Followers

Monday, January 18, 2010

Mayat dua mangsa terakhir perahu naga terbalik ditemui

GEORGETOWN: Mayat dua mangsa terakhir perahu naga terbalik, Cheah Zi Jun, 17, dan Yong Xiang, 16, ditemui dekat Tanjung Marina 4.15 petang tadi.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan selepas semua empat mayat pelajar yang hilang sejak semalam ditemui hari ini.

Angka korban tragedi itu ialah enam orang.

Pagi tadi, dua mayat mangsa, Goh Yi Zhang, 15, dan Brandon Yeoh, 17, ditemui apabila operasi mencari dan menyelamat disambung semula selepas dihentikan malam tadi akibat gelap.

Mangsa adalah lima pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling yang sedang dalam latihan bagi menghadapi satu kejohanan pertengahan tahun ini.

Mayat dua lagi mangsa, iaitu Chin Ai Fang, 28, Jason Ch'ng, 17, ditemui semalam.

Dalam tragedi 9 pagi semalam itu, enam mangsa terbabit lemas selepas perahu naga yang mereka naiki terbalik apabila dipukul ombak kuat sewaktu dalam latihan di perairan Pantai Macallum.

Keluarga mangsa perahu naga cadang saman sekolah

GEORGETOWN: Bapa seorang daripada mangsa perahu terbalik bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sekolah Tinggi Chung Ling yang didakwanya mengabaikan keselamatan anaknya ketika latihan mendayung perahu naga anjuran sekolah itu semalam.

Ching Chin Teik, 52, bapa kepada Jason Ch'ng, 17, berkata kawasan yang dijadikan tempat berlatih iaitu Persisiran Pantai Gat Lebuh Maccalum adalah kawasan berbahaya dan laluan bot besar.

"Saya tidak sangka pihak sekolah mengabaikan keselamatan pelajar dengan berlatih di Persisiran Pantai Gat Lebuh Maccalum sedangkan kita tahu tempat itu bukan kawasan yang sesuai untuk berlatih kerana berbahaya.

"Kami sekeluarga selama ini mempertaruhkan 100 peratus keselamatan Jason kepada pihak sekolah tetapi mereka abaikan, jadi saya tidak menolak kemungkinan akan ambil tindakan undang-undang terhadap sekolah," katanya yang masih sedih dengan kejadian itu.

Beliau berkata, Jason adalah anak bongsu dari dua beradik.

Ching berkata, kehilangan Jason sangat dirasai keluarga terutama kakaknya, Jenny Ch'ng, 19, kerana mereka sangat rapat dan saling membantu dalam pelajaran.

Mayat Jason yang ditemui semalam akan dikebumikan di tanah perkuburan Kwangtung Teng Chow di sini, esok.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi semalam, perahu naga yang dinaiki 18 orang iaitu seorang guru, dua jurulatih dan 15 pelajar terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang, menyebabkan seorang guru dan lima pelajar mati lemas.

Kawasan itu sememangnya menjadi tempat pasukan pendayung sekolah berkenaan menjalani latihan mingguan dan pelajar terbabit memulakan latihan pada jam 8 pagi.

Seorang nelayan yang ditemui, Aznan Bakar berkata, beliau sering ternampak pasukan perahu naga sekolah itu berlatih di kawasan berkenaan dan hairan mereka memilih lokasi yang berbahaya itu.

Beliau berkata, kawasan itu agak bahaya untuk bot kecil kerana laluan di situ adalah tempat kapal memunggah barang dan golongan nelayan tidak melintas di kawasan itu.

"Saya pernah nampak mereka berlatih berdayung dan kami hairan kerana mereka memilih tempat itu tetapi kami ingatkan mungkin ada pihak yang memantau mereka," katanya di sini. - Bernama

Kejadian perahu naga terbalik perlu jadi peringatan: TPM

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu kejadian perahu naga terbalik semalam yang menyebabkan lima pelajar dan seorang guru mati lemas dijadikan sebagai satu peringatan supaya kejadian serupa tidak berulang.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata semua sekolah perlu mengambil langkah lebih berhati-hati apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum kerana malang tidak berbau.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Sekolah ini adalah sekolah yang cemerlang dalam bidang lumba perahu. Ini satu-satunya sekolah di Pulau Pinang dikatakan mempunyai pasukan sendiri danbukan pertama kali sudah bertahun-tahun (terbabit dalam aktiviti ini).

