Followers

Sunday, November 8, 2009

Calon MCA mungkin ditolak rakyat jika kemelut tidak selesai: PM

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan MCA mesti selesaikan masalah dalaman parti itu dengan segera atau menghadapi kemungkinan calonnya ditolak rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, kemelut berterusan tanpa penyelesaian MCA bukan hanya akan merugikan parti itu tetapi turut menjejaskan Barisan Nasional (BN) dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri yang juga Pengeris BN berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung Parti Liberal Demokratik (LDP) di 1Borneo, di sini, sebentar tadi.

Menteri Pelancongan ketuai delegasi ke WTM

LONDON: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen akan mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai World Travel Market (WTM) ke-30 mulai 9 hingga 12 November ini, di Pusat Pameran Excel di sini.

Pada majlis itu, Dr Ng juga akan mengadakan mesyuarat dan temu bual dengan pengusaha pelancongan utama dan penggiat utama pelancongan di United Kingdom.

Dr Ng juga akan menjadi hos majlis koktail bagi penggiat utama pelancongan dan melancarkan video portal online mengenai Malaysia, TrulyAsia.TV, yang boleh diakses dalam pelbagai bahasa.

Duta Pelancongan Malaysia Datuk Seri Jean Todt yang juga Presiden Persekutuan Internationale de l''Automobile (FIA) dan pembuat kasut terkenal Datuk Jimmy Choo juga akan hadir.

Delegasi Malaysia yang mengandungi kira-kira 77 peserta dari 38 pertubuhan termasuk hotel, pengusaha pelancongan, syarikat penerbangan dan lembaga pelancongan negeri dari Pulau Pinang, Selangor, Sabah, dan Kuala Lumpur dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Lebih daripada 190 negara dijangka mengambil bahagian. - Bernama

MAS dinobat Syarikat Penerbangan Utama Asia oleh WTA

LONDON: Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Utama Asia (WLA) oleh 180,000 golongan profesional di seluruh dunia dalam undian yang dijalankan World Travel Awards (WTA).

Proses undian yang diadakan tahun ini mencatat penyertaan tertinggi dalam sejarah 16 tahun penganjuran WTA dengan golongan profesional dari lebih 160 negara di dunia membuat pilihan mereka bagi menentukan syarikat penerbangan yang menyediakan khidmat dan hospitaliti terbaik di Asia.

Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid berkata, pengiktirafan yang diterima MAS itu adalah hasil kerja keras semua kakitangan syarikat berkenaan yang sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Berikutan itu, beliau berkata, fokus dalam meningkatkan perkhidmatan serta penyampaian akan dilakukan secara berterusan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

"Kami sentiasa menjalankan kaji selidik dalaman dan luaran serta mengumpul semua maklumat dan maklum balas daripada pelanggan serta kabin krew selepas setiap penerbangan untuk mengetahui apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan bagi memuaskan hati pelanggan.

"Hasilnya, kita berjaya memperbaiki mutu perkhidmatan ke tahap lima bintang dan kejayaan yang diperolehi ini membuktikan industri dan pelanggan mengiktiraf perkhidmatan yang disediakan MAS, sekali gus melengkapkan siri kejayaan yang dicapai selama ini.

"Ini kerana untuk empat tahun berterusan bermula 2005, MAS turut diiktiraf sebagai Penerbangan Lima Bintang oleh Skytrax, sekali gus menjadikannya antara enam syarikat penerbangan dunia yang menerima anugerah tertinggi itu," katanya selepas menerima anugerah berkenaan di Grosvenor House, dekat sini, malam tadi.

MAS sebelum ini turut memenangi anugerah `Kakitangan Kabin Terbaik Dunia' oleh Skytrax selama enam tahun iaitu 2001 hingga 2004, 2007 dan 2009.

Isteri PM dikurnia darjah kebesaran tertinggi Sabah

KOTA KINABALU: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), darjah kebesaran tertinggi Sabah, di Istana Negeri, di sini.

Rosmah menerima anugerah SPDK yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima' daripada Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut hadir menyaksikan upacara penyampaian anugerah sempena ulang tahun Ahmadshah yang ke-63.

Turut hadir pada istiadat ringkas pengurniaan darjah itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Juhar Mahiruddin, timbalan-timbalan ketua menteri Datuk Yahya Hussin dan Datuk Peter Pang En Yin, menteri-menteri kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman. - Bernama

Sabah hadapi ancaman Padi Angin


KOTA BELUD: Petani di Sabah kini berhadapan dengan ancaman rumpai tanaman padi dikenali “Padi Angin” yang dikesan merebak di beberapa daerah negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Katanya, Padi Angin adalah sejenis padi yang mempunyai sifat biji mudah lerai dan kehadirannya di sawah boleh menyebabkan kehilangan hasil padi dari 10% hingga 90 %, bergantung kepada tahap seriusnya serangannya.

