Followers

Tuesday, May 26, 2009

Ada pihak galak ideologi komunis: Zahid

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menyelar usaha beberapa pertubuhan tidak berdaftar dan parti politik yang didapati bagaikan sengaja menggalakkan kemunculan semula ideologi komunis dalam negara.

Beliau berkata, ini kerana pihaknya mendapati ada pihak tertentu termasuk beberapa pertubuhan haram yang seakan-akan mengambil kesempatan dengan cuba menghidup dan menyebarkan sentimen mengenai ideologi itu melalui pelbagai cara.

Katanya, lebih mengejutkan apabila ada juga yang seakan cuba membangkitkan dan menyebarkan sentimen itu melalui parti-parti politik.

"Saya tidak dapat memaklumkan secara khusus tentang adanya gerakan untuk hidupkan ideologi komunis dalam negara, tetapi ada macam suatu usaha yang berbaur komunis yang cuba dihidupkan semula oleh beberapa badan yang tidak berdaftar dan ada juga yang mahu hidupkannya melalui parti politik," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini.

Sementara itu, mengulas hasrat pembelian Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang masih tertangguh, Ahmad Zahid berkata kementerian akan mengemukakan usul kepada kerajaan mengenai beberapa kaedah pakej pembelian yang tidak akan membebankan.

"Adalah lebih baik sekiranya Nuri dapat digantikan dengan yang baru, namun menyedari masalah kelembapan ekonomi global ketika ini, pemilikan aset baru itu mungkin boleh dilakukan menerusi kaedah pembelian yang akan dicadangkan nanti," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata sebagai menteri pertahanan yang paling "junior" di rantau ini beliau akan mengunjungi rakan-rakan sejawatannya bagi bertukar pandangan dan fikiran serta memperkukuhkan kerjasama pertahanan antara negara.

"Lawatan yang akan saya lakukan nanti bukan sekadar bertukar pandangan dan fikiran tetapi untuk memperkukuh pertahanan serantau. Perhubungan dengan negara lain perlu diperkukuhkan agar dalam apa keadaan sekalipun negara dapat siap siaga menghadapi apa jua keadaan," katanya. - Bernam

17 notifikasi kes H1N1 masih di wad isolasi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 notifikasi kes dimasukkan ke wad isolasi di enam buah Hospital Rujukan Influenza A (H1N1) untuk tujuan penyiasatan setakat jam 8 pagi hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata daripada kes itu, enam dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor; empat di Hospital Kuala Lumpur; tiga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; dua di Hospital Queen Elizabeth, Sabah; dan masing-masing satu kes di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

"Daripada 17 notifikasi itu, 10 telah sah bebas daripada jangkitan oleh ujian makmal dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sementara bakinya masih menunggu keputusan ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan ke sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 26 notifikasi baru kes Influenza A(H1N1) semalam, menjadikan jumlah kes yang dilaporkan kepada Bilik Pusat Kesiapsiagaan dan Bertindak Cepat (CPRC) sehingga jam 8 pagi ini sebanyak 269 kes.

Katanya, semua 26 yang diterima semalam disahkan bebas daripada jangkitan virus itu.

"Malaysia masih kekal dengan dua kes jangkitan seperti yang dilaporkan pada 15 dan 16 Mei lalu dan setakat ini tiada transmisi berlaku di negara ini," katanya.

Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut melaporkan dua lagi negara, iaitu Kuwait dan Iceland, mengesahkan jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan 46 buah negara terbabit dengan 12,566 kes yang disahkan seluruh dunia.

Kuwait dan Iceland masing-masing mengesahkan satu kes semalam.

Menurut WHO peningkatan kes berlaku dalam jangka masa 24 jam iaitu di Peru sebanyak lapan kes, Jepun (enam), United Kingdom (empat), Sepanyol (tiga), China (tiga), Hong Kong (dua), Australia, Filipina, Colombia dan Rusia masing-masing satu kes.

Tiada kematian baru dilaporkan dan kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) masih kekal pada 91 kes.

Dr Ismail berkata, dalam tempoh 24 jam sehingga jam 8 pagi ini, seramai 9,972 individu yang tiba dari negara terbabit melalui udara, air dan darat disaring, dengan tiga kes daripada jumlah itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Maklumat lanjut mengenai Influenza A(H1N1) boleh diperoleh di www.moh.gov.my. - Bernama

hancur hatiq.

