Followers

Sunday, April 5, 2009

Hari Paling Istimewa 2

Hari paling istimewa aq:
1) Semasa Melancong dengan keluarga.
Sapa yang x gembira melancong dengan keluarga tersayang di tempat yang bersesuaian. Apa salah nyer kita berlancong dalam negara kita sendiri kan. Saya paling suka melancong. Itu yang saya idam-idamkan salama ini. Kali ini, saya akan bawa isteri "pada ketika itu".

2) Semasa kuar gan girl lah...
Hehehe... Sapa yg x suka kuar gan girl/boy nyer. Ni lah tyme nyer nak meluahkan rindu kepada C dia...

3) Emmmm.... Lum tahu lagi...

Hari Paling Istimewa

Harie Paling Istimewa bgi hdup ku:
1) Pengalaman semasa arie jdi ku....
Sapa x gembira tiap2 tahun harie jdi dismbut dengan gembira.. Bagi aq 2 dah semestinyer... Terutamanya, girl aq, dengan nama panggilan Sue turt meraihkan harie jadiq..

2) Pengalaman semasa PLKN
Sapa x suka ikut nie program... PLKN nie best tau. rugi x join PLKN nie... Bnyak modul nyer, kawan dri merata tmpt sama ada dri sandakan, Ld, tawau, semenajung....

3) Pengalaman semasa menjejak kaki kat UiTM
Saya bersyukur kepada Illahi krna saya berpeluang memjejak kaki ke UiTM SABAH. Hehehe:)

4) Pengalaman Masa depan.
Emmm.... Sapa yg x gembira kan... Saya gembira dapat mendirikan rumahtangga dengan seorg pasangan hidup aq, Sue. Klau kehendak Maha Illahi, saya akan bertunang dengan dia.... Itu aje lah...

5) X tahu lagi.... Hehehehehehe:)

Kristal pelengkap hiasan dalaman


Candeliar kristal lambang kemewahan.

Hiasan kaca bermutu tinggi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti flora, fauna, semula jadi dan dekoratif

KEBELAKANGAN ini, ramai yang memilih menjadikan kristal sebagai barang perhiasan diri dan aksesori pelengkap untuk tas tangan dan kasut.

Malah, kebanyakan fesyen pakaian turut menjadikan kristal sebagai aksesori dan hiasan yang berkerlipan memikat mata sesiapa saja yang memandang.

Namun, sebelum fungsi kristal itu berubah ke bidang fesyen dan aksesori perhiasan diri, kaca bermutu tinggi berkenaan sebenarnya lebih dulu menjadi hiasan dalaman.

Sejak berkurun dulu, kristal popular sebagai barang bernilai tinggi dan hanya boleh dimiliki golongan atasan. Hierarki masyarakat ketika itu menunjukkan taraf hidup golongan atasan saja memungkinkan kehadiran kristal sebagai penyeri rumah mereka.

Kini, sesuai dengan perkembangan masa dan teknologi yang bersifat menyeluruh membuatkan sesiapa pun mampu memiliki kristal.

Kristal berbentuk hati dengan sepasang burung sesuai dihadiahkan untuk kekasih.

Hiasan unik itu boleh didapati dalam pelbagai peringkat harga berdasarkan bahan digunakan. Jika berpendapatan rendah atau bajet kurang, anda masih mampu memiliki kristal, namun tahap kejernihan dan peratus kehalusan dihasilkan adalah samar.

Dalam seni hiasan dalaman, hiasan ini cantik dipandang tetapi bukan untuk dipegang tambahan pula jika harga bagi satu-satu kristal itu beribu ringgit. Lebih baik elak memegangnya dikhuatiri boleh terjatuh dan pecah.

Menurut pakar kristal, kristal asli dan cantik adalah yang mampu memancarkan warna utama bumi, langit serta matahari. Ia menggabungkan cahaya dan sinar yang harmoni menyinar warna sukar digambarkan kerana sangat menarik. Malah, ada yang menyatakan kristal mampu menjadi terapi minda dan jiwa.

Kebiasaannya, kristal akan dijadikan perhiasan untuk menghiasi almari pameran atau hiasan di atas meja di ruang kediaman.

Hiasan kristal boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti flora, fauna, semula jadi dan dekoratif. Malah, hiasan kristal yang sering dilihat termasuk pemegang lilin, pinggan, gelas dan pasu bunga.

Selain itu, biasanya kristal sering dikaitkan dengan candeliar dan lampu yang menghiasi ruang di kediaman dan terkini manik-manik kecil kristal menjadi penghias napkin, sarung kusyen dan bantal di ruang tamu.

Sebilangan orang percaya kristal mengandungi bio-energy dan merawat. Malah, kristal dikatakan boleh menukarkan tenaga negatif kepada positif.

Justeru, anda disarankan menggantung atau meletakkan hiasan kristal di tepi tingkap kediaman dan dalam kereta bagi memastikan cahaya suria dipancarkan dengan tenaga yang positif.

Tip penjagaan kristal

  • Kristal adalah kaca berkualiti yang terhasil daripada penghabluran dan pengoksidaan kaca yang mampu menyinarkan warna maka ia perlu dibersihkan dengan berhati-hati.

  • Seeloknya, ketika membersihkan kristal, buat satu persatu bagi mengelakkannya pecah atau terjatuh kerana kristal dikenali sebagai bahan mudah pecah

  • Buatlah rutin pembersihan untuk kristal bagi menjamin supaya ia tidak berhabuk dan sentiasa bersinar.

  • Bagi mengekalkan kristal terus bersinar simpan dalam almari kaca atau ruang pameran bertutup.

  • Elakkan meletakkan kristal dengan barang pameran yang berat dan mudah berlaga atau menimpa kristal.

  • Elakkan membungkus kristal dengan tisu dan kertas surat khabar.

  • Sebaiknya gunakan penyedut habuk dengan suhu yang sejuk untuk membuang habuk berbanding di lap.

  • Jika ada kesan cap jari melekat di atas hiasan kristal, disarankan supaya dibasuh dan gunakan kain lembut untuk mengelap. Anda boleh mencuba menggunakan air suam dengan sedikit titisan lemon dan 1/4 cawan ammonia, kemudian bilas dengan air biasa dan toskan airnya.
  •