Beliau berkata, Padi Angin masak lebih awal di antara 10-25 hari daripada padi yang ditanam. Biji-biji Padi Angin yang lerai akan tumbuh bersama dengan benih padi yang ditabur pada musim berikutnya yang menyebabkan serangan Padi Angin akan menjadi bertambah serius dari musim ke musim.

“Serangan Padi Angin di tahap yang serius telah berlaku di Kota Marudu dan Kota Belud”, katanya ketika melancarkan Kempen Kesedaran Ancaman Padi Angin Peringkat Negeri di Dewan Tun Said, kelmarin..

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Bobbey A.Suan dan Datuk Haji Musbah Jamli, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Herbert Timbon Lagadan, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Japlin Akim, Pengarah Peranian Negeri, Encik M.C. Ismail Salam, Pegawai Daerah Kota Belud, Encik Najib Montok dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, setakat ini, dianggarkan lebih kurang 1,100 hektar kawasan sawah padi di daerah Kota Marudu dicemari dengan Padi Angin, 500 hektar di daerah Kota Belud, 50 hektar di daerah Papar, 40 hektar di daerah Tenom dan 8 hektar di daerah Penampang.

Kempen itu yang akan dilaksanakan di seluruh daerah penanaman padi di Sabah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Sabah dalam usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kewujudan dan ancaman Padi Angin serta kawalanya kepada penanam-penanam padi, pemilik jentera ladang, pengilang-pengilang padi serta daerah-daerah utama penanaman padi yang telah dan belum tercemar dengan kehadiran Padi Angin.

Sehubungan itu, Yahya mengumumkan beberapa strategi menangani ancaman Padi Angin yang akan dilaksanakan oleh kerajaan , antaranya termasuklah mengawal pergerakan Jentera Pembajak, Jentanam dan Jentuai.

Menurutnya, pemilik-pemilik jentera ladang perlu mendaftarkan jentera-jentera mereka di daerah serta mendapatkan pas kerja untuk kerja-kerja membajak dan menuai di luar daerah ia berdaftar. Jabatan Pertanian tidak akan mengeluarkan Sijil Sah Kebersihan Jentera, sekiranya terdapat jentera-jentera tidak dibersihkan sebelum kerja-kerja pembajakan atau penuaian.

Beliau turut menasihatkan para petani supaya tidak menggunakan benih-benih yang sudah tercemar dengan Padi Angin, sebaliknya menggalakkan mereka menyediakan benih baik melalui plot petani sendiri.

“Saya juga ingin memaklumkan mengenai pengharaman pergerakan benih padi dari daerah-daerah yang telah tercemar dengan Padi Angin untuk digunakan sebagai sumber benih untuk ditanam oleh para petani.

“Di samping, para petani juga dinasihatkan agar mengawal merebaknya Padi Angin ini dengan acara amalan kultura seperti kaedah “rouging” (mencabut), pembajakan 3 kali dan mengamalkan kaedah penanaman secara mengubah. Para petani juga boleh memohon kelulusan untuk melaksanakan kaedah pembakaran jerami sebelum penanaman berikutnya”, tegasnya.

Yahya menasihatkan agar daerah-daerah yang telah tercemar, jika perlu agar melaksanakan penangguhan satu musim penanaman.

Menurutnya, untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman Padi Angin, sebaran dan makluman kepada umum perlu dibuat terutamanya melalui berita TV, siaran radio, laman web, artikel di akhbar-akhbar dan melalui poster-poster serta papan-papan tanda di tempat-tempat yang strategik di daerah-daerah.

Dalam pada itu, beliau juga mahu Jabatan Pertanian meningkatkan aktiviti-aktiviti kursus ulang kaji, khususnya kepada Juruteknik Pertanian bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menangani ancaman Padi Angin.

Beliau turut menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam industri padi terutamanya para petani, agensi-agensi kerajaan, para kontraktor, pengilang dan pemimpin tempatan agar memberi sokongan, komitmen dan kerjasama dalam usaha membendung perebakan Padi Angin di Sabah.

“Saya yakin usaha murni Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Sabah dalam penganjuran Kempen Kesedaran Ancaman Padi Angin dapat menyampaikan mesej yang diharapkan kerajaan demi kejayaan pembangunan Industri Padi di negeri ini”, tambahnya.

Novel Tak Bertajuk (Part IV)

Setelah berbual sesuatu. Ku dan Ibel pun naik ke rumah Norlily. “Ibel, pukul berapa sekarang?” kataku yang menanya masa sebab ku tak bias lama-lama. “Pukul 5.20 petang. Napa? Kejap lagi bah.” kata Ibel. Ku menjawab,”Ok, tapi jangan lama.” setelah beberapa minit, baru lah ku dapat pulang ke rumah. Besoknya, ku melihat Ibel dan kawannya. Ku tak acuh pada mereka sebab ku nak sampai kat sekolah sebelum 6.25 pagi.
“Hai, Fiq. Kau pergi ke sekolah? Eh, Norlily dah pergi awal.” kata Ibel.
“Hai. Yakah. Dah lambat aku ini.” kataku.
“Bye.” kataku lagi.
“Bye.” kata Ibel.

