Followers

Tuesday, October 6, 2009

Novel Tak Bertajuk.. hehehe :)

Hari ini ku, Fiq baru saja exam. Setelah ku menduduki kertas exam yang terakhir, ku dan pelajar-pelajar lain turun ke bawah untuk makan kat kantin sekolah. Fiq bertemu dengan Siti sambil berbual-bual pasal kertas hari ini. Semasa berjalan beberapa anak tangga, ku terpandang pada seseorang yang pernah ku terlanggar tempoh hari. Ku dan Siti pun membeli makanan untuk mengisi perut yang kosong ini. Kami berbual-bual pasal paper itu selepas makan.

“Siti, susahkah exam tadi tu?” kata ku.
“Taklah. Tapi bolehlah aku jawab.” kata Siti.
“Cepatlah! Cuba tengok jam kau pukul berapa?” katanya lagi.
“Aik? Baru pukul 10 pagi ini. Napa?” kataku.
“Kenapa lagi kau tanya. Kan nak masuk kelas. Belajar?” kata Siti.
“Betul lah. Jom!” kataku.

Setelah ku dan Siti masuk kelas masing-masing, guru subjek BM pun masuk lalu mengajar kami. Ku termenung panjang ketika guru tengah menulis kerja rumah kat whiteboard. Lalu, kawan sebelah ku menolak bahuku berulang kali.

“Alangkah kalau aku tanya sapa dia?” bisikan hatiku.
“Eh, Fiq! Apa yang kau termenung itu?” kata kawan sebelahku.
“Apa? Apa? Taklah. Buat lah kerjamu itu.” kataku.
“Cikgu kat depan bagi kerja rumah itu,” katanya.
“Yalah. Thanks.” kata ku.

Ku pun menyalin kerja rumah itu. Setelah cikgu memberi kerja rumah kepada kami, cikgu mengemas barang lalu beredar dari situ. Ku tahu cikgu ada hal penting nak dibuat. Ku melihat jam tangan ku yang menunjukkan jam 12 tengah hari. Sebelum habis masa cikgu tersebut, ku membuat kerja-kerja tugasan tersebut secepatnya yang mampu agar ku tak payah buat kat rumah. Ku boleh buat ulangkaji subjek-subjek lain.

“Kenapalah ku jadi tak menentu bila terparak dengan c dia itu”, bisikan hatiku.
“Kenapa? Atau ku telah jatuh cinta kat c dia itu?” bisikan hatiku lagi.
“Tak…. Tak mungkin lah”, bisikan hatiku lagi.

“Trrriiing! Trrrriiiingggg!” bunyi lonceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik. Ku dan Jo mengemas barang dan membersihkan kelas sebelum pulang. Semasa bertugas, ku melihat beberapa pelajar masih bertugas semasa ku kat depan pintu. Setelah selesai membersihkan kelas, ku dan Jo pulang ke rumah. Semasa ku tengah menuruni beberapa anak tangga, ku terparak dengan c dia lagi.

Ini bukan pertama kali terparak dengan dia, hatiku bagai nak tercabut dibuatnya. Dia memanggil namaku dari arah belakang tapi ku tak acuh. Tapi Jo menepuk bahu ku lalu menanya pasal ku dengan dia itu.

“Apa hal kau dengan dia itu? Ada apa-apa kah?” kata Jo.
“Tak ada apa-apa pun.” kataku.
“Alah Fiq, pura-pura lagi itu. Katakan saja lah.” kata Norlily.
“Dah lah. Jom lah.” kataku.

Kami terus pulang ke rumah. Sebelum sampai kat simpang keluar sekolah, ku dan Jo berbual-bual. Tiba kat simpang, kami pun balik bertentang arah. Ku melihat tiga orang remaja perempuan berjalan lambat dihadapanku. Ku memperhatikan gelagat mereka yang tengah berbisik-bisik atau bercerita pasal hal tempoh hari. Terkonyong-konyong, seorang dari mereka menandang ke belakang sambil senyum ke arah ku.

