Followers

Saturday, January 23, 2010

Kerajaan umum harga 11 barangan kawalan 3 Februari

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan penetapan harga bagi 11 barang kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina pada 3 Febuari ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata senarai kali ini juga merangkumi daging babi selain barangan lain yang popular semasa perayaan itu seperti telur, ayam dan ikan bawal putih.

"Tempoh kawalan harga juga akan dilanjutkan daripada kelaziman 10 hari kepada 12 hari kali ini, kerana pada hari kesembilan selepas Tahun Baru Cina adalah perayaan Thni Koh Seng yang lagi besar sambutannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk kedua-dua perayaan itu mencukupi. - Bernama

Kerajaan Haiti tamatkan operasi cari mangsa gempa

GENEVA (Switzerland): Kerajaan Haiti hari ini menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi selepas kira-kira 132 orang yang masih hidup berjaya dikeluarkan di celah runtuhan.

“Kerajaan Haiti isytiharkan operasi mencari dan menyelamat ini ditamatkan," lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Daripada 132 mangsa yang ditemui hidup ialah terbaru seorang nenak bersia 84 tahun dan seorang lelaku berusia 22 tahun yang ditemui di celah bangunan yang runtuh.

Mereka kini dirawat di hospital di ibu negara itu selepas 10 hari gempa kuat 7.0 magnitud Haiti. - AFP

4 lelaki ditahan disyaki bakar surau di Muar

Polis menahan empat lelaki berumur antara 16 hingga 28 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu. - Bernama

PM, isteri beri penghormatan terakhir

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Istana Besar di sini jam 11.27 pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Iskandar.

PM Singapura antara kenamaan luar negara beri penghormatan




JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Istana Besar di sini, sebentar tadi, menjadi antara orang kenamaan luar negara yang pertama beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Johor.

Tun Dr Mahathir, isteri beri penghormatan terakhir

JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah tiba di Istana Besar, jam 11.04 pagi tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau tiba dengan memakai baju Melayu putih lengkap bersamping hitam manakala isterinya berbaju kurung dan tudung serba putih.

Lebih 10,000 rakyat jelata banjiri Istana Besar beri penghormatan terakhir

JOHOR BAHRU: Lebih 10,000 rakyat jelata membanjiri Istana Besar di sini, sejak jam 9 pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat, malam tadi.

Pemangku Raja, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofea berangkat tiba di Istana Besar jam 9.15 pagi.

Tunku Ibrahim bersama kerabat diraja kemudian bersama membawa masuk jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar ke dalam istana jam 9.30 pagi untuk memboleh rakyat jelata memberi penghormatan terakhir sehingga jam 10.30 pagi ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam tadi, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi.

"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari," katanya.

Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, jam 2 petang.

Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.

Bagi lain bangsa dan agama, Abdul Ghani berkata mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya. Abdul Ghani berkata bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.

Beliau berkata bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya.

Angka korban gempa Haiti lebih 110,000 orang

PORT-AU-PRINCE: Lebih 110,000 orang kini disahkan terbunuh akibat gempa bumi yang melanda Haiti minggu lalu, lapor Kementerian Dalam Negeri, semalam.

Angka korban itu sekali gus adalah rekod kematian terbesar akibat gempa bumi di benua Amerika.

Kementerian berkenaan menyebut angka kematian akibat gempa 7.0 magnitud dan terkuat sejak 160 tahun pada 12 Januari itu ialah 111,499 orang.

Sebelum ini kerajaan menganggarkan kehilangan nyawa akibat gempa itu sekitar 75,000 orang.

Kenyataan semalam menyebut, 193,891 orang disahkan cedera manakala lebih 609,000 orang lagi kini terpaksa mendiami 500 kem sementara dengan lebih 500,000 lagi hilang tempat tinggal.

Pegawai kerajaan Haiti memberitahu jumlah kematian mungkin akan mencecah sehingga 200,000 orang. - AFP