Ku bergegas ke sekolah melalui jalan shortcut. Sampai kat sekolah, nasib belum start lagi. Ku berbual-bual dengan kawanku. Terkonyong-konyong, Norlily menghampiriku ketika ku berbual-bual dengan kawanku.

“Hai, Lily.” kataku.
“Hai. Why you late? Lambat bangun kah? or masih mimpi indah?” kata Norlily.
“Tak ada lah. Lewat bangun pasal semalam study hard sikit.” kataku.
“Oh I see.” kata Norlily.
“See you later.” kataku.
“Ok”… Kata Norlily.

“Hai, boring juga hari ini tanpa cikgu ada.” bisikan hatiku. Setelah waktu persekolahan, ku dan Norlily pulang bersama-sama sampai tak ku perasaan dia pegang tanganku. Ku biarkan saja. Ku melihat semua orang memperhatikan kami berdua termasuk cikgu-cikgu yang berada kat situ.

Ku tak acuh pada gelagatnya. Ku dan Norlily meneruskan perjalanan ke rumah Norlily. Semasa kami berjalan ke rumah Norlily, ku melihat Ibel dan kawan-kawannya kat situ. Kami menghampiri mereka di simpang Taman Gaya.

“Sayang, tengok itu. Dia dengan sapa itu?” kataku
“Mana? Mana? Oh, Ibel. Dia dengan couple dia kot.” kata Norlily.
“Jom pergi situ.” kataku.
“Hai, Ibel.” kataku lagi.
“Hai, Fiq. Baru balik dari sekolah?” kata Ibel.
“Ya. Sapa kat sebelum kau itu? Kawan kah atau couple kau?” kataku.
“Dia…… Karra. Faham-faham lah macam kamu juga.” kata Ibel.
“Oh I see. Tak apakan sayang. Kita dulu pun macam begitu juga.” kataku.
“Yalah, Fiq.” kata Norlily.
“Sudahlah. Jom kita pergi ke rumah Norlily.” kataku.

Sampai saja kat rumah Norlily, ku hanya menghantarnya. Ibel telah mempelawaku masuk ke rumah Norlily. Norlily dan Karra telah menyediakan minuman untuk kami. Ku dan Ibel berbual-bual mengenai hal laki-laki. Ku melihat jam tangan ku yang menunjukkan pukul 2.10 petang. Setelah selesai kat rumah Norlily, ku hampir-hampir terlupa jadual hari ini.

“Lily, you nak ikut kah studygroupku petang ini? Kat taman nanti.” kataku.
“Nak, kita study matematik. Boleh kah? Petang ini pukul berapa.” kata Norlily.
“Pukul 4.00. I tunggu you kat depan taman.” kataku.
“Ok.” kata Norlily.
“Bye. See you there.” kataku.
“Bye.” katanya.

Tiba saja kat depan taman, ku melihat Norlily dan Siti sedang menunggu ku. Norlily menjerit namaku. Ku pergi ke arah Norlily dan Siti. Ku menyeberang jalan, terkonyong-konyong tak ku sedari ku telah dilanggar sebuah kereta Proton Saga. Norlily dan Siti memastikan kejadian tersebut. Ku mengalami cedera parah. Dan ku telah keadaan tidak sedar ketika itu. Norlily dan Siti menghampiri ku.

“Fiq! Fiq! Bangunlah.” kata Norlily.
“Eh! Tolong telepon ambulance! Cepat lah.” kata Siti.
“Ok!” kata pemuda tersebut.
“Lily, tenang ya! Dia akan selamat. Ei, dah telepon kah?” kata Siti.
“Ok, ku tenang. Tapi, ku tahu dia cinta sangat-sangat kat ku.” kata Norlily.
“Itu ku tahu juga.” kata Siti.
“Dah, dek.” kata pemuda tersebut.

Tiba saja bantuan kecemasan, ku segera dibawa ke hospital. Norlily saja ikut Semasa ku dibawa. Siti pergi ke rumah ku, memberi tahu perkara ini kat orang tuaku. Setelah ku dirawat di wad ICU. Baru lah ku ditempatkan wad pesakit. Beberapa hari ku terlantar kat hospital. Pada pagi ini, Norlily dan Siti menjengukku.

Sebelum ku dibenarkan keluar hospital. Doktor ada memberitahu yang ku disuruh berehat. Satu lagi yang diberitahu oleh doktor tersebut yang ku ada luka kat saluran penafasan. Ku, Norlily dan Siti pun pulang ke rumah Norlily terlebih dahulu.

