Followers

Friday, May 29, 2009

389,129 pendatang ditahan di Sabah sejak 1990

KOTA KINABALU: Seramai 389,129 pendatang tanpa izin ditangkap di Sabah bagi tempoh 1990 hingga tahun lalu dan 315,752 daripada mereka telah dihantar pulang ke negara asal, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman.

Katanya, kejayaan itu menunjukkan kerajaan tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada pendatang tanpa izin untuk memasuki Sabah secara haram.

"Sebaliknya kerajaan telah melancarkan operasi membanteras pendatang tanpa izin secara berterusan dan menyeluruh, dan dengan kerjasama semua pihak, tindakan bersepadu semua agensi penguatkuasa terbukti berjaya dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai operasi besar-besaran memburu pendatang tanpa izin yang dilancarkan sejak Ogos tahun lalu, Sukarti berkata sejak itu 24,269 pendatang tanpa izin yang kebanyakannya warga Filipina diberkas dan ditempatkan di beberapa Pusat Tahanan Sementara di seluruh negeri.

Katanya, 19,151 dihantar pulang ke negara asal manakala selebihnya sedang menjalani hukuman penjara setelah disabit kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Sukarti yang juga ketua operasi bersepadu itu berkata, bagi tahun ini sebanyak 13 operasi telah dilakukan yang menyaksikan 14,286 orang asing diperiksa dan 6,045 daripada mereka ditahan.

Operasi bersepadu dan operasi harian itu akan berterusan sehingga 31 Disember tahun ini. - Bernama

Influenza A: 14 kes disiasat

PUTRAJAYA: Bilik Pusat Kesiapsiagaan dan Bertindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, menerima notifikasi sebanyak 14 kes yang dimasukkan ke wad isolasi di tiga buah Hospital Rujukan Influenza A (H1N1) bagi tujuan penyiasatan, sehingga pukul 8 pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata daripada jumlah itu 10 disahkan negatif manakala empat lagi masih menunggu keputusan.

"Sehingga kini, sebanyak 310 kes dimasukkan ke wad isolasi untuk penyiasatan di mana 304 disahkan negatif dan dua disahkan positif.

"Dua kes positif adalah seperti yang dilaporkan pada 15 dan 16 Mei lalu," katanya di dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tujuh orang yang diletakkan di bawah kuarantin rumah, berada dalam keadaan sihat dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kementerian.

Ismail berkata, dua daripadanya kontak kepada kes yang disahkan di Taiwan pada 24 Mei lalu, dikuarantin sehingga Ahad ini manakala lima individu merupakan kontak kepada kes di Singapura pada 26 Mei lalu dikuarantin sehingga Selasa ini.

Beliau berkata, Malaysia bebas daripada penularan influenza A (H1N1) dan pelawat luar negara serta penduduk Malaysia tidak perlu bimbang kerana negara ini selamat daripada jangkitan penyakit itu.

Dr Mohd Ismail berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sehingga pukul 8 pagi ini, jumlah negara terbabit masih kekal seperti semalam iaitu 50 buah.

Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 101 kes baru dilaporkan di seluruh dunia menjadikan jumlah keseluruhan kes Influenza A (H1N1) disahkan melalui ujian makmal sehingga kini ialah sebanyak 14,772 kes.

Peningkatan berlaku di empat negara iaitu Australia (80), China (5); Hong Kong (3), Jepun (4) dan Republik Korea (12). Tiada kematian baru dilaporkan, mengekalkan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 96.

Ismail berkata, dalam tempoh sama, seramai 22,620 individu yang tiba dari negara disaring dan daripada jumlah itu, 20,876 (92.3 peratus) disaring di pintu masuk udara, 634 (2.8) di pintu masuk laut dan 1,110 (4.9) di pintu masuk darat.

"Sebanyak satu kes yang dikesan di pintu masuk udara telah dirujuk ke hospital rujukan untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, sehingga jam 8 pagi ini, kumulatif penumpang yang disaring di semua pintu masuk adalah seramai 244,315 orang, dan daripada jumlah itu, 196,992 (80.6 peratus) disaring di pintu masuk udara; 13,488 (5.5) di pintu masuk laut dan 33,835 (13.8) di pintu masuk darat.

"Daripada jumlah tersebut, 56 orang dirujuk ke Hospital Rujukan Influenza A (H1N1) bagi tujuan penyiasatan," katanya. - Bernama

Happy Birthday Sayang

Sok hari jdi, awek aq yg ke berapa yer... Emm... 15 thun.. Jgan mrahh. I lv u sayang. Tp sayangnyer, hubby x dapat smbut hari jdi sayang 2 bab saya bzy gan latihan bola tampar... Awek aq nie active ckit.. Ahai.... Bila lah aq dapat smbut birthday nyer bersama2.. Smua plan nak smbut birthdynyer x menjadi.. Sedih nyer.. Tp x apa, hubby doakan sayang chat sentiasa. Lebih stia kat hubby... I lv u 4ever sayang. Mmmmmmuuuahhh!!!

Singapura sahkan 3 lagi kes selesema babi

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura semalam mengesahkan tiga lagi dijangkiti selesema babi, sehari selepas mengumumkan kes pertama.

Dalam satu kenyataan lewat semalam, ia berkata dua penduduk tempatan dan pelancong Amerika Syarikat (AS) diuji positif selesema babi selepas tiba dengan penerbangan dari AS.

Ketiga-tiga pesakit terbabit dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Pusat Penyakit Berjangkit.

Singapura sudah mengesahkan empat kes selesema babi. - AP