Followers

Saturday, June 5, 2010

Rachel Corrie ditawan pihak keselamatan Israel

KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telahditawan oleh Pasukan Pertahanan Isreal kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia)
hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod
di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata
jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar
menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.
"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera
yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata
itu," katanya.

Anifah berkata semua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan
bagi menjamin keselamatan mereka. - Bernama

Laluan lebih mudah untuk pelabur Malaysia tambah pelaburan di Laos

VIENTIANE: Pemeteraian perjanjian pengelakan cukai berganda antara Malaysia dan Laos Khamis lalu dijangka mendorong lebih banyak syarikat Malaysia menimbang secara serius peluang perniagaan dan pelaburan yang boleh mereka manfaatkan di negara anggota Asean itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menyaksikan upacara menandatangani perjanjian itu dalam rangka kunjungan rasmi dua harinya ke negara ini yang berakhir pada kelmarin, yakin hubungan perdagangan Malaysia-Laos akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.
Kini, terserahlah kepada golongan peniaga untuk meraih peluang besar yang terdapat di negara ini, yang ekonominya dijangka berkembang pada kadar tujuh hingga 7.5 peratus dalam tempoh setahun dua akan datang.
Malaysia adalah negara pelabur kesembilan terbesar di Laos dengan pelaburan berjumlah AS$151.3 juta (RM495.3 juta) antara 2000 dan tahun lalu dan Najib percaya jumlah itu boleh ditingkatkan pada masa akan datang.

Perdana Menteri berkata perjanjian tersebut akan merintis jalan ke arah peningkatan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
-- LAGI

MALAYSIA-LAOS 2 VIENTIANE
Sejak 1986, kerajaan Laos telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan persekitaran perniagaan lebih kondusif untuk sektor swasta. Ia juga secara beransur-ansur telah memberi semula tumpuan pada syarikat swasta dan meliberalkan undang-undang pelaburan asing.
Najib berkata kini, Laos berada pada fasa terakhir dalam laluannya untuk menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
"Apabila proses ini selesai, ia akan menambah keyakinan masyarakat peniaga untuk meningkatkan urus niaga mereka di Laos," katanya.
Najib berkata dalam konteks Asean, Laos mencatat banyak kejayaan dalam meliberalkan perdagangan bagi memenuhi tarikh akhir untuknya berbuat demikian pada 2015.
Katanya langkah itu akan memberi peluang kepada Malaysia dan Laos untuk mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan.
-- LAGI

MALAYSIA-LAOS 3 (AKHIR) VIENTIANE

Ketika ini, dagangan dua hala antara Malaysia-Laos hanya melibatkan beberapa produk sahaja. Nilai dagangan antara kedua-dua negara pada tahun lepas hanya berjumlah AS$6.8 juta (RM22.2 juta).
Import utama Malaysia dari Laos ialah produk logam dan kayu, manakala eksport utamanya pula ialah kain.
"Marilah kita sama-sama mencari jalan untuk bekerjasama, bukan saja bagi meningkatkan dagangan dua hala, tetapi juga membentuk gandingan strategik bagi memanfaatkn peluang yang lahir daripada integrasi ekonomi serantau yang lebih erat," kata Najib sebelum berlepas pulang ke tanah air.
-- BERNAMA
AKT AKT MGN SP RHM

Rachel Corri enggan ubah haluan ke pelabuhan Israel

JERUSALEM: Kapal misi bantuan Gaza, Rachel Corrie dilaporkan tidak mengendahkan arahan tentera laut Israel supaya kapal itu mengubah haluan ke pelabuhan selatannya Ashdod.
Ketika ini, kapal berkenaan hanya beberapa kilometer lagi menghampiri Semenanjung Gaza dengan diekori rapat dua kapal perang Israel.
“Kami memberitahu beberpa kali kepada penganjur dalam kapal itu supaya menuju ke Pelabuhan Ashdod kerana wujud sekatan untuk masuk ke Semenanjung Gaza, tetapi mereka tetap ingkar," kata seorang jurucakap tentera Israel sebentar tadi.
Awal tadi, Rachel Corrie dilaporkan dipintas kapal laut Israel di 35 batu nautika menghampiri Semenanjung Gaza. - AFP

Kapal perang Israel ekori rapat Rachel Corrie

JERUSALEM: Kapal perang Israel dilaporkan sedang mengekori rapat kapal bantuan misi kemanusiaan Gaza, Rachel Corrie kini yang hanya beberapa kilometer lagi menghampiri Semenanjung Gaza.
Kapal seberat 1,200 tan itu yang membawa kumpulan kecil aktivis pro Palestin termasuk pemenang Hadiah Nobel belayar memasuki wilayah Palestin menerusi perairan yang disekat Israel sejak tiga tahun itu.
“Terdapat dua kapal perang mengekori rapat dan sebuah bot kecil," kata seorang akvitis, Greta Berlin dari ibu pejabat Badan Pembebasan Gaza, di Cyprus memetik maklumat daripada penumpang kapal berkenaan. - AFP

Israel nafi rampas Rachel Corrie

JERUSALEM: Tentera Israel sebentar tadi menafikan pihaknya sudah menahan atau merampas kapal bantuan kemanusiaan Gaza, Rachel Corrie.

