Followers

Monday, June 21, 2010

Piala Dunia 2010: Portugal 7, Korea Utara 0

CRISTIANO Ronaldo (kiri), berjaya menyumbat gol ke-6 Portugal, menentang Korea Selatan, perlawanan Kumpulan G, di Stadium Green Point, Cape Town. - Foto AFP
CRISTIANO Ronaldo (kiri), berjaya menyumbat gol ke-6 Portugal, menentang Korea Selatan, perlawanan Kumpulan G, di Stadium Green Point, Cape Town. - Foto AFP
CAPE TOWN: Portugal menewaskan Korea Utara 7-0 dalam perlawanan kumpulan G kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Green Point di sini, sebentar tadi.

Gol Portugal dijaringkan Raul Meireles pada minit ke-29, Simao (minit ke-53), Hugo Almeida (minit-56), Tiago (minit ke-60,89), Liedson (minit ke-81) dan Cristiano Ronaldo (minit ke-87).
Sebelum tamat separuh masa pertama di mana Portugal sudah mendahului 1-0, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan padang basah untuk tempoh 45 minit.

Piala Dunia 2010: Portugal 1, Korea Utara 0 (separuh masa pertama)

PEMAIN Portugal, Ricardo Carvalho (kiri) merembat bola ke arah gol Korea Selatan, perlawanan Kumpulan G, di Stadium Green Point, Cape Town. - Foto Reuters
PEMAIN Portugal, Ricardo Carvalho (kiri) merembat bola ke arah gol Korea Selatan, perlawanan Kumpulan G, di Stadium Green Point, Cape Town. - Foto Reuters
CAPE TOWN: Portugal mendahului 1-0 ke atas Korea Utara hasil jaringan Raul Meireles pada minit ke-29 selepas menyudahkan lorongan pemain tengah rakan sepasukannya, Tiago bagi perlawanan kumpulan G kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Green Point di sini, sebentar tadi.

Sebelum tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan padang basah untuk tempoh 45 minit pertama.

Pandangan guru, ibu bapa dikaji cadangan pemansuhan UPSR,PMR: Alimuddin

KUALA LUMPUR: Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dulu.
"Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Alimuddin juga berpendapat, pendidikan negara selama ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan perubahan perlu dibuat selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

Sementara itu, beliau berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah saja.

"Kemasukan pelajar ke sekolah menengah akan dinilai melalui peperiksaan penilaian berasaskan sekolah," katanya. - Bernama

Akta Akuan Bersumpah 1960 akan dipinda

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sumpah (CO) akan dikehendaki menjadikan libel pada Akuan Bersumpah (SD) yang disediakan oleh deponen bagi memastikan mereka menyedari dan mengetahui kandungan akuan itu sebelum memperakui dokumen berkenaan.
Langkah itu bagi mengelakkan Akuan Bersumpah mudah diperoleh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu seperti dalam urusan berkaitan tanah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V K Liew, berkata Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang yang diketuai beliau kini mengkaji untuk meminda Akta Akuan Bersumpah 1960 bagi menjadikan ia mandatori kepada CO membaca kandungan akuan itu dan hanya memperakuinya setelah berpuas hati dengan kandungan yang tidak akan menimbulkan pertikaian atau tidak ada unsur-unsur pembohongan.
"Mengikut Akta Akuan Bersumpah sekarang, CO hanya diperlukan menandatangani untuk memperakui bahawa seseorang itu telah menandatangani dokumen berkenaan di hadapan beliau.

"Kini kita mahu pastikan CO membaca kandungan SD dan beliau berpuas hati bahawa kandungan SD tidak akan menimbulkan pertikaian dan tidak ada unsur-unsur pembohongan kepada orang lain," katanya.

Liew berkata pindaan itu juga bagi mengelakkan SD disalahgunakan untuk tujuan memfitnah, penipuan dan pemalsuan.

