Followers

Tuesday, January 19, 2010

Banyak lagi boleh dilakukan untuk lindungi alam: Najib

ABU DHABI: Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun rundingan Copenhagen mengenai iklim kurang berhasil, masyarakat antarabangsa perlu dan mampu bertindak lebih berkesan untuk melindungi planet bumi.

Perdana Menteri berkata, cabarannya ialah untuk bertindak sekarang sebelum keadaan menjadi buruk ibarat nasi sudah menjadi bubur.

Dalam ucap utamanya pada Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masa Depan Tenaga di sini hari ini, Najib berkata usaha menangani keghairahan negara-negara untuk mendapatkan tenaga dilihat sukar tetapi ia satu tanggungjawab jawabyang tidak boleh diabaikan. "Cabaran semasa ini memerlukan usaha bersatu kita dalam menggembleng kepakaransaintifik dan intelektual sedunia," katanya.

Beliau berkata, langkah Malaysia memberi tumpuan kepada teknologi hijau bukan hanya bertujuan memelihara dan melindungi sumbernya tetapi supaya menjadi perangsang ekonomi baru kepada negara.

Malaysia akan mengutamakan empat sektor dalam usahanya melaksanakan teknologihijau iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan dan air.

Najib berkata, Malaysia berharap dapat meningkatkan tenaga yang bolehdiperbaharui sehingga 2,000 MW menjelang 2020 berbanding 50 MW sekarang.

Katanya, Malaysia yang menerima cukup sinaran matahari akan menggalakkan penggunaan tenaga solar.

Perdana Menteri berkata, satu kajian sedang dijalankan untuk menstruktur semula dan menyelaras sektor elektrik di Malaysia dan membantu meletakkan satu asas ke arah mewujudkan industri lebhih cekap menerusi mekanisme pasaran dan liberalisasi. Katanya, kerajaan Malaysia juga sedang menimbang untuk meluaskan penggunaan biofuel manakala pengenalan Indeks Bangunan Hijau akan mendorong lebih banyak bangunan menggunakan teknologi hijau tidak lama lagi.

"Malaysia telah mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagimengetuai transformasi Malaysia menjadi sebuah negara hijau,' katanya. - Bernama

Tragedi perahu naga: Faktor tidak pakai jaket keselamatan jadi persoalan utama

GEORGETOWN: Tragedi perahu naga terbalik dan mengorbankan enam nyawa iaitu lima nyawa pelajar dan seorang guru dari Sekolah Tinggi Chung Ling, di kawasan perairan Lebuh Macallum di sini semalam, mengingatkan kita dengan pepatah "Beringat sebelum kena, berjimat sebelum berbelanja".

Persoalan utama dalam tragedi itu ialah kenapa tidak memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot?

Ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak kerana tragedi lemas yang disebabkan penumpang tidak memakai jaket keselamatan dalam kejadian bot karam atau terbalik bukanlah satu insiden luar biasa atau perkara baru di negara ini.

Jelas, tidak kurang daripada lima kes seumpama itu pernah berlaku dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, termasuklah tragedi tahun lalu di Teluk Rumania, Johor sehingga mengorbankan sembilan nyawa warga Pakistan.

Namun insiden seumpamanya seolah-olah tidak pernah memberi pengajaran kepada sesiapa pun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata menurut laporan yang diterima, ramai di antara pelajar yang menjalani latihan mendayung itu tidak memakai jaket keselamatan walaupun sepatutnya mereka wajib memakainya.

Katanya, faktor keselamatan tidak harus dipandang ringan dan polis akan menyiasat punca kejadian itu.

"Kita mendapat maklumat ramai pelajar tidak memakai jaket keselamatan termasuk yang ditemui mati lemas dan kita akan siasat perkara ini," katanya di sini, semalam.

Seorang mangsa yang terselamat, Kuah Zi Xun, 17, mengakui kebanyakan mereka sememangnya tidak memakai jaket keselamatan dan mereka mengetahui bahawa jaket itu tidak cukup untuk semua pendayung.