Geramnyer... Geram tau!!!!!... Napa lah aq dipermainkan? Napew? Napew smua permpuan suka mempermainkan perasaan lelaki... Lebih baik aq hdup bersndirian klau begini aq dipermainkan... Napew kau men2 kan perasaan aq nie? Bp ex ko 2 wat kita cm nie. Bgus aq hdup bersendirian ... X ada yg bisa gnti tempat sayg kat atieq nie... :(

Napew syg wat aq cm nie.? Kata setia, tp smua 2 hnya ucapa kat bibir aje......

Kos tenaga buruh asing jejas industri sawit Sabah

SANDAKAN 25 Mei - Kebergantungan terhadap tenaga buruh asing menyebabkan industri kelapa sawit di negeri ini menanggung kos yang tinggi dalam operasi mereka, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Sehingga penghujung tahun lepas, katanya terdapat 525,000 pekerja asing dalam sektor perladangan di negara ini dan daripada jumlah itu 274,523 orang adalah pekerja asing di Sabah dan Sarawak.

"Di Sabah, terdapat ramai pekerja asing untuk industri kelapa sawit dari Indonesia dan kos untuk mendapatkan khidmat mereka adalah tinggi.

"Jika tidak ditangani, ia akan menjejaskan industri kepala sawit Sabah yang merupakan negeri terpenting dalam perusahaan itu di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur (EMPA) di sini hari ini.

Dialog itu turut dihadiri Pengerusi EMPA Othman Walat dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Mohd Basri Wahid.

Dompok berkata, masalah kos tinggi membabitkan buruh asing itu dikemukakan oleh EMPA dalam dialog itu bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh industri kelapa sawit Sabah.

Sehubungan itu, katanya beliau akan menyampaikan masalah itu kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian.

"Saya mendengar permasalahan mereka dan akan menyampaikannya kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah bagi mengenal pasti perkara yang mungkin perlu dikaji untuk menyelesaikannya.

"Kita tidak mahu pengambilan buruh asing dalam industri kelapa sawit akan menjejaskan industri itu di Sabah," katanya.

Dompok berkata, Sabah merupakan negeri utama dalam pengeluaran minyak kelapa sawit di Malaysia dengan keluasan tanaman kelapa sawit berjumlah 1.33 juta hektar iaitu 30 peratus daripada keseluruhan tanaman kelapa sawit di negara ini.

Menurutnya, Sabah juga mengeluarkan 3.24 peratus daripada jumlah keseluruhan minyak sawit mentah di negara ini dan menjadi pengeluar utama minyak sawit mentah Malaysia.

Ini bermakna negeri ini penting dalam perusahaan kelapa sawit negara dan masalah yang dihadapi oleh pihak yang terlibat dalam industri perlu ditangani dengan sebaik mungkin, katanya. - BERNAMA

RM2.2j naik taraf jalan Kg. Lingkungan Laut

BEAUFORT 25 Mei – Penantian lebih 20 tahun penduduk Kampung Lingkungan Laut untuk menikmati kemudahan jalan yang sempurna berakhir apabila kerajaan bersetuju memperuntukkan RM2.2 juta bagi menaik taraf jalan di kampung berkenaan.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, kerja-kerja menaik taraf jalan itu akan bermula sebaik majlis pelancaran semalam tamat dan dijangka siap akhir tahun ini.

Menurutnya, kerja menaik taraf jalan raya sejauh 1.9 kilometer (km) adalah bertujuan menyelesaikan masalah penduduk di situ yang sekian lama menghadapi jalan yang tidak berturap.

“Keputusan kerajaan untuk menaik taraf jalan raya kampung itu juga bukti kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembangunan di seluruh kawasan termasuklah di luar bandar.

“Dengan adanya jalan raya ini akan memudahkan penduduk di situ untuk memulakan kehidupan yang lebih selesa dan memberi manfaat kepada penduduk di situ,” katanya selepas melakukan upacara pecah tanah projek naik taraf jalan kampung berkenaan semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Kamarlin Ombi; Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Aliamat Zamzam dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan, Ahmad Mumin.

Sapawi berkata, selain menaik taraf jalan raya, kerajaan juga akan melaksanakan projek infrastruktur lain seperti menyediakan bekalan elektrik dan air tidak lama lagi.

