makanan, air dan sebagainya, seluruh negara akan terjejas," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata rangka penyediaan pelan tersebut boleh didapati di laman web kementerian iaitu www.moh.gov.my dan sehingga kini hanya lima atau enam buah syarikat yang dikenal pasti mempunyai pelan itu walaupun mereka telah diminta berbuat demikian sejak dua tahun lalu.

Mengenai situasi semasa H1N1 di dalam negara, beliau berkata sejumlah 21 kes baru dilaporkan, yang terdiri daripada tujuh kes import dan 14 kes jangkitan tempatan, namun hanya satu kes dirawat di hospital kerana komplikasi dehidrasi manakala baki 20 lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 825 kes, 562 daripadanya adalah kes import dan 263 lagi kes jangkitan tempatan, dengan 703 atau 85.2 peratus daripadanya telah sembuh, 97 atau 11.8 peratus menerima rawatan sebagai pesakit luar dan baki 25 orang atau 3 peratus sedang dirawat di hospital. Tiada kematian dilaporkan.

Tiada kejadian wabak H1N1 terbaru dalam komuniti dilaporkan, manakala Sekolah Rendah Sulaiman 1, Kuala Terengganu dan tiga buah kelas di tiga sekolah berbeza iaitu Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Intan Baiduri, Gombak, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan akan tamat tempoh kuarantin hari ini, katanya.

Dr Mohd Ismail meminta pihak hospital, pusat kesihatan, lain-lain agensi dan orang ramai meneliti garis panduan yang dikeluarkan kementerian berhubung pelaksanaan pencegahan dan mitigasi dalam pandemik H1N1 di negara ini, supaya pelaksanaan aktiviti mitigasi berjalan dengan cekap dan berkesan.

Beliau berkata terdapat 22 langkah pencegahan dan kawalan yang perlu dilaksanakan serta-merta, dan garis panduan tersebut telah diedarkan dan dimuatnaik ke laman web kementerian.

Dr Mohd Ismail berkata, mereka yang mengalami sakit ringan seperti demam biasa dan sakit tekak tidak semestinya perlu mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya boleh mendapatkan ubat di farmasi dan berehat di rumah.

Beliau berkata pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital adalah mereka yang mempunyai gejala seperti sesak nafas, sakit dada, sawan dan berkelakuan pelik, atau mereka yang sememangnya menghidapi penyakit kronik seperti sakit paru-paru, sakit jantung dan sakit buah pinggang, atau mereka yang mempunyai ketahanan badan yang kurang atau mereka yang berisiko tinggi seperti obesiti dan wanita yang hamil.

Jika terdapat sebarang keraguan mereka boleh mendapatkan nasihat daripada kementerian dengan menghubungi talian 03-8881 0200, 03-8881 0300, 03-8883 4414 dan 03-88834415, dan mereka yang hendak ke hospital pula dinasihat agar memakai topeng muka supaya penyakit itu tidak tersebar kepada orang lain termasuk doktor dan pegawai yang bertugas. - Bernama

Virus H1N1 tidak dapat dikawal: WHO

WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengizinkan pengeluar ubat menghasilkan vaksin selesema babi (H1N1) dan menggesa semua negara menyuntik vaksin anti virus berkenaan yang tidak dapat dikawal.

WHO juga menekankan, suntikan perlu dimulakan ke atas jururawat, doktor dan pekerja teknikal, kata Pengarah WHO bagi Penyelidikan Vaksin, Dr Marie-Paule Kieny.

Beberapa laporan menunjukkan virus baru itu menyerang secara berbeza daripada selesema biasa kerana lebih banyak membabitkan golongan muda, gemuk dan sihat menyebabkan bahagian paru-paru berpenyakit.

Kieny juga memberi taklimat kepada wartawan mengenai penemuan Kumpulan Pakar Penasihat Strategik SAGE bahawa H1N1 tidak dapat dikawal dan setiap negara perlu diberi suntikan imunisasi kepada rakyat.

Di BANGKOK, Kementerian Kesihatan Thailand melaporkan tiga lagi kematian berkaitan H1N1, menjadikan jumlah yang maut di negara itu mencapai 24 orang.