“Hai! Apa lah dorang cerita itu?” bisikan hatiku.
“Em! Buat apa aku hiraukan dorang tu. Mungkin orang lain.” bisikan hatiku lagi.
“Bagus ku pintas dorang tanpa acuh kat dorang.” bisikan hatiku lagi.

Ku terus berjalan sebelum sampai kat simpang Sri Gaya. Terkonyong-konyong, seorang kawannya memanggil ku sementara itu ku terdiam. Ku terpaku seketika. Bagaimana dia tahu nama ku. Ku berpaling muka ke arah dorang. Ku berhenti bagai mati arah, dorang pun berjalan ke arah ku lalu menanya pasal tempoh hari.

Ku buat tak tahu apa-apa. Tapi kawannya berdegil nak tahu hal sebenarnya. Sampai kat simpang, ku dan Norlily seberang jalan. Norlily melambai tangan kat kawan-kawannya. Kami berbual-bual sampai kat rumahnya. Setelah beberapa minit, baru lah ku balik kat rumah. Seperti acapnya, ku makan selepas balik, buat kerja rumah dan joging.

Semasa ku nak turun ke bawah, tiba-tiba handphoneku berbunyi. Ku mengambil handphone ku dan ku melihat sapa yang pandai-pandai kacau aku time begini. Ku membawanya bersama. Semasa ku berjoging, ku melihat pada skrin handphone ku kalau-kalau ada orang call. Setelah dua jam ku berjoging, ku melalui kat laluan shortcut untuk pulang. Terkonyong-konyong, seorang remaja perempuan, Norlily menjerit namaku.

Ku menoleh ke arah suara tersebut. Ku melihat Norlily pergi ke arah ku. Ku menjadi cemas dan tak tentu arah. Ku berhenti dan ku menoleh ke arahnya. Dia menanya kat aku kalau-kalau dapat satu missed callnya itu.

“Hei! Kau ada dapat satu missed call aku kah?” kata Norlily.
“Apa! Dapat bah.” kataku.
“Tapi napa U hantar mesej itu? Cam tahu-tahu aje I nak joging ini?” kataku lagi.
“Biasa lah.” kata Norlily.

Setelah semuanya selesai, ku pulang ke rumah. Esoknya seperti acapnya. Semasa ku hendak ke pondok untuk membuat latihan. Tiba-tiba, ku terlanggar dengan Norlily sekali lagi. Ku masih teringat kejadian itu.

“Minta maaf!” kataku yang tergesa-gesa turun.
“Eh! Apa ini langgar-langgar”, kata Norlily yang marah.
“Tak apa lah. Nanti kita jumpa dia masa pulang”, kata kawannya.

Mereka terus ke kantin membeli makanan. Ku sedang membuat standby untuk exam SPM pada tahun ini. Setelah 12 minit aku mengulang kaji. Semasa ku dalam kelas, ku memberi perhatian kepada cikgu yang sedang mengajar. Ku banyak membuat latihan yang diberikan tersebut.

“Kau dapat kah jawapan yang diberi tu?” kata rakan kelasku.
“Belum lagi tetapi beberapa soalan dah dapat.” kataku.
“Tolong ajar yer kat aku ini.” katanya lagi.
“Ok bah. Tapi ku ajar tuk dapat jawapannya saja yer.” kataku.

Setelah menolong rakan sekelasku, cikgu subjek Maths mengarah ketua kelas untuk mengutip buku latihan kami selepas kelas nanti. Kemudian cikgu tersebut berlalu dari situ.

“Lepas ini apa?” kataku sambil menanya kat kawan sebelahku.
“Lepas ini, subjek sejarah lah. Takkan ini kau dah lupa.” katanya.
“Yalah, maaflah!” kataku.
“Cikgu! Cikgu!” kata salah sorang pelajar dalam kelasku.
“Semua berdiri. Selamat pagi cikgu!” kata ketua kelas.
“Selamat pagi, semua duduk.” kata cikgu tersebut.
“Sudahkah kamu siapkan tugasan yang saya berikan?” kata cikgu tersebut.
“Sudah, cikgu,” kata kami.