"Tetapi orang kata malang tidak berbau," katanya kepada pemberita selepas melancarkan insiatif MyID dan merasmikan persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Operasi cari mangsa perahu naga terbalik diteruskan

PUTRAJAYA: Operasi mencari dua lagi mangsa perahu naga yang terbalik di Pulau Pinang akan diteruskan sehingga semua mangsa dijumpai, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Chong Ha.

Beliau berkata, operasi mencari itu membabitkan 72 orang anggota termasuk enam penyelam skuba dan tiga anjing pengesan.

Mengenai insiden berkenaan, katanya laporan awal yang diterima mendapati tragedi itu adalah satu kemalangan dan bukan diakibatkan kecuaian.

"Laporan awal yang diberikan kepada saya mengatakan bahawa perahu naga itu sedang membuat satu pusingan apabila terlanggar boya di kawasan itu, lalu terbalik sebelum karam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlispenyerahan jentera bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, di sini hariini.


Beliau berkata, taklimat mengenai insiden itu akan diberikan kepadanya di Pulau Pinang hari ini.

Dalam tragedi jam 9 pagi semalam itu, enam maut selepas perahu naga yang mereka naiki terbalik lalu karam apabila dipukul ombak kuat sewaktu dalamlatihan di perairan Pantai Macallum.

Semua mangsa terdiri daripada lima pelajar dan seorang guru dari SekolahMenengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling yang sedang dalam latihan bagi menghadapi satu kejohanan pertengahan tahun ini.

Mereka dikenali sebagai Chin Ai Fang, 28 yang juga seorang guru, JasonCh'ng, 17, Goh Yi Zhang, 15, Brandon Yeoh, 17 serta dua lagi mangsa yang masih hilang iaitu Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17.

Terdahulu Kong berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM84.5 juta untuk pembelian seratus jentera bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, khususbagi pemadaman kebakaran dan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir di negara ini.

"Jumlah tersebut meliputi 42 unit kenderaan pemadam kebakaran, 50 unit botpenyelamat mangsa banjir yang boleh digunakan di laut, sungai, tasik dan daratserta lapan unit bot penyelamat mangsa banjir dari jenis Amphibious RigidInflatable Boat," katanya.

Kerajaan juga jelas beliau akan menambah pembelian pelbagai peralatan lainseperti komunikasi dan anjing pengesan untuk unit K9. - Bernama

Tragedi perahu naga: Mayat kedua ditemui hari ini

GEORGETOWN: Mayat seorang lagi mangsa perahu naga terbalik, Brandon Yeoh, 17, ditemui dekat Tanjung Marina, satu kilometer dari tempat kejadian, pada 12.00 tengahari tadi.

Penemuan itu menjadikan dua mangsa ditemui hari ini manakala dua lagi masih hilang.

Amaran hujan lebat di Sarawak, Sabah

KUALA LUMPUR: Hujan lebat sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana akan berterusan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga esok.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan kawasan terbabit di Sarawak ialah bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sri Amandan Mukah.

Di Sabah, kawasan terbabit ialah Sandakan (daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan), Pantai Barat (daerah Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Kinabalu danPenampang), Pedalaman (daerah Beaufort), Kudat (daerah Kota Marudu, Pitas danKudat) dan Tawau (daerah Lahad Datu).

Keadaan ini jika berterusan, boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh dikawasan tanah rendah berdekatan tebing sungai.

Najib mahu syarikat Malaysia bertaraf dunia

ABU DHABI: Datuk Seri Najib Razak berkata syarikat Malaysia, termasuk yang terbabit dalam pembinaan, mesti terus meningkatkan prestasi dan dan menerima pakai amalan terbaik dalam menawarkan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia.

