Followers

Thursday, July 2, 2009

hari ini.

besok ku masuk ke UiTM Sabah bab ku dapat promote diploma sains. Mau pi daftar lagi. Masuk MMS lagi. Leceh nya....:( Tak apa lah. Asalkan ku study hard untuk dapat 3.48 gtu. Result PD008 hanya dapat 3.24saja. X apa. ku dapat juga promote. Hehehehehehe..:) Girlq pun puji uga boynye nie... Dah lama ku tak on blog bab x ada internet kat rumah. Sedih nya.

Argentina isytihar darurat kesihatan H1N1

BUENOS AIRES: Pihak berkuasa di ibu negara Argentina, Buenos Aires dan wilayah di sekitarnya mengisytiharkan darurat kesihatan dan menyambung penutupan sekolah sehingga Selasa depan apabila jumlah kematian akibat selesema babi (H1N1) meningkat kepada 35 orang.

Kedua-dua kawasan berkenaan mempunyai hampir separuh daripada jumlah penduduk di Argentina dan menyertai empat wilayah lain yang sudah pun mengisytiharkan darurat kesihatan di negara kedua terbesar di Amerika Latin yang mencatatkan kadar kematian terbesar selepas Mexico.

Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran, walaupun Mexico sudah melepasi kemuncak selesema babi, kawasan di selatan menghadapi risiko memandangkan ia akan menghadapi selesema musim sejuk pula tidak lama lagi.

Datuk Bandar Buenos Aires, Mauricio Macri, berkata ibu negara berkenaan akan mengisytiharkan darurat kesihatan tetapi restoran, pusat beli-belah, pengangkutan awam dan pawagam masih dibuka.

Kenyataan daripada pejabat Macri menyatakan perintah darurat membenarkan datuk bandar menukar tarikh cuti sekolah tanpa kelulusan perundangan. Ia juga membenarkannya membuat keputusan secara bersendirian untuk menggantung kegiatan sukan dan hiburan.

"Kami membuat keputusan berkenaan untuk memanjangkan percutian sekolah dalam usaha mengurangkan risiko penyakit," kata datuk bandar pada sidang media yang turut dihadiri menteri pelajaran dan menteri kesihatan.

Cuti sekolah penggal pula dijadualkan pada 30 sehingga 31 Julai akan disambung dari 6 Julai hingga 3 Ogos ini.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Thailand semalam mengumumkan kematian dua lagi rakyatnya yang dijangkiti selesema babi menjadikan jumlah kematian keseluruhan di negara itu adalah lima. Thailand satu daripada tiga negara di rantau Asia Pasifik yang melaporkan kematian akibat selesema babi.

48 lagi kes baru H1N1 dilaporkan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 48 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga 8 pagi tadi, menjadikan semua kes terkumpul 244 kes di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata daripada jumlah kes baru itu, 40 kes import manakala lapan kes jangkitan tempatan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di libi Parlimen, sebentar tadi.