Followers

Saturday, June 12, 2010

Piala Dunia: Argentina 1 Nigeria 0 (separuh pertama)

JOHANNESBURG: Pertemuan antara Argentina dan Nigeria dalam saingan Kumpulan B sehingga tamat separuh masa pertama menyaksikan Argentina mendahului 1-0 di Stadium Ellis Park, sebentar tadi.
Gol Argentina diperoleh menerusi Gabriel Heinze pada minit ke-6 dengan tandukan kencangnya mencecah gawang Nigeria.

Piala Dunia: Korea Selatan 2 Greece 0

PORT ELIZEBETH: Korea Selatan mengejutkan bekas juara Eropah, Greece 2-0 dalam saingan Kumpulan A Piala Dunia di Stadium Nelson Mandela Bay, sebentar tadi.
Gol pendahuluan Korea Selatan diperoleh Lee Jong Soo pada minit ke-7 diikuti gol kedua oleh pemain Manchester United, Park Ji Sung pada minit ke-52.
Dengan itu, Korea Selatan muncul pasukan pertama mencatat kemenangan dan memperoleh tiga mata penuh pada kempen Piala Dunia Afrika Selatan yang masuk hari kedua, hari ini.

Piala Dunia: Korea Selatan 1 Greece 0 (separuh pertama)

Tamat separuh masa pertama, pertemuan antara Korea Selatan menentang Greece dalam Kumpulan A menyaksikan kedudukan 1-0 dengan gol menerusi Lee Jong Soo pada minit ke-7 di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth.

Malaysia perlu kaedah penyelarasan, pelaksanaan yang cekap: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia memerlukan sistem penyelarasan dan pelaksanaan yang cekap dan sesuai bagi memastikan negara mampu bersaing di persada global.
Bagi menepati matlamat itu, Perdana Menteri berkata semua rakyat Malaysia perlu bersatupadu dan bekerjasama dengan mengamalkan konsep Gagasan 1Malaysia di mana rakyat diberi keutamaan dalam sebarang program kerajaan.
"Apabila saya mengambil alih sebagai Perdana Menteri April tahun lepas, saya memutuskan untuk membina sebuah Malaysia Baru atas semangat 1Malaysia di mana harus wujud perpaduan dan sebahagian dari keluarga yang besar dan menggabungkan faktor cemerlang yang ada pada setiap komuniti.
"Ini akan membolehkan setiap warga tanpa mengira latar belakang etnik untuk merealisasi potensi maksimum masing-masing sebagai rakyat Malaysia," katanya semasa melancarkan pusat pendidikan Seri Murugan (SMC) di Sekolah Menengah Vivekananda, Brickefields, di sini, hari ini.

Najib berkata terdapat keperluan prinsip bimbingan 1Malaysia bagi membentuk Malaysia Baru.

"Sebab itu kita mengambil peluang ini...transformasi, satu perjalanan ke arah transformasi negara menjadikan Malaysia Baru yang kukuh, lebih makmur - Malaysia Baru yang bukan sahaja tertakluk kepada sempadan intelektual fizikal tetapi satu yang boleh menemuhi cabaran global.

"Kita tidak perlu takut dan sebaliknya memiliki semangat keyakinan yang jitu untuk menjadi sebuah negara hebat. Ini boleh dilaksanakan jika kita bersatupadu," katanya.
Najib juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus menambah peruntukan untuk semua komunuiti.

"Saya komited untuk membantu semua rakyat Malaysia kerana ini adalah keluarga kita. Negara ini...Malaysia boleh jadi hebat," katanya.

Najib juga meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin supaya memastikan projek pembangunan ''Little India'' di Brickfields disiapkan mengikut jadual pada November ini.

"Saya mempunyai hubungan akrab dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dan dia bercadang melawat Malaysia November ini untuk melancarkan bersama ''Little India''.

"Jadi menteri (Raja Nong Chik) telah berjanji kepada saya bahawa ''Little India'' akan siap November ini. Sekira tidak siap, kita akan minta mereka memberi penjelasan," katanya.

Pada majlis pelancaran SMC, Perdana Menteri menyampaikan Geran Akademik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada 50 pelajar SMC melanjutkan pengajian mereka di universiti tempatan.

Setiap pelajar berkenaan, yang memperoleh keputusan cemerlang pada perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), menerima geran RM15,000 untuk membantu persediaan mereka dalam melanjutkan pengajian tinggi. - BERNAMA

Pencapaian Malaysia dalam kesihatan boleh dijadikan penanda aras: TPM

KUALA LUMPUR: Pencapaian Malaysia dalam bidang kesihatan adalah cemerlang dan boleh digunakan sebagai penanda aras oleh negara-negara membangun yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ciri penting bagi pencapaian negara dalam bidang kesihatan ialah akses universal kepada sektor kesihatan awam komprehensif, jaminan jaringan bagi perbelanjaan bencana bagi penyakit kronik, bayaran minimal atau tiada bayaran bersama bagi perkhidmatan dalam sistem awam dan perkhidmatan kesihatan yang menumpukan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dengan sSstem kesihatan sektor swasta responsif.
"Sehubungan itu berlaku peningkatan signifikan terhadap status kesihatan populasi kita dengan pengurangan kadar morbiditi dan mortaliti dan peningkatan jangka hayat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-67 Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) pada Konvensyen Saintifik dan Pameran Perdagangan Antarabangsa FDI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Bagaimanapun, katanya sistem pembiayaan bagi penjagaan kesihatan sedia ada tidak dapat dikekalkan kerana terdapat banyak cabaran. - BERNAMA

Afrika Selatan mampu menyinar: Pienaar

JOHANNESBURG: Pemain 'arkitek' Afrika Selatan, Steven Pienaar percaya pasukan tuan rumah itu mampu pergi lebih jauh dalam saingan Piala Dunia yang menyaksikan aksi sulung berkesusahan seri 1-1 menentang Mexico, malam tadi.