“Fiq, sabarlah saja lah. Dah takdir. Apa boleh buat?” kata Siti.
“Yalah. Dah takdir. Redha saja lah. Siti, tolong hantar ku pulang.” kataku.
“Boleh. Tapi kau tak kisah kah mengenai kaki kau itu.” kata Siti.
“Itu nasib baik kau cedera, kalau kau tiada, Norlily macam mana.” katanya lagi.
“Yalah. Kalau ku tiada, dia macam mana agaknya……” kataku.
“Sudahlah. Hantar ku pulang!” kataku lagi.
“Ok.” kata Siti.

Setelah sampai kat rumah, ku terus mengulang kaji tentang subjek yang ku tertinggal kat sekolah. Ku mengambil handphoneku. Ku menghantar mesej kepada Norlily, “Jangan risau kat I. I tak ada apa-apa. I tahu semua ini terjadi. Tapi…” Beberapa minit kemudian, Norlily membalas mesejku, “I risau sama U. Tapi apa?” “Kata lah cepat, apa dia.’ mesejnya lagi. “Tapi tak apalah. Good luck for SPM nanti”, mesejku.

Pada keesokan harinya, ku pergi ke sekolah tidak seperti acapnya. Ku terparak dengan Norlily dan Siti. Siti dan Norlily menolongku ke sekolah walaupun keadaan ku begini. Sampai saja kat sekolah, Norlily memapah ku ke kelas ku. Kawan sekelasku sibuk menanyakan apa yang terjadi kat ku.

Ku kata tak tahu bagaimana terjadi. Beberapa cikgu menjengukku mengenai keadaanku. Semasa rehat ku mengangkat tongkatku untuk ke tandas. Selepas ku dari tandas, ku bertemu dengan Norlily yang telah menungguku kat kelas.

“Hai Fiq. you macam mana? Ok tak?” kata Norlily.
“Hai, Lily. Ok saja. Jom kita pergi rehat.” kataku.
“Jom. Kita pergi kantin.” kata Norlily.
“Lily, bila second trial? you dah study kah?” kataku,
“Em. Dua minggu lagi. Dah study. you pulak?” kata Norlily.
“I… dah buat awal pun. Tak payalah susah-susah nanti. Bukan begitu.” kataku.
“Oh… yalah.” kata Norlily.

Setelah selesai makan, semua pelajar balik ke kelas masing-masing. Hanya Norlily masih membantu ku ke kelas ku. Semasa Norlily membawaku ke kelas, ku melihat Siti tengah ada hal kat bilik guru.

“Lily, apa urusan Siti itu?” kataku.
“Oh. Dia…di…dia (katanya terputus-putus)” kata Norlily.
“Dia apa? Cakaplah.” kataku.
“Dia telah…. Hal perempuan ini.” kata Norlily.
“Dah! Yang pasti you dan dia tunggu I nanti!” kataku.
“Ok. Kalau itu you nak tahu.” kata Norlily.
“Dah lah. I boleh jalan sendiri. you balik kelas you. Jumpa nanti.” kataku.
“Oklah.” kata Norlily.

Semasa ku kat kelas, ku terasa tak menentu. “Ku rasa Norlily tersinggung kah apa yang ku katakan tadi.” bisikan hatiku. “Ha! Nanti masa pulang ku minta maaf kat Norlily atas kejadian tersebut.” bisikan hatiku lagi. Setelah tamat waktu persekolahan, ku melihat Norlily dan Siti tengah menungguku di kantin. Ku pergi ke arah mereka.

“Hai, dah lama tunggu kah?” kataku.
“Lily maafkan I yer. I terlalu beremosi tadi. Sorrylah.” kataku lagi.
“Oh itu, I dah maafkan you. I tahu you marah pasal itu.” kata Norlily.
“Siti, cakaplah! Kasih tahu Fiq apa yang berlaku sebenarnya.” kata Norlily lagi.
“Ok…Ok… Ku cakap sekarang. (sedih) ” kata Siti.
“Sebenarnya, ku telah…. Ku telah mengandung. (Sedih)” kata Siti lagi.
“(menepuk tangan ke meja) Rupanya ini. Dah berapa bulan?” kataku.
“Sapa yang lakukan itu? Cakap lah.” kataku lagi.
“Dah 3 bulan. (menanggis)” kata Siti.
“Sabarlah, Siti. Heh, Fiq! Dah lah itu.” kata Norlily.
“Sapa namanya? Ku nak kerjakan orang itu.” kataku.
“Eh, kamu! Kenapa kamu tak balik lagi. Kenapa dengan Siti itu.” kata cikgu.
“Nak balik dah ini, cikgu. Tak ada apa-apa pun.” kataku dan Norlily.
“Cakap! Ku nak dia tanggungjawab atas perbuatannya.” kataku.
“Ok. Aku kata sapa dia. Dia kawan Ibel, Luqman.” kata Siti.
“(marah) Jahanam! Jaga kau nanti!” kataku.