Kami menghantar kerja rumah tersebut di atas meja cikgu. Setelah itu, guru tersebut mengajar kami bab baru. Masa itu baru ku teringat yang aku belum ada buku. Ku meminjam atau berkongsi buku teks dari kawan. Dah tiba untuk masa pulang. Cikgu tersebut memberi tajuk-tajuk untuk buat latihan dan ulangkaji.

“Semua berdiri. Terima kasih cikgu” kata ketua kelas.
“Pelajar-pelajar bertugas.” kata ketua kebersihan kelas.

Semua pelajar menjalankan tugas-tugas yang diarahkan. “Tring! Triiing!” bunyi lonceng sekolah. Selepas bertugas, semua pelajar berbaris kat luar untuk pulang ke rumah masing-masing. Aku dan kawan pulang lambat untuk memastikan kebersihan kelas. Semasa hendak turun ke tingkat bawah, kami bertembung dengan cikgu kami yang sedang mengangkat barang.

“Hei, kawan. Jom kita tolong cikgu itu.” kataku.
“Baiklah. Jom! Jom! Kita tolong,” kata kawanku.
“Selamat tengah hari, cikgu. Apa kami boleh bantu cikgu?” kataku.
“Selamat tengah hari. Tolong cikgu angkat ini ke kereta cikgu” kata cikgu itu.
“Ok cikgu,” kata kami.

Kami pun menolong cikgu itu. Ku melihat beberapa pelajar yang sedang menunggu seseorang di kantin sekolah. Setelah kami menolong cikgu tersebut, kami terus pulang ke rumah. Semasa perjalanan, kami berbual-bual mengenai subjek hari ini. Kami berjalan bertentangan arah. Satu arah Merpati, satu lagi arah Taman Rimba.

Semasa dalam perjalanan, ku patah balik untuk membeli makanan. Ku berbelanja sedikit. Ku berjalan balik ke rumah melalui jalan shortcut. Semasa melalui kat sana, ke melihat suasana kat sana. Seorang pelajar perempuan menjerit nama ku. Ke terpaku seketika semasa ku melalui tempat itu. Rupa-rupanya orang yang ku terlanggar tempoh hari. Tetapi ku hairan dan binggung.

“Oh, kau kan yang terlanggar kat aku kan?” kata Norlily.
“Ya. Kan aku dah minta maaf pasal tadi”, kataku.
“Eh! Kau tinggal kat mana?” kataku lagi.
“Kau nak tahu kah. Aku tinggal kat sini.” kata Norlily.
“I kan nak couple kat U. Nak ke?” kata Norlily lagi.
“Yakah. Cam tak ku percaya saja. Ok lah. Couple saja lah.” kataku.
“U Norlily kan. Sorry lah tempoh hari itu.” kataku lagi.
“Ya. Tak apa.” katanya.
“Bye! Aku kena cepat pulang kat rumah. Sok kita sambung yer.” kataku.
“Bye! Love u.” kata Norlily.
“(segan nak ucapkan balik)…. Me to” kataku.

Ku terus melalui jalan shortcut kat situ. Sampai saja aku kat rumah, ku terus tukar pakaian. Ku menjamah makanan yang ku beli kat kedai. Setelah itu, ku membuat kerja rumah sambil mendengar Sandakan fm dan Muzik fm. Setelah ku siapkan kerja rumah pada 4.30 petang. Ku berjoging di kawasan berdekatan. Ku biasa berjoging dua tiga kali. Kadang-kadang, ku hanya berjalan kaki di sekitar tempat tersebut.

“Eh! Napalah ku tak tanya dia sapa? Dia tinggal kat mana? Napa dia jerit pada aku tengah hari tadi? Atau nak berbual dengan ku? Kenapalah aku tak cakap sesuatu kat dia?” Banyak persoalan yang berputar-putar difikiranku. Setelah selesai berjoging, ku pulang ke rumah. “Eh! Apa yang ku nak buat hari ini? Mungkin aku buat ulangkaji sampai ku dapat kuasai semua subjek dengan cepat. Bagaimana nak aku bahagikan masaku? Atau ku harus membuat jadual waktu.”

“Fiq, mari makan malam,” kata mamaku.
“Ya, mak.” kataku.
“Apa lauk malam ini?” kataku lagi.
“Ada macam-macam lauk tetapi bukan banyak pun.” kata mamaku.
“Betullah.” kataku.

