Followers

Friday, June 18, 2010

Piala Dunia: Jerman 0, Serbia 1

TENDANGAN penalti pemain Jerman, Lukas Podolski (kanan), berjaya diselamatkan penjaga gol Serbia, Vladimir Stojkovic (tengah), dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto AP
TENDANGAN penalti pemain Jerman, Lukas Podolski (kanan), berjaya diselamatkan penjaga gol Serbia, Vladimir Stojkovic (tengah), dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto AP
PORT ELIZABETH, Afrika Selatan: Serbia menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, sebentar tadi.

Gol dijaringkan Milan Jovanovic pada minit ke-38, seminit selepas pemain Jerman, Miroslav Klose dibuang padang.
Jerman mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila Lukas Podolski gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60.

Piala Dunia: Afrika Selatan 1 Mexico 1


PEMAIN tengah Afrika Selatan, Steven Pienaar (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Mexico, Ricardo Osorio pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. - Foto AFP
PEMAIN tengah Afrika Selatan, Steven Pienaar (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Mexico, Ricardo Osorio pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. - Foto AFP
Keputusan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico sebentar tadi berkesudahan seri 1-1.

Gol Afrika Selatan diperoleh menerusi Tshabaala pada minit ke-55 dan gol penyamaan Mexico oleh Marquez (m-79).

Piala Dunia: Serbia mendahului Jerman 1-0

PEMAIN tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger (kiri), cuba merampas bola daripada pemain tengah Serbia, Milan Jovanovic, dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto AFP
PEMAIN tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger (kiri), cuba merampas bola daripada pemain tengah Serbia, Milan Jovanovic, dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto AFP
PORT ELIZABETH, Afrika Selatan: Serbia mendahului Jerman 1-0 pada perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, yang sedang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay.

Gol dijaringkan Milan Jovanovic pada minit ke-38, seminit selepas pemain Jerman, Miroslav Klose dibuang padang.

Piala Dunia: Slovenia mendahului AS 1-0

JOHANNESBURG, Afrika Selatan: Slovenia mendahului Amerika Syarikat 1-0 pada perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010, yang sedang berlangsung di Stadium Ellis Park.

Gol dijaringkan Valter Birsa pada minit ke-13,

Piala Dunia: Jerman 0, Serbia 1 (separuh masa pertama)

MILAN Jovanovic (kiri) merembat untuk gol kemenangan Serbia ketika menentang Jerman dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto Reuters
MILAN Jovanovic (kiri) merembat untuk gol kemenangan Serbia ketika menentang Jerman dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto Reuters
PORT ELIZABETH, Afrika Selatan: Serbia mendahului Jerman 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay.

Gol dijaringkan Milan Jovanovic pada minit ke-38, seminit selepas pemain Jerman, Miroslav Klose dibuang padang.

UTM hasilkan CCTV mampu rakam dalam gelap

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej yang jelas dan tepat walaupun beroperasi dalam keadaan gelap.
Sistem yang dicipta oleh kumpulan penyelidikan fotogrametri dan pengimbasan laser, yang diketuai Profesor Dr Zulkepli Majid dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi mampu menjadi sistem pengawasan jenayah yang terbaik.
Hasil idea seorang penyelidik dalam kumpulan 16 orang itu, Mohd Farid Mohd Ariff, 30, adalah gabungan teknologi pengimejan moden dan bidang geomatik.
"Sistem ini membabitkan tiga komponen utama iaitu komponen kutipan data secara luar talian (offline) dan dalam talian (online), komponen penentukuran ruang dan komponen pemprosesan data," katanya di universiti itu di Skudai, hari ini.

Zulkepli berkata, kamera yang digunakan menggabungkan tiga teknologi pengimejan digital iaitu kamera video resolusi tinggi, penapis inframerah dan peranti tiga dimensi (3D) yang mampu merakam imej 3D dalam keadaan terang atau gelap.

Komponen penentukuran ruang pula adalah peranti penentukuran 3D yang digunakan untuk menentukuran ruang yang akan direkod CCTV.

Komponen pemprosesan data membuat pengenalpastian imej dengan kaedah fotogrametri yang dapat memberikan ukuran yang tepat dan cepat subjek dari sudut fizikal seperti ketinggian, keadaan dan bentuk wajah.
Zulkepli berkata, kajian bagi sistem itu mengambil masa dua tahun dan sudah diuji keberkesanannya dalam setiap sudut.