Setelah selesai saja mengetahui hal sebenarnya. Ku marah sangat kat Luqman. Norlily sedang membuat sesuatu untuk menyabarkan kemarahan ku. Ku, Norlily, dan Siti balik ke rumah. Sebelum ku dan Norlily menghantar Siti balik ke rumahnya. Kami terparak dengan Ibel, Karra dan kawan-kawannya. Ku tunggu di bawah. Norlily menghantar Siti ke rumah. Norlily turun ke bawah.

“Lily, you ada nampakkan Ibel dan kawan-kawannya?” kataku.
“Ibel! Nampak. Kenapa?” kata Norlily.
“Tak. you nampak airmuka Siti berubah bila bertemu kawan Ibel itu?” kataku.
“Yalah, nampak. Kenapa macam lain saja Siti gan kawan Ibel itu.” kata Norlily.
“Ku tahu apa sebabnya. Nanti kita tanya kat Ibel pasal ini. ” kataku.
“Kita tanya kat Ibel nanti.” kata Norlily.
“Nak I hantar you kah?” kataku.
“Boleh. Petang ini free kah?” kata Norlily.
“Petang ini free kot. Tak tahu kalau U pulak.” kataku.

Selesai menghantar Norlily pulang. Ku dipelawa ke rumahnya. Ku melihat Ibel dan kawan-kawannya masih berada kat bawah semasa ku melihat melalui tingkap. Hampir 20 minit, Ibel dan kawan-kawannya kat bawah. Ku ke tepi tingkap dan melihat ke bawah. Ibel tidak kelihatan semasa ku melihat ke bawah bersama kawan-kawannya.

“Tuk! Tuk! Tuk!” bunyi pintu rumah diketuk.
“Sapa?” kata Norlily.
“Ini Ibel. Bukalah pintu ini.” kata Ibel.
“Ok! Ku buka. Kenapa Ibel?” kata Norlily.
“Sapa itu sayang? Ibel kah itu? Suruh dia ke sini.” kataku.
“Ibel, Fiq. Ok, nanti I suruh dia ke sana. Kawanmu kat bawah?” kata Norlily.
“Ok. Ya, kawan dari sekolah lama. Kenapa?” kata Ibel.
“Ada kawan kau bernama Luqman? Suruh dia naik?” kataku.
“Luqman? Ya ada. Kenapa? Kasih tahu dulu, baru ku suruh dia naik.” kata Ibel.
“Suruh dia naik? Nanti ku bagi tahu. (Marah)” kataku.
“Baiklah.” kata Ibel.

* sambung

Novel Tak Bertajuk (Part III)

Musim cuti sekolah bermula, cikgu subjek telah memberikan kerja rumah kepada pelajarnya. “Masa cutiku, apa ku nak ku isikan masa terluang ni?” bisikan hatiku. Ku membuat segala kerja rumah yang diberikan. Setelah ku siapkan homework satu daripada kerja rumah yang diberikan. Ku membuat selama tiga jam saja. Ku menghantar mesej kat handphone Norlily.

“Hai, U apa khabar? U dah does U homework? Petang nanti senang kah? Kalau senang, kita jumpa kat taman nanti.” mesejku kepada Norlily. Semasa Norlily membuat kerja rumahnya yang susah tu, dia memdapat satu mesej dari Fiq. Lalu Norlily membalas mesej tersebut. “I tak senang lah petang ini. Bap banyak kerja nak buat ini.” mesej Norlily. “Ohh. Ada tak masa kah, kalau ada U jumpa I kat bawah,” mesejku.

Dia membalas balik dan memberitahu bahawa dia ada masa berjumpa padaku petang ini. Sebelum Norlily turun ke bawah, ku mula berjoging sekitar taman. Setelah satu pusingan, ku melihat dia telah menunggu ku kat bawah. Ku menghampirinya.

“Sorry lah!” kataku.
“Eh, Fiq! Napa U lambat ini?” kata Norlily.
“Oh! Sorry lah. (Kelihatan kepenatan)Tadi I…. Tadi I pergi joging bah.” kataku.
“Tak apalah. Apa yang nak kita buat? Atau ada apa-apa ini?” kata Norlily.
“Tak ada apa-apa pun.” kataku.
“Habis apa panggil I ini,” kata Norlily.
“Pasal… (kataku yang terputus)” kataku.
“Pasal apa? Pasal kita kah? Kalau itu, I dah tahu.” kata Norlily.
“Eya. Oh. Tapi….ARGH!!!” kataku.
“U tak apa-apa kah? U ada sakitkah? Jangan wat I risau.” kata Norlily.
“Tak. Cuma I nak rehat sekejap saja.” kataku.
“Ah! Tak mungkin.” kataku lagi.
“Apa yang tak mungkin? Da… Darah. (kata yang terputus-putus)” kata Norlily.
“Kat… Kat mana?” kataku.
“U tak apa-apa kah?” Katanya.
“Tak apa-apa bah. Sihatlah pas makan ubat. (senyum sinis)” kataku.
“Yalah itu. Kalau sakit padan muka!” katanya.
“Kalau I sakit macam mana? U nak tolong I, tak payahlah. (marah)” kataku.
“Jangan begitu. Sorry lah! Jangan lah U marah I pasal tadi.” kata Norlily.

