Followers

Sunday, January 24, 2010

Gempa 4.7 magnitud gegar Haiti

WASHINGTON: Gempa bumi sederhana berukuran 4.7 pada skala Richter melanda Haiti awal pagi tadi, kira-kira 30 kilometer (km) ke barat Port-au-Prince.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 5.51 petang Ahad waktu tempatan (5.51 pagi Isnin waktu Malaysia) pada kedalaman 4.1 km.

Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menyatakan anggaran awal kekuatan gempa bumi itu ialah 5.5 magnitud dan pada kedalaman 33 km.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan aibat gempa bumi itu. - Reuters

Askar Kemboja, Thailand bertempur

PHNOM PENH: Tentera Kemboja berkata pasukannya bertempur dengan askar Thailand di kawasan sempadan yang dipertikaikan pagi tadi.

Lt Jen Chea Tara, timbalan komander angkatan tentera dan komander lapangan kawasan itu, berkata pasukan Kemboja tidak mengalami sebarang kemalangan jiwa dalam pertempuran di kira-kira 20 kilometer ke timur kuil Preah Vihear.

Katanya, pertempuran bermula apabila askar Thailand menceroboh wilayah Kemboja.

Jurucakap Kementerian Pwertahanan, Lt Jen Chhum Socheach, pula berkata berlaku dua pertempuran selama lima minit selepas 9 pagi (10 pagi waktu Malaysia).

Pihak tentera Thailand tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan kejadian itu. - AP

Pyongyang beri amaran kepada Seoul

SEOUL: Korea Utara memberi amaran akan menganggap serangan awal Korea Selatan sebagai perisytiharan perang.

Tentera Korea Utara berkata ia akan mengambil tindakan ketenteraan tegas terhadap sebarang cubaan Korea Selatan untuk melanggar maruah dan kedaulatannya dan akan memusnahkan sasaran di Korea Selatan.

Amaran yang dikeluarkan Agensi Berita Sentral Korea itu adalah perang mulut terbaru antara kedua-dua negara ketika mereka menunjukkan tanda-tanda meningkatkan kerja sama selepas ketegangan selama beberapa bulan berikutan program nuklear Pyongyang.

Amaran itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Seoul bahawa ia akan melancarkan serangan awal jika terdapat petunjuk jelas Korea Utara bersedia melancarkan serangan nuklear. - AP