Paichit Varachit, timbalan setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Umum Thailand berkata mangsa terbaru adalah wanita berusia 67 tahun dan 57 tahun di sini dan seorang wanita berusia 32 tahun di tengah wilayah Samut Sakhon.

Paichit berkata, mereka mempunyai masalah kesihatan sampingan sebelum dijangkiti virus, menjadikan mereka lebih terancam terdedah.

Kementerian turut melaporkan tambahan 176 jangkitan kelmarin menjadikan jumlah yang dijangkiti kepada 4,057 orang. � AP

Tuesday, July 14, 2009

Sabah&Sarawak: Peniaga rayu naik taraf gerai

Tapak Pasar Tamu Kampung Jaya Baru sempit, laluan tak berturap becak

KUNAK: Peniaga dan pengguna di Pasar Tamu Kampung Jaya Baru, di sini merayu kerajaan menyediakan pusat perniagaan lebih sempurna berbanding yang sedia ada berikutan pelbagai kekurangan yang menghalang urusan jual beli barangan.

Ini kerana selain terpaksa bergelut dengan masalah becak berikutan kebanyakan laluan keluar masuk serta tapak gerai tidak berturap, peniaga terpaksa bersesak dengan peniaga lain akibat keadaan lot gerai yang sempit.

Pengguna pula terpaksa berbelanja dalam keadaan berasak-asak berikutan terpaksa melalui laluan sempit antara gerai, sekali gus menyebabkan mereka tidak selesa untuk membeli barangan.

Tinjauan Berita Harian di pasar berkenaan di sini semalam mendapati kebanyakan peniaga memohon kerajaan menaik taraf kemudahan di tapak itu seperti menurap tapak gerai dan menyediakan lot gerai yang lebih luas.

Pengerusi Syarikat Pemborong Enterprise, Araham Kaihong, 75, yang bertanggungjawab mengutip yuran perniagaan dan memelihara kepentingan peniaga, berkata ada 350 peniaga yang menjadikan pasar berkenaan sebagai sumber perolehan utama pada setiap Ahad.

"Peniaga kuih dan sayur membayar yuran RM1.50 manakala peniaga ikan dan pakaian membayar RM5. Yuran ini disalurkan kepada Majlis Daerah Kunak (MDK). Bagaimanapun, peniaga dan pengguna sering merungut kerana terpaksa melalui kawasan berlopak dan bersesak-sesak dalam kawasan sempit.

"Kami merayu kerajaan menyediakan kawasan perniagaan lebih selesa bagi kepentingan peniaga dan pengguna," katanya.

Seorang peniaga, Assan Salleh, 77, berkata pengguna berhadapan bahaya dilanggar kenderaan yang keluar masuk ke Kampung Jaya Baru tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain.

"Jalan itu sempit. Penduduk kampung terpaksa menggunakannya untuk keluar masuk kampung. Pengguna juga terpaksa menggunakan laluan yang sama. Keadaan ini harus diatasi," katanya.

Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak, Halid Haron, berkata pihaknya sudah mengemukakan cadangan kepada MDK supaya menaik taraf tapak perniagaan berkenaan bukan setakat untuk kepentingan peniaga dan pengguna, malah meningkatkan imej pekan ini.

"Kami mencadangkan kerajaan membina kawasan perniagaan berbumbung dan menurap kawasan tapak gerai. Walaupun memerlukan peruntukan agak besar, ia penting untuk meningkatkan fungsi pekan ini sebagai pusat perniagaan penduduk," katanya.

Beliau berkata, jika kawasan itu dinaik taraf, Pejabat PKR akan mencadangkan supaya lot gerai sedia ada disusun semula berbanding yang sedia ada.

Sabah&Sarawak: Majlis makan malam Persatuan Thalasemia Sabah kumpul RM10,000

KOTA KINABALU: Sebanyak RM10,000 disumbangkan kepada Persatuan Thalasemia Sabah (PTS) pada majlis makan malam bagi membantu pesakit berkenaan, di sini malam kelmarin.

Majlis anjuran Kelab Keluarga Infra (KKI), Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri itu bertujuan membolehkan PTS melipatgandakan usaha menarik pembabitan lebih ramai anggota masyarakat bagi membantu pesakit thalasemia.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Japlin Akim, berkata majlis berkenaan penting bagi meningkatkan kefahaman anggota masyarakat mengenai penyakit itu.