Setelah masalah ini berlarutan barulah Fiq dan Norlily berdamai tentang pasal tersebut. Tapi hanya satu yang belum selesaikan.

“Sudahlah. Bosan nak selesaikan masalah kalau begini.” kataku.
“Betul juga itu, Fiq. Bosan juga. Eh! U apa nak cakap tadi? “kata Norlily.
“Pasal itu kah. Lupakan saja lah.” kataku.
“Tapi…I nak tahu perkara itu” kata Norlily.
“Cuma I tak nak U tahu, tapi… lupakan saja” kataku.
“Kita pergi ke rumah U, leh tak? Kita buat homework sama U.” kataku lagi.
“Boleh tapi….” kata Norlily.

Setelah berbual dengan Norlily, ku membuat satu cadangan untuk belajar bersama-sama. Ku cadangkan belajar bersamanya pada hari isnin hingga khamis, setiap petang. Norlily setuju dengan cadangan ku, tapi tempat belum diputuskan. Tambahan ku cadangkan kat rumah Norlily. Ku dan Norlily berjalan-jalan di sekitar taman Sandakan yang berhampiran. Semasa berjalan bersama dengan, tak ku sangkah Norlily senyap-senyap pegang tanganku. Tapi ku biarkan dan tak acuh gelagatnya.

Konyong-konyong, Siti dan Jo menepuk bahu kami berdua. Ku dan Norlily terpingga-pingga apabila Jo dan Siti memastikan sesuatu kat kami. Jo menanya kat ku yang mereka nampak ku dan Norlily berpegangan tangan. Ku kata tak ada apa-apa pun. Kami berjalan-jalan bersama kat situ. Sudah 30 minit kami kat situ, dah tiba kami pulang ke rumah. Jo dan Siti pulang bersama ke rumah berdepanan dengan taman. Ku dan Norlily pulang ke rumahnya sebab hal tertentu.

Norlily hanya senyum sinis kepada Jo dan Siti. Ku hanya melihat gelagat Norlily. Ku dan Norlily meneruskan perjalanan kami ke rumahnya. Semasa kat simpang, ku terlihat Jil yang sedang memperhatikan kami berdua dari jauh. Ku hanya melihat gelagat Jil semasa ku hantar Norlily balik.

“Norlily, nanti malam kita call atau mesej kat U?” kataku.
“Tak bolehlah. Tak apalah. Tapi nanti I call atau mesej kat U,” kata Norlily.
“Ok. Bye. I love U.” kataku.
“Bye. I love U to.” kata Norlily.

Ku pulang ke rumah mengikut jalan shortcut. Ku berpura-pura telah melalui tersebut dan Jil pun mengekori ku dari belakang. Dia tak berperasan yang ku telah bersembunyi di tempat itu. Ku menepuk belakangnya. Dia tersungkur jatuh apabila terperanjat ku berada dibelakangnya. Jil mengata bahawa dia nampak ku dan Norlily berpegang tangan dan menghantar Norlily pulang. Ku kata tak ada apa-apa pun. Setelah berbual-bual sehingga kat rumahku.

Selepas seminggu cuti sekolah, ku dan Norlily kembali sekolah. Ku terparak Norlily dan Siti sedang berjalan ke sekolah. Ku memanggil Norlily dan Siti dan mereka menunggu ku. Setelah mereka menunggu ku, Siti beredar terlebih dulu ke sekolah. Tinggal ku dan Norlily berjalan ke sekolah sambil berbual-bual kosong. Setelah sampai kat sekolah, Jil memerhatikan kami dari jauh. Ku dan Norlily buat tak tahu apabila ditanya oleh Jil. Jo mendekati kami.

“Hai, Fiq, Jil, Norlily.” kata Jo.
“Hai.” kata kami.
“Norlily, petang U free kah?” kataku.
“Petang ni. Free kot. Tengoklah dulu.” kata Norlily.
“Ok.” kataku.

Selepas waktu persekolahan, ku melihat Norlily menunggu ku kat kantin. Ku pergi ke arahnya. Norlily melihat ku pergi ke arahnya. Kami balik sama-sama. Kami berjalan ke rumah Norlily untuk meminjam buku teks Matematik. Setelah meminjam buku, ku bergegas pulang ke rumah. Ku buat kerja rumah yang diberikan dan membuat latih tubi subjek tersebut. “Hai sayang. Petang ini free kah? I nak jumpa U kat taman.” mesejku.