Sabah sasar keluar ikan 1.4j tan 2010

KOTA KINABALU 25 Mei - Kerajaan menyasarkan pengeluaran ikan di negeri ini meningkat kepada 1.4 juta tan tahun depan berbanding kira-kira hanya 200 tan yang dianggarkan tahun ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan pengenalan Sistem Ramalan Perikanan di negeri ini.

"Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta bagi melaksanakan projek ini yang akan dilaksanakan pada 2010.

"Pelaksanaan sistem berkomputer yang boleh menjana maklumat kawasan perikanan bagi menjalankan operasi menangkap ikan pada satu-satu masa ini diwujudkan menerusi kerjasama LKIM dan MIMOS Berhad (Mimos)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian pembangunan Sistem Ramalan Perikanan antara LKIM dan Mimos di sini semalam.

Menurut Abdul Rahim, kaedah penangkapan ikan menggunakan teknologi moden itu akan memberi manfaat jangka panjang kepada industri perikanan di negeri ini.

Selain itu, katanya, sistem itu juga lebih menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan bahan api.

"Sistem ini memaparkan maklumat keadaan laut yang dijana dari satelit untuk menghasilkan suhu permukaan laut dan klorofil.

"Selepas melalui beberapa proses termasuk model daripada data-data lama, maklumat kawasan yang baik untuk menangkap ikan pada setiap hari atau minggu dapat dikeluarkan oleh komputer bagi kemudahan para nelayan," ujarnya.

H1N1: Puerto Rico lapor kes pertama

SAN JUAN, Puerto Rico: Puerto Rico melaporkan kes pertama selesema babi semalam, menjadikan ia negara kepulauan Caribbean kedua selepas Cuba mengesahkan kehadiran virus itu.

Ujian makmal mengesahkan seorang lelaki berusia 39 tahun dijangkiti penyakit itu.

Lelaki berkenaan yang identitinya dirahsiakan pihak berkuasa dijangkiti virus itu semasa pelayaran di timur Caribbean.

Tiada butiran diberikan berhubung kapal persiaran terbabit tetapi lelaki berkenaan belayar bersama keluarganya.

Pesakit terbabit kini semakin pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan lebih 12,000 kes selesema babi dikesan di seluruh dunia sehingga semalam dengan lebih separuh di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangan 91 kematian dicatatkan di seluruh dunia. - AP

Malaysia bimbang kemampuan nuklear Pyongyang

KUALA LUMPUR: Malaysia bimbang dengan kemampuan nuklear Korea Utara dan berharap rundingan enam pihak dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat menangani isu itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tindakan Pyongyang menjalankan ujian senjata nuklear kali kedua semalam itu boleh meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea dan membabitkan Asia Timur.

"Ia tidak wajar berlaku kerana boleh wujud ketidakstabilan di Semenanjung Korea," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Sabah & Sarawak: Tambunan mampu jadi pengeluar halia terbesar negara: Pairin

TAMBUNAN: Pengeluaran halia di daerah ini sudah menembusi pasaran peringkat kebangsaan apabila berupaya mampu memenuhi kira-kira 30 peratus permintaan keseluruhan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan, berkata sebahagian besar kawasan di Tambunan dan di seluruh negeri berpotensi besar serta sesuai dijadikan kawasan penanaman halia secara komersial.

Katanya, ia terbukti apabila program penanaman halia di beberapa kampung di daerah itu mula mengeluarkan hasil dan sedia dipasarkan.

"Kerajaan sentiasa menggalakkan penduduk mengusahakan tanaman halia kerana kesesuaian tanah di seluruh daerah wajar dimanfaatkan.

"Ini ditambah dengan keadaan tanaman itu yang mengambil masa singkat untuk mengeluarkan hasil,” katanya selepas merasmikan Pesta Kaamatan peringkat mukim dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Angor dan lebih 2,000 masyarakat pelbagai kaum.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, potensi sektor pertanian di Tambunan boleh diperluaskan merangkumi padi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Rakyat harus berusaha mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menceburi bidang pertanian, ternakan dan pelancongan ke arah memantapkan taraf hidup," katanya.

Beliau turut menasihatkan petani di daerah itu supaya menanam padi dua kali setahun kerana kapasiti semasa pengeluaran beras Tambunan hanya menyumbang enam peratus daripada keperluan beras di Sabah.