"Majlis makan malam amal ini mampu meningkatkan kesedaran ahli KKI mengenai penyakit thalasemia dan ia harus dikongsi dengan anggota keluarga dan rakan," katanya.

"Saya terharu atas usaha gigih jawatankuasa penganjur yang diterajui oleh Presidennya yang juga Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Pangeran Hassanel Pangeran Mohd Tahir dalam membantu pesakit thalasemia," katanya ketika merasmikan majlis itu di Sutera Harbour, di sini.

Turut hadir, Pangeran Hassanel; Yang Dipertua PTS, Abdul Rahim Kahar dan Pengarah Jabatan Pediatrik Hospital Queen Elizabeth (QEH), Dr Soo Thian Lian.

Seramai 30 kanak-kanak yang menghidap thalasemia terhibur dengan pelbagai persembahan nyanyian artis terkenal dan pertunjukan silap mata.

Japlin berkata, kegiatan berkenaan wajar dipupuk menjadi budaya anggota masyarakat kerana ia membantu meringankan beban kerajaan untuk membantu pesakit terbabit.

Beliau turut memuji usaha ahli KKI mengunjungi pesakit thalasemia di QEH dan Hospital Likas baru-baru ini kerana ia amat bermakna untuk pesakit terbabit

Japlin turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan derma kepada persatuan berkenaan dan berharap lebih banyak syarikat swasta menghulurkan bantuan.

Monday, July 13, 2009

Empat pelajar UiTM dijangkiti H1N1

MELAKA 12 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu, Alor Gajah di sini, mungkin akan ditutup buat sementara waktu setelah empat pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sepasukan perubatan telah dihantar ke kampus tersebut sebagai langkah pencegahan bagi mengelak virus itu merebak kepada pelajar lain.

''Pada masa ini, situasi di kampus terkawal, namun jika virus tersebut didapati telah menular kepada pelajar lain, kita terpaksa menutup kampus berkenaan buat sementara waktu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung MCA Melaka 2009 oleh Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, daripada empat kes yang dilaporkan, seorang pelajar dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan peringkat kritikal.

''Tiga pelajar lagi sedang dirawat dan dikuarantin dalam bilik masing-masing di kampus universiti tersebut.

''Kita dapati hanya kes selesema biasa dialami pelajar di kampus itu namun kita masih mengawasi pelajar yang dijangkiti selesema bagi menentukan sama ada ia berkaitan kes H1N1 atau sebaliknya," jelasnya.

Katanya, tiga pelajar yang dikuarantin dalam bilik masing-masing terdiri daripada dua pelajar lelaki dan seorang wanita.

Pada masa yang sama, kata Tiong Lai, kementerian sedang berusaha mengenal pasti punca berlakunya kes virus H1N1 di kampus itu.

Menurutnya, kementerian juga mendapat kerjasama baik daripada pihak pentadbiran UiTM dalam menangani kes berkenaan dan dibantu seorang doktor yang berkhidmat di kampus tersebut.

''Kita juga akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara ini dan mungkin mengumumkan mengenai perkembangan terbaru situasi di kampus tersebut esok," katanya.

SK Sultan Sulaiman 1 dibuka semula Rabu

KUALA TERENGGANU 12 Julai - Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSSI) di sini yang diarahkan tutup Khamis lalu setelah dua pelajarnya disahkan dijangkiti influenza A (H1N1) akan dibuka semula Rabu ini.

Pengarah Pelajaran Terengganu, Ariffin Embong memberitahu, sekolah berkenaan akan dibuka semula pada hari tersebut selepas mendapati keadaan terkawal.

''Saya juga ingin menekankan bahawa arahan tutup dan membukanya semula bukan dibuat sewenang-wenang sebaliknya atas faktor kesihatan. Kita mengikut arahan Kementerian Kesihatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan SKSSI yang ditutup Khamis lalu selepas dua pelajarnya dijangkiti virus itu.

Dua murid sekolah terbabit dikuarantin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana dijangkiti selesema babi selepas pulang dari luar negara.

Mengulas lanjut, Ariffin menasihatkan ibu bapa supaya tidak panik dan bimbang dengan kes tersebut kerana keadaan terkawal.