Setelah makan malam, ku berehat seketika sambil tengok television berita. Dalam beberapa jam, ku masuk tidur di bilikku. Apa yang berlaku esok? Adakah cuaca baik atau sebaliknya? Harap-harap esok cuaca baik saja. Ku amat mengantuk lalu tertidur di bilikku.

“Trinng! Training!” bunyi jam lonceng. Ku melihat jam lonceng yang menandakan pukul 4.30 pagi. Setelah terbeliangan, ku terus membersihkan diri dan berpakaian yang bersih. Ku membuat ulangkaji pelajaran sehingga masuk waktu azan subuh.

Setelah ku menunaikan solat subuh, ku bersiap pakaian baju sekolah. Ku bersiap sedia untuk belajar dan memberi prihatian semasa belajar. Sebelum pergi ke sekolah, ku mengemas buku mengikut jadual waktu. Setelah semua selesai, ku meminta wang belanja dari mama.

Semasa berjalan dengan kawan sambil berbual-bual mengenai kerja rumah. Selain itu, kami berbual mengenai cara ulangkaji subjek yang bersesuai dengan kawan secara berkumpulan ataupun secara individu.

“Kau dah siapkah homework itu?” kataku.
“Belum lagi tetapi dua soalan esei yang tak ku tahu.” kata Jo.
“Yalah. Boleh aku tolong kau siapkan kerja itu.” kataku.
“Sampai nanti, aku tolong kau kat kantin.” kataku lagi.
“Jom. Nanti tak dapat tolong aku pulak.” kata Jo.

Kami sampai ke sekolah kira-kira lima minit. Kemudian ku tolong Jo dalam subjek tersebut dan menyelesaikan beberapa soalan yang dia tak dapat. Setelah memberitahu semua jawapan ada dalam buku teks.

“(kehairanan)…Cam mana kau buat tanpa buku teks?” kata Jo.
“Oh itu! Aku buat dengan…,” kataku.
“Dengan sapa? Dengan awek kau ke?” kata Jo.
“Eh! Bukan…. Bukan. Aku pinjam buku dari kawan bah.” kataku.
“Kawan mana?” kata Jo.
“Nantilah. Aku nak kasih balik bukunya.” kataku.

Aku pun mengeluarkan buku tersebut dari beg ku. Ku melihat sekitar kawasan kantin kalau-kalau ada Norlily kat situ. Baru ku teringat bahawa ada subjek sejarah hari ini. Tak apa lah, aku bagi tahu Norlily yang aku pinjam untuk hari ini.

“Semua pelajar berbaris mengikut kelas masing-masing.” kata ketua pengawas.
“Jo, sekarang pukul berapa? Aku lupa lah.” kataku.
“Aik kau ini! Sekarang pukul 6.45 pagi lah.” kata Jo.

*Bersambung.

Umno galak generasi muda sertai parti: Muhyiddin

KUCHING: Umno akan menggalakkan lebih ramai pemimpin dan generasi muda berperanan menyemarakkan perjuangan parti, kata Timbalan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata perkara itu akan dibincangkan pada satu mesyuarat agung khas bagi membincangkan dan meluluskan usul pindaan perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

"Usaha kita untuk membawa perubahan dan transformasi dalam parti akan kita mulakan," katanya selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat ramai anggota perwakilan terdiri daripada golongan pemuda dan puteri dan ini memberi ruang yang lebih supaya generasi baru dapat berperanan dalam proses meremajakan Umno supaya parti itu kekal relevan.

Muhyiddin juga berkata, perhimpunan agung yang bermula 13 Oktober ini adalah satu yang bersejarah kerana ia adalah mesyuarat pertama yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Presiden Umno.

"Kita tunggulah apakah kandungan ucapan beliau pada perhimpunan agung nanti," katanya.

Mengulas pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada Ahad ini, Muhyiddin berkata, beliau yakin Barisan Nasional mampu mempertahankan kerusi berkenaan. - Bernama

Oktober diisytiharkan bulan Bahasa Kebangsaan

KUCHING: Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.

"Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita," katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, hari ini.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema "Bahasa Jiwa Bangsa" itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk membabitkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan. - Bernama

Kabinet tentukan kedudukan pelajar Malaysia, esok

PUTRAJAYA: Kabinet dijangka membuat keputusan mengenai status 330 pelajar Malaysia di Universitas Andalas (Unand), Padang, Indonesia esok.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau akan membentangkan perkara itu dalam mesyuarat kabinet esok, untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah berkenaan.

Katanya pihak pengurusan Universitas Andalas telah memanggil kesemua pelajar untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang perubatan pada 12 Oktober ini.

" Walaupun telah dipanggil pulang, namun saya percaya mereka dalam proses untuk mengkaji dan menilai kemampuan untuk meneruskan pengajian di sana," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Industri 2009 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan pelajar Malaysia di Unand selepas dihantar pulang akibat gempa bumi yang melanda Sumatera Barat, Rabu lalu.

Beliau berkata, walaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu para pelajar berkenaan namun harus diakui bahawa perkara itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan melibatkan satu kaedah.

Urusan pelajar berkenaan, katanya perlu diteliti secara mendalam kerana ia membabitkan pelbagai perbezaan dan latar belakang pelajar.

"Antara aspek yang dikenal pasti ialah ada antara pelajar itu yang ditaja oleh kerajaan manakala ada yang menggunakan biaya sendiri.

Penyelesaiannya bergantung sama ada kita dapat melakukan pemindahan kredit untuk mereka meneruskan pelajaran di universiti lain di Indonesia, atau di Malaysia. Kita juga kena lihat sama ada terdapat tempat kosong atau tidak di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) negara ini," katanya.

Mohamad Khaled berkata, sebahagian besar pelajar itu juga telah membuat bayaran penuh untuk tahun ini kepada Unand dan mereka terpaksa menanggung beban kewangan yang agak tinggi jika ingin meneruskan pengajian di Malaysia berikutan bayaran yuran yang lebih mahal berbanding negara jiran.

"Kita pun tahu bahawa sebahagian daripada kursus perubatan negara kita adalah lebih mahal, maka sudah tentulah para pelajar itu akan berdepan dengan masalah kewangan jika mendapat tempat untuk meneruskan pengajian dalam negara kerana perlu membayar semula yuran," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Khaled turut meminta agar sumbangan yang diberikan untuk mangsa gempa bumi itu turut disalurkan kepada supaya pelajar Malaysia yang terbabi.

"Kerana sikap pemurah rakyat Malaysia, kita telah mewujudkan pelbagai tabung, termasuk daripada kementerian sendiri dan saya merayu supaya dalam kita membelanja dan mengagihkan duit tabung itu, kita turut ambil kira dan jangan lupa bahawa pelajar kita juga merupakan mangsa kepada bencana itu.

"Mungkin sebagai ganti kepada apa yang telah mereka telah bayar kepada universiti, sama ada mereka diterima masuk ke universiti lain di Indonesia, kita guna (sumbangan) itu juga untuk membantu mereka supaya tak berdepan dengan masalah lain," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pelajar IPTA atau IPTS yang didapati terlibat dengan sebarang kempen politik, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Katanya, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar yang didapati melanggar undang-undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. - Bernama

Malaysia minat adakan hubungan kerjasama dua hala dengan Qatar

DOHA: Malaysia berminat mengadakan hubungan kerjasama dua hala di dalam pelbagai bidang dengan Qatar, yang bertujuan meningkatkan jumlah perdagangan dan mempelbagaikan pelaburan antara kedua-dua negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata bidang itu termasuk industri, kewangan, pertanian, standard dan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di dalam bioteknologi.

Katanya, bidang lain termasuk pelancongan, hospitaliti, hartanah dan pewujudan Pusat Asean dan Rantau Asia Timur serta penyertaan syarikat Malaysia di dalam pembinaan dan perkhidmatan perundingan di dalam pembangunan infrastruktur Qatar.

Beliau berkata demikian di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) selepas mesyuarat sulung Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Malaysia-Qatar di sini, Isnin.