Kawasan sawah yang luas wajar digunakan untuk tujuan penanaman padi secara komersial dan kerajaan sedia membantu menerusi Jabatan Pertanian.

"Saya yakin jika petani menyahut seruan kerajaan untuk menanam padi dua kali setahun, jumlah pengeluaran beras kita mampu mencapai 12 peratus daripada keperluan.

"Langkah ini juga akan meningkatkan pendapatan petani, sekali gus membantu kerajaan mengurangkan import beras," katanya.

Sabah & Sarawak: Agropolitan Kota Belud berdepan masalah tapak

Tanah rizab padang ragut miliki geran hak individu

KOTA BELUD: Projek Agropolitan Kota Belud berdepan masalah tapak berikutan seluas 364 hektar tanah rizab padang ragut yang bakal dimajukan untuk projek membasmi kemiskinan tegar itu sudah memiliki geran atas nama individu tertentu.

Jurucakap Pejabat Daerah Kota Belud yang enggan namanya disiarkan berkata, mengikut Ordinan Tanah Sabah, tapak berkenaan tidak boleh dipindah milik bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan rakyat dalam bidang penternakan seperti lembu pedaging dan tenusu serta kambing.

"Kita akan berunding dengan individu terbabit untuk melucutkan haknya mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan Ordinan Tanah Sabah dan berharap beliau akur dengan ketetapan Ordinan itu," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Selasa lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mengumumkan lima projek Agropolitan bernilai RM370 juta akan dilaksanakan di negeri ini tahun ini dan tahun depan melalui program Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang mensasarkan 5,500 Ketua Isi rumah Miskin Tegar (KIRMT).

Projek Agropolitan Kota Belud di Kuala Pintasan dan Kampung Rosok/Surun memfokuskan penanaman getah dan penternakan lembu tenusu serta pedaging bernilai RM70 juta di tapak seluas 800 hektar yang akan dilaksanakan tahun ini.

Kerja awal pengukuran primeter dan kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Jurucakap itu berkata, selain pemilikan geran oleh individu, ada pihak mengusahakan tanah berkenaan untuk penanaman kelapa sawit yang menyalahi undang-undang tanah rizab padang ragut.

"Ini menambah masalah dan kita akan berunding dengan pihak terbabit serta berharap mereka mematuhi arahan mengosongkan tapak itu bagi membolehkan pelaksanaan Agropolitan Kota Belud, bertujuan membantu membasmi kemiskinan tegar," katanya.

Mengenai kebimbangan lebih 2,000 penduduk Kampung Labuan dan Wakap di sini berhubung tanah rizab padang ragut di Kuala Pintasan yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada mereka akan dilucut hak berikutan pelaksanaan Agropolitan Kota Belud untuk penternakan lembu, jurucakap itu berkata, kawasan berkenaan bukan dalam kawasan projek.

"Mereka boleh mengusahakan tanah itu bagi menjadikan Kuala Pintasan pusat penternakan haiwan ruminan terbesar di Sabah pada masa depan, sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat dan mengurangkan pergantungan kerajaan negeri kepada pengimportan daging," katanya.

H1N1: 3 lagi kematian di Mexico

BANDARAYA MEXICO: Tiga lagi kematian terbaru dilaporkan di Mexico menjadikan semua 83 orang semalam dengan 4,458 kes dijangkiti akibat virus Influenza A (H1N1).

Kementerian Kesihatan Mexico melaporkan jumlah yang dijangkiti meningkat daripada 4,094 orang Jumaat lalu kepada 4,458 semalam, membabitkan semua 32 negeri di negara itu. - AFP

H1N1: Kematian kedua di Kanada

OTTAWA: Seorang lelaki berusia 44 tahun menjadi korban kedua akibat wabak Influenza A (H1N1) di Kanada, dengan 805 kes dijangkiti di negara itu setakat ini.

Pemangku Ketua Pegawai Perubatan Ontario, David Williams, berkata mangsa meninggal dunia Sabtu lalu selepas berada dalam keadaan kronik ketika mendapatkan rawatan.

Ujian makmal dilakukan sehari kemudian mengesahkan mangsa mati akibat dijangkiti virus H1N1 .

Kematian pertama akibat H1N1 di Kanada membabitkan seorang wanita dari barat Alberta, bulan lalu. - AFP