Kos pasaran sistem CCTV itu adalah RM60,000, dan walaupun lebih mahal berbanding kamera CCTV biasa, keupayaannya untuk memberikan imej dengan cepat dan tepat adalah lebih penting, katanya.

"Kita sekarang cuba untuk mengkomersialkan sistem CCTV ini," katanya. - Bernama

RMKe-10: Kerajaan peruntukkan hingga RM91 bilion bagi 2011 hingga 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan antara RM90 bilion dan RM91 bilion bagi perbelanjaan untuk dua tahun pertama Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kata Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad.
"Apa yang kita umumkan untuk RMK-10 dulu adalah lebih kepada hala tuju strategik dan dasar. Kami kini menyediakan belanjawan dan mensasarkan antara RM90 hingga RM91 bilion untuk tempoh 2011-2012," katanya.
Dalam peruntukan RM230 bilion untuk RMK-10, beliau berkata, belanjawan dan perancangan akan lebih mengikut keadaan semasa dan relevan sepanjang pelaksanaan pelan dua tahun.
Kesemua kementerian akan menerima peruntukkan masing-masing sekali dalam dua tahun.

Ia berbeza daripada amalan sebelum ini di mana kementerian menerima keseluruhan peruntukan untuk lima tahun.

"Kita memerlukan strategi baru untuk memulihkan semula ekonomi. Keadaan ekonomi sekarang tidak sama dengan tahun 2005 (RMK-9), yang mana ekonomi sangat baik.

"Untuk RMK-10, kita sudah tukar strategi, yang mana kita buat pelan dua tahun dan kita hanya memperuntukkan sumber untuk dua tahun. Kenapa? Kerana kita lihat projek kita boleh disiapkan dalam masa 18 hingga 24 bulan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan: Model Baru Ekonomi, Globalisasi dan Pengguna Malaysia di sini, hari ini.
Noriyah berkata, peruntukkan akan diberikan bagi projek yang sudah dijalankan.

"Dalam RMK-10 kita juga tidak akan lagi menumpukan kepada pembinaan bangunan-bangunan. apa yang kita mahu ialah infrastruktur lain seperti dana serta penyelidikan dan pembangunan.

"Contohnya, untuk meningkatkan modal insan, daripada kita membina pusat latihan yang memakan masa yang lama, adalah lebih baik kita menghantar tenaga kerja untuk dilatih di institusi latihan awam dan swasta yang sedia ada," katanya dan menambah bahawa ia adalah satu cara yang akan membantu menjana perniagaan untuk sektor swasta.

"Dengan ini, kita tidak perlu mengambil lebih banyak guru dan pelatih dan ini memberi peluang kepada pihak swasta untuk berkembang maju," jelas beliau.

Terdahulu dalam ucapannya, Noriyah berkata, antara cabaran utama RMK-10 ialah merangsang pelaburan sektor swasta untuk berkembang pada 12.8 peratus setahun atau RM115 bilion. - Bernama

Gempa 6.3 magnitud landa utara Jepun

TOKYO: Gempa bumi kuat 6.3 magnitud melanda Lautan Pasifik di utara Jepun sebentar tadi tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa berlaku di kedalaman 58 kilometer jam 11.23 pagi waktu tempatan (0223 GMT) di perairan Selatan Kepulauan Kuril, pulau yang dikawal Russia dan juga dituntut Jepun, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Agensi Meteorologikal Jepun berkata, setakat ini tiada amaran ancaman tsunami dikeluarkan.
Akibat gempa itu, gegaran sederhana dilaporkan berlaku di utara Kepulauan Hokkaido tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan. - AFP

Mexico kejutkan Perancis 2-0 di Piala Dunia


PENYERANG Mexico, Javier Hernandez (atas) memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pertama perlawanan Perancis menentang Mexico saingan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Mexico, Javier Hernandez (atas) memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pertama perlawanan Perancis menentang Mexico saingan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, awal pagi tadi. - Foto AFP


POLOKWANE: Pemain simpanan, Javier Hernandez dan Cuauhtemoc Blanco masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan Mexico mengejutkan juara Piala Dunia 1998, Perancis untuk menang bergaya 2-0 di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi.

Hernandez yang menerima hantaran cantik daripada Rafael Marquez bijak memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pada minit ke-64. Ketika Perancis berusaha untuk bangkit semula, pemain Mexico, Blanco berjaya menjadikan kedudukan 2-0 selepas Mexico dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74.
Mexico kini mengumpul empat mata bersama-sama Uruguay manakala Perancis dan Afrika Selatan masing-masing satu mata tetapi masih berpeluang untuk ke peringkat seterusnya. - AP