Mesyuarat itu, susulan dari pemeteraian Perjanjian Perdagangan yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 20 Mei, 2009, semasa lawatan Emir Qatar ke Malaysia, memfokuskan usaha untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Mustapa dan pemangku Menteri Perniagaan dan Perdagangan dan Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa Qatar, Dr Khalid Muhammad Al-Attiyah.

Mustapa berkata, usaha sektor swasta kedua-dua negara perlu digalakkan untuk memainkan peranan yang lebih aktif meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia dan Qatar.

Dalam hubungan ini, beliau mengalu-alukan usaha kerajaan Qatar melakukan pembaharuan untuk menggalakkan sektor swasta dan pelabur asing melakukan penyertaan meluas di dalam pembangunan negara itu.

Mustapa juga mengucapkan terima kasih terhadap kerajaan Qatar kerana memberikan peluang kepada syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian di dalam pembangunan ekonomi Qatar, khususnya di dalam pembinaan dan perkhidmatan profesional.

Beliau juga menekankan mengenai keupayaan Malaysia untuk menyumbang terhadap strategi pembangunan Qatar dan kesediaan Malaysia berkongsi pengalaman di dalam perancangan pembangunan negara terbabit.

Kebanyakan pelaburan Malaysia di Qatar adalah di dalam pembangunan infrastruktur, yang termasuk pembinaan lebuh raya dan lapangan terbang dan di dalam aktiviti huluan di dalam industri minyak dan gas.

Beliau turut menjelaskan mengenai keupayaan syarikat Malaysia di dalam pengangkutan awam, yang termasuk monorel dan kemudahan pengurusan bahan buangan cecair berbahaya.

Sambil mengulas pelaburan Qatar di dalam Asian Finance Bank dan Pavillion Mall di Malaysia, beliau berkata, terdapat juga potensi bagi meningkatkan aliran menyilang pelaburan di dalam sektor pembuatan antara kedua-dua negara.

Malaysia juga mengalu-alukan pelaburan Qatar di dalam sektor hartanah dan di

Iskandar Malaysia, katanya.

Mustapa turut menggalakkan lebih ramai rakyat Qatar untuk melawat Malaysia, yang disifatkannya sebagai destinasi nilai bagi wang yang kini kian dikenali bagi pelancongan perubatannya.

Pada 2008, Qatar adalah rakan perdagangan kelapan terbesar Malaysia di kalangan 15 negara Asia Barat.

Perdagangan dua hala antara Qatar dan Malaysia berjumlah AS$510.3 juta (RM1.8 bilion), yang juga adalah peningkatan 61.5 peratus dari tahun sebelumnya.

Eksport berjumlah AS$241.1 juta (RM835.5 juta), merosot 0.2 peratus daripada tahun lalu manakala import berjumlah AS$269.2 juta (RM935.4 juta), yang meningkat 11 kali berbanding tahun lalu, yang kebanyakannya dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah.

Pada 2008, eksport utama Malaysia ke Qatar ialah "transformer" dan alat ubah alih elektrik, peralatan saintifik, produk logam dan makanan diproses.

Import utama Malaysia ialah minyak mentah dan produk petroleum.

Bagi tempoh Januari hingga Julai 2009, jumlah dagangan dengan Qatar mencecah AS$289.8 juta (RM1.0 bilion), yang mencatatkan pertumbuhan 22.2 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada 2008.

Mustapa turut menyambut baik minat yang ditunjukkan oleh Persatuan Ahli Perniagaan Qatar untuk melawat Malaysia pada awal 2010 dan memberi jaminan kepada mereka bahawa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan membantu memudahkan lawatan itu. - Bernama

Jerman akan tingkat hubungan dengan Malaysia

KUALA LUMPUR: Jerman bersedia meningkatkan lagi kerjasamanya dengan Malaysia, dalam bidang ekonomi dan politik, menerusi lawatan-lawatan pegawai tertinggi, kata Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Gunter Gruber.

"Saya yakin tidak lama lagi, pegawai kanan kedua-dua negara, dari Malaysia akan ke Jerman, dan sebaliknya.