Pemain tengah Everton itu mengakui skuad Bafana Bafana (Afrika Selatan) agak goyah pada awal permainan beraksi di Stadium Soccer City dengan disaksikan lebih 85,000 penyokong dan peminat.
“Ia perlawanan pertama, pembuka tirai temasya dan adalah biasa apabila banyak tekanan yang perlu dihadapi," kata Pienaar bahawa skuad mendapat rentak dan sentuhan pada pertengahan tempoh perlawanan.
Katanya, kekuatan Afrika Selatan semakin menyerlah pada separuh masa kedua dan menyifatkan skuad itu berhak mendapat mata penuh.

“saya amat gembira kami melakukannya dan 20 minit pertama kami dalam keadaan gugup.

"Ia adalah keadaan biasa kerana dalam pasukan kami hanya Aaron (Mokoena - kapten) yang berpengalaman bermain dalam Piala Dunia.

"Bagi 10 pemain lain dalam padang ketika itu, ia adalah aksi pertama kami di Piala Dunia," katanya. - AFP

Malaysia-AS kongsi pendirian mengenai kekejaman Israel

pembetulan JAMALUDIN-GAZA
M'SIA-AS BERKONGSI PENDIRIAN MENGENAI KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP KAPAL BANTUAN KE GAZA - JAMALUDIN

ROMPIN: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkongsi berhubung isu kekejaman tentera Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang membabitkan sukarelawan dari negara ini baru-baru ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata sehubungan itu,
hubungan Malaysia-AS tidak terjejas di mana kedua-dua negara mengutuk keras
tindakan kejam rejim Zionis itu.

"Dasar luar AS kini telah banyak berubah sejak pentadbiran Presiden Barack
Obama termasuk berhubung isu terbaru di Gaza itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rompin Fest 2010 di Pantai Hiburan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan tentera Israel yang
menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza iaitu Mavi Marmara menyebabkan
beberapa aktivis dari Turki dibunuh pada 31 Mei lalu.

Ahli Parlimen Rompin itu berkata dasar luar AS kini semakin terbuka sejak
Obama mengambil alih pentadbiran.

"Walaupun keterbukaan itu tidak berlaku secara drastik namun ia semakin
menerima pandangan dunia terutama negara-negara Islam berhubung isu-isu
antarabangsa," katanya.

Jamaludin berkata ketika pertemuan Obama dengan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak di Washington baru-baru ini, Obama melahirkan hasrat untuk
mewujudkan semula rundingan damai di antara Israel dan Palestin.

Menurutnya perkara itu jelas membuktikan Presiden AS itu mahu melihat
perdamaian di antara kedua-dua negara berkenaan walaupun akur Israel juga
mempunyai dasar luarnya sendiri yang tidak mudah untuk dicampuri oleh
pentadbiran AS. - BERNAMA

Piala Dunia: Uruguay 0 Perancis 0


PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (atas) bersaing dengan pemain Perancis, William Gallas pada peringkat Kumpulan A, pusingan pertama Piala Dunia di Stadium Green Point , awal pagi tadi. Keputusan seri 0-0. - Foto AFP
PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (atas) bersaing dengan pemain Perancis, William Gallas pada peringkat Kumpulan A, pusingan pertama Piala Dunia di Stadium Green Point , awal pagi tadi. Keputusan seri 0-0. - Foto AFP
CAPE TOWN: Bekas juara Piala Dunia, Perancis hanya berpuas hati seri tanpa jaringan dalam pertemuan dengan Uruguay pada peringkat Kumpulan A di Stadium Green Point, awal pagi tadi.

Pemain tengah Perancis, Yoann Gourcuff dan pemain sayap, Franck
Ribery mempamer gandingan mantap untuk mencipta beberapa asakan bermakna pada awal permainan, tetapi gagal menembusi gawang Uruguay.Uruguay pula beberapa kali nyaris mendapat jaringan menerusi serangan mengejut terutama menerusi penyerangnya, Diego Forlan.

Namun Perancis yang pada satu ketika agak selesa apabila Uruguay terpaksa bermain 10 pemain selepas pemain gantiannya, Nicolas Lodeiro dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua akibat mengasari pertahanan Perancis, Bacary Sagna.

Keadaan itu memaksa Uruguay lebih banyak bertahan dengan Perancis pula gagal memanfaatkan peluang itu untuk mencuri tiga mata penuh.

Pada perlawanan pembuka tirai yang juga membabitkan Kumpulan A antara tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico juga menyaksikan keputusan seri 1-1. - Reuters

Piala Dunia: Afrika Selatan 0 Mexico 0 (separuh pertama)

SELEPAS berakhir separuh masa pertama, kedudukan pertemuan pembukaan Piala Dunia antara pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico masih terikat 0-0.