Katanya, Jabatan Pelajaran sentiasa mengikut arahan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan penularan jangkitan virus itu.

''Kuarantin merupakan langkah awal bagi mengelak berlakunya jangkitan dan saya rasa keadaan terkawal dan ibu bapa tidak seharusnya bimbang dengan apa yang berlaku," jelasnya.

2 kanak-kanak antara mangsa terbaru H1N1

PUTRAJAYA 12 Julai - Dua orang kanak-kanak masing-masing berumur setahun dan 16 bulan merupakan antara 39 pesakit baru yang disahkan dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) hari ini.

Kedua-kedua mereka merupakan mangsa H1N1 jangkitan tempatan yang tidak mempunyai sejarah lawatan ke luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd. Ismail Merican berkata, daripada 39 kes baru itu, 29 adalah kes import manakala 17 kes jangkitan tempatan.

Menurutnya, ini menjadikan jumlah terkumpul jangkitan H1N1 di negara ini sekarang meningkat kepada 710 kes.

Beliau memberitahu, Sekolah Kebangsaan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu telah ditutup manakala semua pelajar kelas 4 Jaya, Sekolah Menengah Aminuddin Baki di ibu negara dikenakan kuarantin rumah sehingga 15 Julai ini untuk mencegah penularan H1N1.

''H1N1 adalah virus baru dan kita semua tiada imuniti kepada jangkitan ini.

''Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, maka ia akan merebak dengan cepat dan melibatkan kes yang banyak sehingga menyebabkan kes berkomplikasi dan kematian," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 90 peratus atau 637 orang pesakit H1N1 di negara ini telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Mengenai situasi di peringkat antarabangsa pula, menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga pukul 8 pagi hari ini telah mengesahkan 106,565 kes terkumpul di 143 negara.

''Pertambahan kes dilaporkan di Australia, Malaysia dan Brunei," ujarnya.

Sabah&Sarawak: Syor Sastera Inggeris diajar semula

KOTA KINABALU: Kesusasteraan Inggeris perlu diajar semula di sekolah untuk membantu melahirkan pelajar yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik, kata Exco Pelajaran Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, sebahagian besar pelajar yang mengambil subjek itu pada 1950-an hingga 1970-an mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik, sekali gus membuktikan ia memberi kesan positif berbanding Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Ramai guru PPSMI di luar bandar dan pedalaman Sabah kurang fasih berbahasa Inggeris. Ada yang meminta bantuan pelajar membuat terjemahan. Ini menghalang usaha melahirkan pelajar fasih berbahasa Inggeris.

"Lebih baik Kesusasteraan Inggeris kembali diajar di sekolah rendah dan menengah," katanya, di sini semalam.

Masidi yang juga Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri mengulas keputusan Kabinet meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012.

Sabah&Sarawak: Nelayan Kunak sukar darat ikan

Kegiatan nelayan beralih ke tebing konkrit sejak jeti runtuh tiga bulan

KUNAK: Selepas berpuluh tahun membantu menghasilkan sumber perikanan di Sabah, nelayan di sini masih bergelut dengan masalah pendaratan ikan secara sempurna berikutan ketiadaan jeti yang benar-benar memenuhi keperluan itu.

Industri perikanan yang berkembang pesat di daerah ini khususnya dan Pantai Timur Sabah amnya sejak beberapa tahun lalu seolah-olah tidak disokong dengan penyediaan jeti sempurna bagi membolehkan nelayan mendaratkan ikan, ketam, sotong dan pelbagai hasil laut yang lain.

Walaupun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ada menyediakan jeti diperbuat daripada papan di Pasar Ikan Kunak, ia tidak mampu menampung keperluan semasa, apatah lagi akan datang.

Kesukaran nelayan mendaratkan hasil laut semakin getir berikutan jeti berkenaan runtuh tiga bulan lalu, sekali gus menyebabkan nelayan tidak mempunyai pilihan, selain terpaksa menggunakan tebing konkrit milik Majlis Daerah Kunak di Kampung Pangkalan untuk mendaratkan hasil laut.

Sehubungan itu, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kunak merayu LKIM menyediakan jeti pendaratan ikan lebih sempurna berbanding sedia ada, bukan setakat memudahkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan, malah memajukan industri perikanan di negeri ini.