"Ia akan meningkatkan kerjasama antara Jerman dan Malaysia, yang kini sangat baik, dan boleh dipertingkat dan banyak lagi yang boleh dilakukan," katanya kepada Bernama pada majlis resepsi yang berlangsung pada Selasa sempena Hari Perpaduan Jerman yang juga Hari Kebangsaan negara itu.

Beliau berharap hubungan mesra yang sedia ada antara kedua-dua negara akan terus dipertingkat dan diperkukuh di semua peringkat.

Hari Perpaduan Jerman disambut pada 3 Oktober. Ia memperingati ulang tahun penyatuan semula Jerman pada 1990.

Pilihan alternatif ialah hari Tembok Berlin dirobohkan pada 9 November 1989, bersempena ulang tahun perisytiharan Republik Jerman pada 1918.

Mengenai ulang tahun itu, Gruber berkata: "Hari ini ialah hari perayaan untuk rakyat Jerman, Hari Kebangsaan, ulang tahun ke-16, 20 tahun selepas Tembok Berlin dirobohkan."

Beliau berkata, keadaan kini semakin aman berbanding sebelumnya.

"Saya gembira kerana kami dapat menyambutnya di Malaysia yang kedudukan politiknya stabil. Kami juga boleh meningkatkan kerjasama dengan Malaysia, terutama dengan kerajaan baru," katanya.

Hubungan politik antara Malaysia dan Jerman sangat mesra dan secara prinsipnya berasaskan hubungan ekonomi kedua-dua negara yang intensif.

Antara negara anggota Asean, Malaysia dan Singapura, adalah dagang utama Jerman.

Jerman adalah rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia pada 2008, dengan dagangan dua hala bernilai EUR8.38 bilion. - Bernama

Gempa: Sumbangan jangan lupa kepada pelajar Malaysia

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi meminta segala sumbangan dan derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia supaya tidak mengetepikan pelajar Malaysia yang turut menjadi mangsa bencana itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Dialog Industri Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Khaled berkata, beliau akan turut menyampaikan nota kaki mengenai masalah pelajar Malasia di Padang dalam mesyuarat Kabinet esok.

Beliau juga berkata, kementeriannya akan memisahkan Jabatan Kolej Komuniti dan Politik dalam usaha penjenamaan semula dan transformasi kepada institusi pendidikan itu.

Korea Utara sedia runding tamat program nuklear

SEOUL: Korea Utara hari ini menegaskan negara itu bersedia untuk membuka pintu rundingan antarabangsa bagi menamatkan program senjata nuklearnya tetapi menuntut perbincangan sulung dengan Amerika Syarikat terlebih dulu.

Dalam tawaran terbaru yang dikeluarkan selepas lawatan Perdana Menteri, Wen Jiabao ke beberapa negara asing, beliau menegaskan kesediaan Pyongyang mengadakan rundingan dengan Washington bagi menamatkan program atom negara itu.

"Perhubungan dengan antarra Korea Utara dan Amerika Syarikat sepatutnya menghala kepada usaha lebih aman dengan mengadakan rundingan dua hala tanpa kegagalan," menurut laporan agensi berita Korea Utara, KCNA memetik Kim Jong-il.

"Kami menyatakan kesediaan untuk memulakan rundingan yang akan membabitkan Enam Negara Nuklear," katanya.

Washington sebelum ini menyatakan untuk mengadakan rundingan terbuka dengan Enam Negara Nuklear bersama Korea Utara, Korea Selatan, China, Jepun, Russia dan Amerika Syarikat. - Reuters

320 keluarga diancam kebuluran di Padang

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 320 keluarga di sebuah kampung yang dilanda gempa bumi wilayah Pariaman Padang diancam kebuluran, berikutan jalan raya ke arah kawasan itu ditutup selepas gegaran kuat di Indonesia minggu lalu, menurut laporan media harian di negara itu, hari ini.

Kompas Daily ketka dipetik, menerusi laporan agensi media Xinhua, berkata kampung itu terasing dan kenderaan yang membawa bantuan tidak dapat masuk.

Menurut penduduk kampung, Abdul Azis Sutan Bandaharo, bantuan hanya akan tiba Ahad ini selepas gempa bumi.