Beliau berkata banyak kes di mana pihak tidak bertanggungjawab menggunakan SD untuk menipu pemilik tanah dengan tipu muslihat dalam urusan pemindahan hakmilik tanah.
"Mereka menggunakan SD untuk mengatakan bahawa seseorang pemilik tanah adalah pemilik sesuatu bidang tanah dan kemudian menggunakan kuasa wakil untuk mengatakan pemilik tanah telah memindahkan kuasa itu kepada orang berkenaan untuk melakukan urusan tanah. Kemudia mereka akan mengatakan seseorang itu telah diberi kuasa bagi menandatangani semua dokumen," katanya.

Liew, berkelulusan undang-undang, mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes seperti itu di mana pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan tandatangan pemilik tanah dalam SD.

"Kita terpaksa mengetatkan undang-undang untuk melindungi pemilik tanah yang sah daripada kehilangan tanah dan kes terkenal dalam isu ini ialah Adorna Properties lawan Boonsom Bonyanit," katanya.

Kes ini melibatkan penjualan dua lot tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, milik seorang rakyat Thailand, Boonsom Boonyanit.

Seorang yang menyamar dan mendakwa bahawa Sun Yok Eng @ Boonsom Boonyanit telah memperakui satu SD pada 18 Jun, 1988 di mana geran asal tanah beliau telah hilang.

Penyamar kemudian mendapatkan satu salinan geran itu daripada Pejabat Tanah yang telah diperakui.

Pada 6 April, 1989, penyamar memperakui SD kedua dengan menyatakan bahawa nama-nama Puan Boonsom Boonyanit dan Puan Sun Yok Eng @ Boonsom Boonyanit pada geran itu adalah orang yang sama, iaitu Puan Boonsom Boonyanit (penyamar) dengan nombor pasport Thailand yang berbeza.

Dengan akuan itu, penyamar berjaya mendaftarkan memorandum pendaftaran bagi Adorna Properties.

Kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa Adorna Properties telah mendapatkan satu geran yang tidak boleh dipertikaikan tetapi bukan tujuan untuk pemalsuan kerana ia adalah pembeli bona fide.

Keputusan penghakiman itu yang banyak menerima kritikan bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada awal tahun ini, yang memberikan keputusan bahawa keputusan sebelum ini adalah "terang-terang salah". - BERNAMA

Angka korban gempa di Papua meningkat 17 orang

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban akibat gempa kuat melanda wilayah Indonesia di Papua, minggu lalu.
Gempa berukuran 7.1 magnitud yang melanda perairan pantai utara Papua itu menyebabkan nasib sembilan penduduk kampung di Pulau Yapen masih tidak menentu.
Mereka yang terselamat kini dilaporkan ditempatkan di sebuah van dengan 13 orang di dalamnya.
Gempa itu menyebabkan lebih 4,600 penduduk hilang tempat tinggal dan lebih 2,500 rumah musnah atau rosak.

Pihak penyelamat berdepan halangan untuk menjalankan kerja menyelamat mangsa berikutan kedudukan pulau yang terpencil yang jaraknya 3,300 kilometer dari timur Jakarta. - AFP

Piala Dunia: Brazil 3 Ivory Coast 1


PEMAIN tengah Brazil, Felipe Melo (kanan) bersaing dengan pemain Ivory Coast, Didier Zokora pada perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010 FIFA, Brazil menentang Ivory Coast di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
PEMAIN tengah Brazil, Felipe Melo (kanan) bersaing dengan pemain Ivory Coast, Didier Zokora pada perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010 FIFA, Brazil menentang Ivory Coast di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
JOHANNESBURG: Luis Fabiano menjaring dua gol bagi membantu kemenangan selesa Brazil ke atas Ivory Coast pada perlawanan peringkat Kumpulan G di Stadium Soccer City, awal pagi tadi.

Kemenangan Brazil itu sedikit tercalar apabila pemain tengah, Kaka dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, dua minit sebelum perlawanan berakhir.
Gol ketiga skuad samba itu diperoleh menerusi Elano pada minit ke-62, sebelum, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal buat Ivory Coast pada minit ke-79. - Reuters