"Kami tidak disuruh pakai jaket keselamatan kerana kami hanya berlatih," katanya.

Ahli Exco Kerajaan Negeri, Danny Law Heng Kiang yang melawat tempat kejadian, berkata beliau dimaklumkan bahawa pelajar terbabit tidak dibekalkan jaket keselamatan kerana menganggap ia hanyalah sesi latihan dan bukannya berlumba.

Katanya, sesi latihan itu diuruskan kelab mendayung sekolah berkenaan dan sekolah itu sendiri yang memilih tempat latihan tersebut.

Ketika ditanya mengenai kenapa pelajar terbabit tidak memakai jaket keselamatan, Pengetua sekolah itu, Chuah Yau Chou, cuma menjawab: "Semuanya masih dalam siasatan".

Pengarah Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohammad ketika ditemui berkata, pengurusan sekolah itu didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan untuk menganjurkan aktiviti kokurikulum di luar sekolah kerana tidak memaklumkannya kepada pasukan keselamatan.

Sebenarnya, bot diatas air boleh terbalik atau karam atas pelbagai faktor seperti terlebih muatan, dipukul ombak ataupun terbakar dan disebabkan risiko itu boleh berlaku pada bila-bila masa, nyawa penumpang harus diberi keutamaan dengan mewajibkan mereka memakai jaket keselamatan.

Tragedi yang meragut nyawa guru dan pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling itu adalah ulangan satu lagi episod sedih kerana kematian pelajar dan guru itu dapat dielakkan sekiranya mereka memakai jaket keselamatan. - Bernama

Banjir di Telupid pulih, Kinabatangan bertambah buruk

SANDAKAN: Keadaan banjir di daerah Telupid dilaporkan beransur pulih dengan semua mangsa dari empat kampung sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Telupid, Kamsah Sulaiman, berkata penduduk dari kampung Ansuan, Baba, Kiabau dan Buis dibenarkan balik petang ini selepas air banjir di kampung mereka mulai surut.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih memantau keadaan di kampung terbabit dan akan memindahkan semula penduduk jika air naik semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Datuk Michael Asang, hari ini melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan.

Sementara itu keadaan banjir di daerah Kinabatangan sehingga 5 petang ini dilaporkan bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkatkepada 1,562 orang membabitkan 340 keluarga.

Pengerusi PKOB Kinabatangan, Arisin Arifin berkata ramai mangsa banjir adalah dari kampung Kuamut, Tulang-Tulang, Desa Permai, Tangkuyan dan Balat, manakala sebahagian kecil dari kampung Sangau, Bukit Garam dan Seri Manis.

"Paras air Sungai Kinabatangan juga didapati semakin meningkat dan berada diparas bahaya iaitu 10.43 meter pada jam 2 petang," katanya.

Bagaimanapun, katanya, 62 orang daripada 10 keluarga di Kampung Pelangidan Jaya Baru sudah kembali ke rumah masing-masing selepas air banjir di kampungmereka surut. - Bernama

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa tragedi perahu naga

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada mangsa tragedi perahu naga di perairan pantai Lebuh Macallum, Pulau Pinang.

"Saya amat sedih dan prihatin apabila mendapat tahu dari Abu Dhabi berhubung tragedi perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling semalam yang meragut nyawa lima pelajar yang masih muda dan seorang guru," katanya dalam laman blognyawww.1malaysia.com.my. Beliau juga memuji mereka yang telah menyelamatkan beberapa orang mangsa dan mendoakan agar mereka segera sembuh.

Dalam insiden semalam, enam orang termasuk seorang guru lemas apabila perahu naga mereka terbalik selepas dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang.

Mereka adalah di antara 18 anggota pasukan perahu naga Sekolah Tinggi ChungLing yang sedang menjalani latihan di perairan pantai Lebuh Macallum sebagai persiapan bagi perlumbaan perahu naga yang dijadualkan pertengahan tahun ini. - Bernama