"Kita mesti terus menunjukkan bahawa kita boleh menerima pakai amalan terbaik, sama ada dalam menawarkan kualiti kerja yang dilakukan, harga, menjadisangat kompetitif, dan mampu menyediakannya mengikut tempoh yang ditetapkan kepada kita.

kata Perdana Menteri sempena penyerahan bangunan yang dibina syarikat Malaysia di Marina Square di Pulau Reem kepada Tamouh Investments, syarikat pembangunan hartanah yang berpejabat di Abu Dhabi semalam.

"Perkara utama yang saya mahu sampaikan pada majlis ini ialah saya sangat bangga terhadap kerja yang dilakukan oleh syarikat Malaysia di sini.

"Saya berharap ia adalah permulaan bagi banyak lagi pembabitan syarikat Malaysia di sebelah dunia di sini dan melepasinya," kata Najib yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menyaksikan majlis penyerahan itu adalah sebahagian daripada program Najib di Abu Dhabi, selain mengunjungi Masjid Besar Sheikh Zayed.

Perdana Menteri dan rombongan turut melawat Litar Yas Marina sepanjang 5.554 kilometer, lokasi perlumbaan kereta Formula One sulung Abu Dhabi akhir tahun lalu.

ISZL Consortium yang membabitkan IJM Construction Sdn Bhd, Sunway Builders Sdn Bhd, Zelan Holdings Sdn Bhd dan LFE Engineering Sdn Bhd, mendapat kontrak melaksanakan Pakej C dan E1 di Plot 1 skim pembangunan Pulau Reem itu.

Pakej C meliputi lima menara kediaman, sebuah podium, villa serta parkirkereta. Kontrak terbabit bernilai 1.5 bilion dirham dan dimulakan pada 2006.

Menerusi bangunan menara sebagai asas, Najib berkata: "Saya berharap syarikat Malaysia akan terdorong bahawa kita berupaya untuk bersaing dengansyrikat lain, kita berupaya menyiapkan bangunan yang hebat."

"Melihat bangunan ini, sekurang-kurangnya dari luar, saya melihatnya seperti bangunan bertaraf dunia. Tahniah kepada semua syarikat di sini kerana menyiapkan bangunan bertaraf dunia ini," katanya.

Perdana Menteri menyuarakan harapan supaya firma Malaysia akan terus membanggakan negara pada masa depan.

Projek pertama yang dimajukan oleh Tamouh di pulau itu, Marina Square, adalah pembangunan bersepadu yang membabitkan 14 menara kediaman, sebuah bangunan pejabat, ruang runcit, sebuah hotel, blok apartmen servis dan marina.

Menerusi sejumlah 3,440 unit kediaman, Marina Square akan mempunyai penghuni seramai 8,500 apabila diduduki menjelang suku ketiga 2010.

Sementara itu, SPK Bina Puri Joint Venture berkata ia sudah menyiapkan reka bentuk dan kontrak pembinaan Pakej B pada harga kontrak 490.7 juta dirham.

Ia membabitkan apartmen kediaman, podium, parkir kereta selain rumah bandar.

SPK Bina Puri Joint Venture terdiri daripada Pembinaan SPK Sdn Bhd dan BinaPuri Holdings Bhd, dengan SPK mengetuai pembinaan menerusi 70 peratus kepentingan. - Bernama

Seorang lagi mangsa perahu naga terbalik ditemui

GEORGETOWN: Seorang lagi mangsa lemas perahu naga karam ditemui pagi ini apabila gerakan mencari empat yang hilang di perairan Pantai Macalum disambung semula jam 7 pagi tadi.

Mayat pelajar Goh Yi Zhang ditemui berhampiran Tanjung Marina, satu kilometer dari tempat kejadian pada jam 8.03 pagi tadi.

Beliau adalah mangsa lemas ketiga yang ditemui. Tiga lagi mangsa masih hilang.

Tragedi perahu naga: Operasi mencari 4 pelajar dihentikan, bersambung esok

GEORGETOWN: Operasi mencari empat pelajar yang hilang dihentikan jam 6.30 petang tadi berikutan keadaan semakin gelap.

Bagaimanapun, operasi mencari pelajar yang hilang akibat perahu naga yang terbalik hari ini akan disambung esok pada jam 7 pagi.