Jurucakap tentera berkata: "Pada saat ini, kita tidak menahannya." Kapal itu kini belajar memasuki Semenanjung Gaza yang ditutup Israel sejak tiga tahun lalu.

Sembilan aktivitis terbunuh apabila kumpulan pertama enam kapal bantuan gaza diserang tentera dan komando Israel, Isnin lalu. - AP

Rachel Corrie dijangka memasuki perairan Gaza 2 petang ini

KUALA LUMPUR: Kapal Rachel Corrie yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi atau 2 petang waktu Malaysia sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.
Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata, Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza. Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu
"Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda berkenaan yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.

Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.

Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.
Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya. - Bernama

Rachel Corrie diekori rapat tentera Israel: PGPO

KUALA LUMPUR: Perdana Global Peace Organisation (PGPO) memaklumkan kapal Rachel Corrie masih belum menerima sebarang ancaman daripada Tentera Laut Israel walaupun tiga bot tentera negara itu sedang mengekori rapat kapal berkenaan.
Dalam maklumat terkini menerusi laman Twitter, PGPO yang menaja kapal bantuan misi ke Gaza itu memberitahu, Rachel Corrie kini masih dalam perjalanan ke Gaza.
Penaung PGPO adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tentera Israel pintas kapal misi bantuan Rachel Corrie

BANDARAYA GAZA: Tentera Israel dilaporkan memintas kapal misi bantuan kemanusiaan Rachel Corrie yang turut mengandungi akitivis Malaysia awal pagi ini di 35 batu nautika menghampiri Semenanjung Gaza.

“Kapal Rachel Corrie sudah dipintas di 35 batu nautika di perairan Gaza,” kata Amjad al-Shawa, anggota jawatankuasa yang menyambut ketibaan sukarelawan berkenaan, di sini.
Kapal bantuan yang membawa pelbagai barangan perubatan dan peralatan sekolah untuk rakyat Palestin itu turut membawa enam sukarelawan Malaysia.
Kapal itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation yang penaungnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Al-Shawa berkata, beberapa bot peronda askar Israel dilaporkan mengepung kapal itu bagi menghalangnya menghampiri Gaza.

“Mereka cuba membawa kapal itu ke selatan pelabuhan Israel di Ashdod atau ke tempat lain," katanya.

Beliau berkata, sebarang bentuk komunikasi dalam kapal berkenaan sudah diputuskan.

Martin Quigley, jurucakap pemilik kapal yang berpejabat di Dublin, Ireland itu berkata, kapal itu yang membawa 15 orang itu kini gagal dihubungi.


“Mereka bersetuju untuk menghubungi kita sebaik mereka dikepung Israel tapi kami setakat ini masih gagal menghubungi semua penumpang menerusi telefon satelit.

"Ia seperti telefon itu sudah diputuskan isyaratnya," kata Quigley. - AFP

Bedah siasat mayat sukarelawan Gaza dipenuhi peluru

LONDON: Bedah siasat mayat sembilan warga Turki yang dibunuh tentera Israel ketika menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menunjukkan peluru berselirat dan kebanyakannya ditembak dari jarak dekat.
Akhbar British, The Guardian hari ini memetik Yalcin Buyuk, Naib Pengerusi Majlis Perubatan Forensik Turki yang menjalankan bedah siasat yang diarahkan oleh Kementerian Keadilan, menyebut salah seorang mangsa ditembak bertalu-talu lebih 30 kali.
Seorang mangsa, lelaki berusia 60 tahun pula ditembak empat kali di dahi, dada, pinggul dan belakang badan, manakala seorang warga Amerika kelahiran Turki ditembak dari jarak dekat di muka, belakang kepala, dua kali di kaki dan satu di belakang badan.
Dua lagi lekaki ditembak empat kali, lima mangsa ditembak di belakang badan dan kepala, kata Buyuk.

Ketika ini berlaku konflik antara pihak berkuasa Israel dan aktivis yang terbabit mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika dalam serangan pada waktu subuh Isnin lalu terhadap kapal ke Gaza itu.

Israel berkata, komandonya hanya melepaskan tembakan selepas mereka diserang dengan pisau, senjata tajam dan kayu.

Ketua Yayasan Bantuan Kemanusiaan Islam, KemaBulent Yildirim, berkata ketika serangan berlaku, aktivis hanya menggunakan batang besi sebagai mempertahankan diri. - AFP