Followers

Tuesday, March 23, 2010

Malaysia timbang terbit bon daulat global: PM

HONG KONG: Malaysia menimbang dengan serius untuk menerbitkan bon daulat global untuk mengukur kebernilaian kreditnya dan mendapatkan isyarat yang betul daripada pengurus dana asing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Bernama

PM akan umum Anugerah Biasiswa Nasional

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengumumkan pemberian Anugerah Biasiswa Nasional kepada pelajar yang dipilih berdasarkan merit tanpa mengira bangsa tidak lama lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat sebentar tadi

Gempa bumi bermagnitud 5.9 gegar Filipina

WASHINGTON:Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda di pesisir pantau utara Filipina, lapor Pusat Kajian Geologikal Amerika Syariat (USGS).

Gempa bumi kuat itu yang pada mulanya dilaporkan pada magnitud 6.1, melanda pada jam 3.58 pagi tadi.
Pusat gempa ialah 42 kilometer (km) ke timur laut Laoag di Luzon dan pada kedalaman 42.5 km bawah dasar laut. Gempa bumi dengan mangnitud 5.9 mampu menyebabkan kerosakan. - Reuters

Bill Gates, Toshiba bincang jalin kerjasama bangunkan reaktor nuklear

TOKYO: Sebuah syarikat yang disokong pengasas Microsoft, Bill Gates dan Toshiba ketika ini mengadakan perbincangan di peringkat awal bagi menjalinkan kerjasama membangunkan reaktor nuklear bersaiz kecil, menurut gergasi elektronik Jepun itu.

Akhbar perniagaan harian, The Nikkei melaporkan kedua-dua pihak akan bekerjasama bagi membangunkan reaktor generasi masa depan yang kompak di mana ia mampu beroperasi sehingga 100 tahun tanpa memerlukan pengisian semula tenaga, iaitu bebas pengeluaran tenaga.

The Nikkei juga berkata, kerjasama yang dijalinkan itu akan menumpukan kepada pembangunan reaktor pergerakan gelombang (TWR), iaitu menggunakan uranium yang sudah digunakan dan kehabisan sebagai sumber tenaganya. Katanya, ia bagi menggantikan reaktor air yang digunakan ketika ini dan memerlukan pengisian semula tenaga bagi tempoh setiap beberapa tahun.

“Toshiba sudah memasuki peringkat perbincangan awal dengan TerraPower. Kami melihat kepada kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama,” kata jurucakap Toshiba, Keisuke Ohmori.

Gates adalah pemilik utama TerraPower, iaitu pasukan yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu dan berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.

Ketika ini, syarikat itu sedang mengkaji kaedah bagi meningkatkan bekalan pengeluaran bebas tenaga reaktor. - AFP