“Petang ini. Free kot. Ok.” katanya.
“Pukul berapa?” katanya lagi.
“Emm. Pukul 4.30 petang ini, boleh kah?” kataku.
“Boleh tapi… (Katanya terputus)” katanya.
“Tapi apa?” kataku.
“Tak ada apa-apa bah.” katanya.

Norlily pun mematikan taliannya. Ketika itu, ku masih membuat ulangkaji subjek. Sebenarnya ku malas nak angkat handphone ku bab balik-balik ada yang miss call. Ku telah silentkan suara handphone ku. Setelah ku mengulang kaji, ku terbatuk berulang kali. Darah ku keluar sedikit di luar mulutku dan beberapa titik kat helai kertas yang ku karangi.

Ku melap darahku dengan sapu tangan. Konyong-konyong, Norlily menghantar mesej kepadaku. Ku membaca mesejnya, “Petang ini free kot. I nak jumpa U kat bawa rumah. Leh tak?” Lalu ku membalas, “Leh bah saying.” Hai! Boring juga hari ini. Ku pergi ke bawah lalu onkan komputer. Setelah itu, pergi ke internet untuk check in emelku. Apabila ku membuka emelku, terdapat beberapa mesej yang belum ku baca ataupun belum ku balas.

Semua mesej yang ku terima merupakan mesej dari kawan-kawan ku. Lebih-lebih lagi dari kawan baru. Konyong-konyong handphoneku berbunyi. Ku bergegas mengambilnya. Ku melihat number yang menghantar mesej kat skrin handphoneku. Ku membawa handphoneku ke bawah dan ku meneruskan membuka mesej kat emelku. Terkonyong-konyong, satu mesej ku terima. Lalu ku membalasnya.

“Hello. Ni sapa?” kataku.
“Hello. Ini aku lah, Jil.” kata Jil.
“Oh. Jil? Jil kawan Norlily ke?” kataku.
“Kawan Norlily. Fiq, kau wat apa tu?” katanya.
“Oh. Tak wat apa-apa pun. Cuma check in email saja.” kataku.
“Oh. Apa email kau? Leh ku minta.” katanya.
“Ada ku nak sent kat kau.” katanya lagi.
“Emelku? Kenapa?” kataku.
“Tak adalah. Bagi lah saja.” katanya.
“Ok lah. Jangan bagi sapa-sapa. Mr.khai_irwan@yahoo.com.my.” kataku
“Ok,” katanya.
“Bye.” kataku.
“Bye.” katanya.

Ku memeriksa kreditku. Alangkah ku terkejut kreditku tinggal RM4.50 saja. Ohyakan ku ada balas Norlily pula. Ku terus memeriksa emelku kat yahoo dan friendster. Ku sign in friendster, ku melihat ramai kawan dan group ku pun ramai yang join. Setelah ku memeriksanya, ku membuat ulangkaji selama dua jam. Barulah ku berehat. Ku penat lalu tertidur. Telah dua jam ku tertidur, barulah ku terjaga. Ku makan malam dan terus ulangkaji.

Handphoneku berbunyi-bunyi. Ku bergegas mengambil handphoneku. Ku melihat pada skrin, ku terkejut pabila ku melihat nombor yang tak ku kenali. Ku membiarkan saja. Ku menghantar mesej kepada Norlily. Sementara ku menunggu balasnya, ku membuat ulangkaji sedikit dan menusun buku mengikut jadual waktu.

Terkonyong-konyong, Norlily membalas, “Apa hal, Fiq? Kenapa mesej yang U hantar itu kat I? Jangan kacau, I nak tidur ini. Good night.” Lalu ku membalas mesejnya, “Emm… Good night. I love U.” “Sorry lah sayang. Tadi petang I tertidur tau. Please sorry!” mesejku. “Tak apa lah. I pun tak jadi pun. Me too.” mesejnya.

Seperti acapnya. Ku dan Norlily pergi ke sekolah bersama-sama. Tapi hari ini lain dari biasanya. Seperti acapnya ku dan Norlily pulang bersendirian pada hari tertentu. Hari ini ku mengulang kaji. Setelah ku mengulang kaji, ku menghantar mesej kepada Norlily. “U free kah petang ini? Sayang! Rindu tau kat U. Macam nak dengar suara U tau.” mesejku. “Petang ini free kot. Napa? Nak dengan suara I. call lah I.” mesejnya. “Petang ini pukul berapa? Kita jumpa kat taman nanti,” mesejnya lagi.

Sebelum masa itu, ku berjoging di sekitar taman sebanyak dua kali. Ku melihat Norlily sedang menunggu ku. Sebaiknya tiba kat situ, ku terkejut pabila seorang lelaki yang tak ku kenali. Ku menghampiri mereka berdua.

