Followers

Wednesday, November 18, 2009

Menteri Thailand mahu tuntut kuil Kemboja

KANTHARALAK, Thailand 18 Nov. - Thailand menaruh harapan untuk menuntut haknya terhadap sebuah kuil sempadan yang bersejarah yang diiktiraf sebagai milik Kemboja daripada Mahkamah Dunia hampir lebih setengah abad lalu.

Menteri Kehakiman, Pirapan Salirathavibhaga meluahkan pandangannya terhadap kontroversi kuil Preah Vihear kurun ke-11 setelah hubungan Thailand dengan negara jirannya itu kini dilihat semakin parah.

Kuil tersebut terletak di lereng sebuah bukit di sempadan antara Thailand dan Kemboja dan telah menjadi bahan ketegangan selain menyebabkan pertambahan sentimen nasionalis terhadap kedua-dua negara sejak berkurun-kurun yang lalu.

Hari ini, sekumpulan penduduk kampung di Kemboja membakar patung menyerupai wajah Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva sambil mendakwa polisi beliau telah menyebabkan ketegangan di sempadan yang kemudiannya mejejaskan kehidupan harian mereka.

Kerajaan Thailand kini sedang berusaha memulihkan hubungan diplomatik dengan Kemboja dalam usaha untuk membebaskan rakyat Thailand yang ditahan di negara itu atas tuduhan mengintip. - AP