Followers

Saturday, June 19, 2010

Piala Dunia FIFA 2010: Australia 1, Ghana 1 (separuh masa pertama)

RUSTENBURG: Perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 Kumpulan D antara Ghana dan Australia berkesudahan 1-1 pada separuh masa pertama yang berlangsung di Stadium Royal Bafokeng.

Gol pertama perlawanan dijaringkan pemain hadapan Australia, Holman pada minit ke-11, manakala A Gyan menyamakan kedudukan untuk Ghana menerusi sepakan penalti pada minit ke-25.

Piala Dunia FIFA 2010: Belanda 1, Jepun 0

DURBAN: Sebaik separuh masa kedua bermula selepas Belanda dan Jepun terikat tanpa jaringan sebelum waktu rehat, saingan kumpulan E untuk perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Moses Mabhiba menyaksikan rembatan kencang perancang Belanda, Wesley Sneijder pada minit ke-53 ditampan masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Jepun, Kawashima.
Gol itu membuka permainan antara kedua-dua pasukan apabila Jepun mula mengasak bagi mencari gol penyamaan dan disambut serangan balas pasukan Belanda.
Sehingga tamat ke waktu tambahan, percubaan kedua-dua pasukan gagal menambah jumlah jaringan dan Belanda berpuas hati dengan kemenangan satu gol, seterusnya mengangkat pasukan itu sebagai peneraju kumpulan ketika ini.

Malaysia mahu lihat perdamaian di Myanmar: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini berkata bahawa Malaysia ingin melihat perdamaian di Myanmar.
"Saya ingin melihat perdamaian negara di Myanmar. Saya fikir kerajaan sana tahu apa yang diperlukan untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan masyarakat antarabangsa," katanya ketika mengulas impiannya bagi negara itu sempena sambutan hari lahir pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang ke-65 hari ini.
Menjawab soalan berhubung apa yang patut dilakukan Asean dalam menangani isu Myanmar, Najib berkata, 10 negara anggota pertubuhan serantau itu berharap pelan damai bagi demokrasi itu memerlukan satu penyelesaian yang inklusif.
"Itu adalah harapan negara-negara Asean," katanya.

Sebelum itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pelan damai kepada demokrasi itu akan merintis jalan bagi pilihan raya tahun ini di Myanmar, sebuah negara yang diperintah oleh junta tentera sejak 1962.

Sepuluh langkah pelan damai itu antara lain bertujuan membangunkan sebuah negara demokratik yang baru, aman dan moden.
Suu Kyi, pemenang anugerah Nobel, menghabiskan 15 tahun daripada 21 tahun dalam tahanan kerana berjuang bagi demokrasi dan kini menjalani tahanan rumah.

Parti pro-demokrasi Liga Demokrasi Kebangsaan (NDL) pimpinannya mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 1990 tetapi tidak diiktiraf junta tentera. - Bernama

Piala Dunia: Belanda 0, Jepun 0 (separuh masa pertama)

DURBAN: Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi kumpulan E antara Belanda dan Jepun sudah memasuki separuh masa pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan di Stadium Moses Mabhida, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan terbabit tidak membuat perubahan terhadap senarai kesebelasan utama mereka susulan masing-masing mencatatkan kemenangan berharga.

Gempa bumi sederhana melanda Kepulauan Andaman

NEW DELHI: Gempa bumi sederhana pada magnitud 5.9 melanda Kepulauan Andaman India awal pagi ini, di mana susulan kejadian itu tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata ahli seismologi.
Pertubuhan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa terbabit berlaku pada kedalaman 27 kilometer dengan ukuran pusat gempa 180 kilometer daripada Port Blair di Kepulauan Andaman, di lautan India.
Dalam kejadian tsunami Asia 2004, Andaman terjejas teruk, apabila dicetus gempa bumi di pulau Sumatera, Indonesia yang membentuk ombak besar melanggar negara di sekitar Lautan India.
Kawasan di sekitar Laut Andaman sering dilanda gempa bumi disebabkan pertemuan plet India dan plet mikro Burma di sepanjang kawasan yang dikenali parit Andaman.

Kejadian terbaru menyaksikan kepulauan itu dilanda gempa bumi kuat pada magnitud 6.4, 1 Jun lalu. - AFP

Piala Dunia: England 0, Algeria 0

PENJAGA gol England, David James (jersi kuning) menangkap kemas bola dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia antara England menentang Algeria yang berkeputusan seri 0-0 di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENJAGA gol England, David James (jersi kuning) menangkap kemas bola dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia antara England menentang Algeria yang berkeputusan seri 0-0 di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto AFP
CAPE TOWN: Keputusan perlawanan kumpulan C antara England dan Algeria berkesudahan 0-0 pada kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang tamat di Stadium Green Point, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu England menurunkan David James sebagai penjaga golnya, bagi menggantikan Robert Green.

Piala Dunia: England 0, Algeria 0 (separuh masa pertama)

CAPE TOWN: Keputusan separuh masa pertama antara England dan Algeria bagi kumpulan C terikat 0-0 pada perlawanan kedua kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Green Point, sebentar tadi.
Fakta menarik dalam perlawanan itu adalah England menurunkan David James sebagai penjaga golnya, menggantikan Robert Green.

Piala Dunia: Afrika Selatan 1 Mexico 1

PEMAIN tengah Afrika Selatan, Steven Pienaar (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Mexico, Ricardo Osorio pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. - Foto AFP
PEMAIN tengah Afrika Selatan, Steven Pienaar (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Mexico, Ricardo Osorio pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. - Foto AFP
Keputusan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico sebentar tadi berkesudahan seri 1-1.

Gol Afrika Selatan diperoleh menerusi Tshabaala pada minit ke-55 dan gol penyamaan Mexico oleh Marquez (m-79).