Pengerusinya, Asiah Hamid menjelaskan, 769 ahli PNK Kunak merayu LKIM membantu menyediakan jeti berkenaan berikutan jeti sedia ada yang disifatkannya kecil dan tidak kukuh, tidak mampu menampung bot laut dalam, bot besar dan kecil serta perahu yang membawa hasil tangkapan.

"Daripada keseluruhan ahli itu, kebanyakannya adalah pemilik bot laut dalam, bot besar dan perahu. Antara peralatan digunakan untuk menangkap ikan adalah pukat jerut, pukat tunda, bagang (kelong) dan pukat hanyut. Ada juga yang memancing.

"Selain jeti yang sudah runtuh itu, ada juga jeti milik swasta di Pangi. Jeti itu tidak boleh digunakan ahli PNK Kunak kerana ia adalah milik pemilik persendirian yang hanya dikhususkan untuk bot mereka," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Beliau menjelaskan, nelayan terpaksa menghadapi kesukaran menghampiri tebing konkrit berkenaan yang tidak dilengkapi kemudahan untuk bot berlabuh seperti tayar penahan bot, selain mesin penarik bakul yang dimuatkan dengan ikan, udang dan seumpamanya.

Asiah berkata, PNK Kunak difahamkan, LKIM bercadang menyediakan peruntukan untuk membaiki jeti yang sudah runtuh itu tetapi ia tidak mungkin mampu menampung keperluan semasa dan akan datang.

Beliau berkata, PNK Kunak sudah berbincang dengan LKIM mengenai permohonan berkenaan tetapi belum ada keputusan muktamad, setakat ini.

Sementara itu, Pengurus Besar PNK Kunak, Mohd Daud Mohd Alueh, berkata pembinaan jeti baru amat diperlukan berdasarkan peningkatan jumlah hasil laut yang didaratkan di jeti Kampung Pangkalan.

"Sebanyak 9.134 juta kilogram (kg) atau kira-kira 9,000 tan metrik ikan didaratkan di jeti Kampung Pangkalan dari 1 Ogos 2008 hingga 6 Julai lalu.

"Jumlah ini tidak termasuk ikan yang didaratkan di jeti milik swasta di Pangi. Ini membuktikan jeti baru amat diperlukan bagi memastikan industri perikanan di daerah ini terus berkembang," katanya.

Sementara itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kunak, Halid Haron, berkata Pejabat PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak bersikap terbuka mengenai lokasi pembinaan jeti berkenaan sama ada kekal di Kampung Pangkalan atau di lokasi lain.

Ini kerana, katanya, jalan masuk ke Kampung Pangkalan tidak ada laluan keluar yang menyebabkan lori mengangkut ikan dan kenderaan individu terpaksa membuat pusingan di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran jeti Kampung Pangkalan.

Sehubungan itu, katanya, Pejabat PKR memohon LKIM supaya meneliti masalah nelayan terbabit dan membantu mengatasinya dengan menyediakan jeti baru yang lebih sempurna.

Wabak Influenza A kini terkawal: Liow

KOTA BHARU: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata wabak Influenza A (H1N1) yang melanda negara kini terkawal walaupun bilangan yang disahkan positif mencecah 700 kes.

Beliau berkata, kebanyakan yang positif adalah mereka yang baru memasuki negara disamping beberapa kes yang membabitkan jangkitan tempatan selepas seseorang itu berada di dalam negara.

"Pada keseluruhannya boleh dikatakan terkawal dan berharap ianya tidak merebak lagi," katanya ketika berucap pada perasmian Konvensyen Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kelantan di sini, hari ini.

Walaupun terdapat enam kes positif dilaporkan di Kelantan dan di Terengganu 17, ia kini berada di dalam keadaan terkawal dan beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan bimbang dengan penularan penyakit itu dan meminta mereka supaya sentiasa berjaga-jaga.

Mengenai penyakit berjangkit seperti denggi, malaria dan kolera, beliau berkata, ia tidak membimbangkan kerana orang ramai sudah sedar dengan bahaya penyakit itu.

"Yang membimbangkan sekarang penyakit yang tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung yang dianggap serius," katanya.

Tanpa menyebut kadar kematian pengidap penyakit itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat. - Bernama