"Semuanya terhad kerana kaum lelaki perlu membawa bantuan di atas bahu mereka. Orang ramai sangat memerlukan bantuan kerana ubat-ubatan tidak ada untuk mereka yang sakit.

Beliau berkata, 13 mayat tertimbus dalam kejadian di kampung Koto Tinggi masih belum ditemui. -Bernama

PMR: Calon jalani pemeriksaan suhu badan sebelum peperiksaan

KUALA LUMPUR: Seramai 475,182 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan menduduki peperiksaan itu di seluruh negara mulai esok, perlu terlebih dulu menjalani pemeriksaan suhu badan sebagai langkah mengelak penularan wabak Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pemeriksaan itu adalah langkah sama yang diambil ke atas calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September lalu.

"Mana-mana pelajar yang didapati mempunyai suhu badan melebihi 37.8 darjah Celcius akan mengambil peperiksaan di bilik peperiksaan berasingan, juga seperti yang kita wujudkan di setiap pusat peperiksaan UPSR yang lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kementerian membekalkan termometer, pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut untuk diagihkan kepada setiap calon di 3,496 pusat peperiksaan PMR di seluruh negara.

"Namun, pemakaian penutup hidung dan mulut ini tidak diwajibkan dan calon dibenarkan untuk membuka penutup hidung dan mulut itu jika tidak selesa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datuk Dr Salbiah Ismail, berkata sehingga petang ini, Bilik Gerakan PMR Lembaga Peperiksaan tidak menerima sebarang aduan daripada ibu bapa yang ingin memaklumkan anak mereka yang sakit atau mempunyai simptom Influenza A (H1N1) dan perlu mengambil peperiksaan di hospital.

"Kita juga masih tidak menerima sebarang laporan daripada Jabatan Pelajaran Negeri mengenai calon yang sakit dan perlu dikuarantin di hospital.

"Namun kita tetap memastikan bilik gerakan di setiap negeri sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga jika ada ibu bapa yang memaklumkan anak mereka yang sakit," katanya.

Menurutnya sebarang aduan mengenai calon yang sakit dan mempunyai gejala Influenza A (H1N1) perlu dimaklumkan segera ke Bilik Gerakan PMR Lembaga Peperiksaan bagi tujuan persediaan awal termasuk menambah petugas yang perlu bagi mengawasi calon berkenaan di hospital.

Beliau berkata, Bilik Gerakan PMR yang beroperasi 24 jam di Lembaga Peperiksaan dibuka sejak 1 September lalu dan boleh dihubungi melalui nombor 03-88893601/03-88893809/03-88893582/03-88893520/03-88893551/03-88893030/03-888930 95 atau faks ke 03-88893010/03-88895561/03-88893445.

Calon PMR itu akan menduduki peperiksaan bertulis sehingga 13 Oktober ini.

Daripada jumlah itu, 442,611 adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan, calon swasta (13,561), calon persendirian (338), calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera (4,150), Sekolah Agama Rakyat (1,288) dan Sekolah Agama Negeri (13,234).

Selangor adalah negeri mempunyai calon paling ramai iaitu 77,826 orang manakala Labuan mencatatkan jumlah paling sedikit iaitu 1,154 orang.

Seramai 28,028 petugas akan mengendalikan peperiksaan itu di seluruh negara dan bagi memastikan kelancarannya semua calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan yang ditetapkan. - Bernama

H1N1: 189 Pesakit baru dengan gejala ILI

KUALA LUMPUR: Seramai 189 kes baru dengan gejala penyakit sama Influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 131 kes didiscaj hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, jumlah semasa kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sehingga hari ini ialah 801 orang dengan 56 pesakit adalah kes Influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 56 pesakit Influenza (H1N1) yang menerima rawatan di hospital sebanyak 14 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian akibat Influenza (H1N1) didaftarkan dengan jumlah kematian kekal pada 77 kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, 12 daripada 14 kes H1N1 yang sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah lima tahun (tujuh kes), penyakit kronik (tiga kes) dan obesiti (dua kes).

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit itu yang masih aktif dalam komuniti, walaupun kes Influenza A(H1N1) semakin berkurangan. - Bernama