Followers

Sunday, August 2, 2009

Gempa bumi kecil berlaku di tenggara AS

02/08/2009 2:38am

DUCKTOWN, Tennessee 2 Ogos - Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi kecil telah berlaku di kawasan pergunungan di tenggara Tennessee, barat North Carolina dan utara Georgia.

Gegaran berkekuatan 3.2 magnitud itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi (waktu Malaysia).

Ia berpusat kira-kira 89 kilometer di timur Chattanooga, berhampiran bandar Ducktown.

Tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan sehingga kini tetapi agensi itu menerima laporan bahawa gegaran dirasai sehingga ke Gainesville, Georgia kira-kira 100 kilometer ke selatan.

- AP