“Lily, sapa dia itu? (Marah)” kataku.
“Dia… Kawan I masa sekolah lama time I Form 2.” kata Norlily.
“Oh… Kawan saja. I ingatkan…” kataku.
“Sapa dia, Norlily? Kawan kah atau lebih dari itu.” kata Ibel.
“Dia, Fiq, lebih dari sekadar kawan.” kata Norlily.
“Oh, I see. Lily, dia cemburu kah?” kata Ibel.
“Sapa? Ku kah? (marah)” kataku.
“Sapa lagi kalau kau, Fiq. Tenanglah, Fiq.” kata Norlily.
“Ok. Ok. Kau sapa nama? Boleh tak kita berdua saja. Lily, u naik dulu.” kataku.
“Nama ku Ibel. Boleh tapi apa nak dibual.” kata Ibel.
“Ah… Oh ya! Pasal Norlily lah.” kataku.

* Sambung..

Banjir di Padang Terap semakin buruk

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di daerah Padang Terap, Alor Setar, Kedah bertambah buruk dengan lebih 100 orang lagi dipindahkan malam ini manakala di Kelantan keadaan tidak banyak berubah dan di Terengganu pula keadaan semakin pulih.

Jurucakap bilik gerakan banjir daerah Padang Terap, Salim Mahmud berkata jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada 579 orang berbanding 474 orang, petang tadi.

Sehingga kini sebanyak 14 kampung ditenggelami air dan 12 pusat pemindahan telah dibuka, katanya ketika dihubungi di sini.

Paras air di Sungai Padang Terap berada pada paras bahaya 18.8 meter, katanya. - Bernama

Arab Saudi buka makmal canggih bagi saring H1N1

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi akan menubuhkan satu makmal canggih di Arafat bagi membolehkan jemaah menjalani saringan virus influenza A(H1N1) menjelang musim haji, akhir bulan ini.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris, Arab News, hari ini memetik Menteri Kesihatannya, Dr Abdullah Al-Rabeah, berkata jemaah tidak perlu panik kerana mereka sudah mengambil semua langkah yang perlu bagi menangani penyakit itu.

"Terdapat ciri khas di semua hospital, yang dilengkapkan dengan peralatan canggih, iaitu hospital berkenaan boleh diubah menjadi unit rawatan rapi (ICU) jika diperlukan," katanya selepas memeriksa kemudahan kesihatan di kota-kota suci di negara ini, semalam.

Katanya, satu hospital baru dengan kelengkapan 100 katil sudah dibuka di Jeddah.

Dr Abdullah juga melawat pusat kesihatan di Arafat dan hospital baru dengan kelengkapan 219 katil yang dibina di Mina.

Terdapat 15 klinik di Mina dengan jumlah 140 katil disediakan.

Katanya, di Makkah saja terdapat kira-kira 100 klinik dengan 1,000 katil dan 150 ambulans termasuk 85 kenderaan bersaiz kecil untuk kemudahan jemaah.

Dalam perkembangan lain, akhbar itu melaporkan, Pemegang Dua Masjid Suci, Raja Abdullah, mengarahkan supaya kerajaan negara itu menghoskan 1,000 jemaah haji dari pelbagai negara tahun ini.

Ianya adalah sebahagian daripada program jemaah jemputan yang diselia oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Awqaf, Da’wah dan Bimbingan.

"Titah Raja itu menunjukkan minat baginda dalam kebajikan warga Islam di seluruh dunia dan hasratnya meningkatkan hubungan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah," kata Menteri Hal Ehwal Islam, Saleh Al-Asheikh.

Katanya, jemaah jemputan itu adalah daripada benua Eropah Timur, negara Balkan, Asia Tengah, Asia dan Afrika. - Bernama

PM akan umum langkah atasi masalah bekalan elektrik, air di Sabah: Koh

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman penting bagi mengatasi masalah bekalan air dan elektrik di Sabah dalam tempoh terdekat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, Najib dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor sedang mencari jalan untuk mengatasi segera masalah itu.

"Perlu ada langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah air dan bekalan elektrik di Sabah yang semakin kritikal.

"Perdana Menteri akan mengumumkan langkah yang dinanti-nantikan itu apabila tiba pada masanya," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama ahli Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Negeri Sabah di sini, hari ini.

Koh berkata, walaupun majoriti pemimpin masyarakat di Sabah berpuas hati dengan tahap kemajuan pembangunan ekonomi negeri di bawah kepimpinan ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mereka berpendapat kebajikan rakyat daripada segi keperluan asas perlu diutamakan sebelum projek-projek pembangunan lain dijalankan.

Koh berkata, pemimpin komuniti itu juga meminta perkhidmatan kerajaan di peringkat negeri diperbaiki daripada segi kecekapan dan lebih bersopan.

"Dengan menggunakan pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk meningkatkan kecekapan sektor kerajaan terutamanya di peringkat Persekutuan, kerajaan akan memberi fokus kepada memperbaiki kecekapan dan kesopanan dalam perkhidmatannya.

"Kami akan pastikan walaupun perkhidmatan penyampaian dipercepatkan penjawat awam juga perlu lebih bersopan," katanya. - Bernama