Followers

Thursday, June 17, 2010

Piala Dunia: Argentina 4, Korea Selatan 1

PEMAIN Argentina, Gonzalo Higuain (kanan) menolak bola ke gawang Korea Selatan dan melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa 4-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang berlangsung di Soccer City. - Foto Reuters

JOHANNESBURG: Argentina menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Soccer City, sebentar tadi.

Argentina mendahului menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-17 sebelum Gonzalo Higuain menambah gol kedua pada minit ke-33.
Lee Chung-yong merapatkan jurang menerusi gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Namun, Higuain mengembalikan kelebihan dua gol untuk Argentina menerusi jaringan pada minit ke-76.

Empat minit kemudian, Higuain melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa.

Piala Dunia: Argentina mendahului Korea Selatan 4-1

JOHANNESBURG: Argentina mendahului Korea Selatan 4-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang berlangsung di Soccer City.

Argentina mendahului menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-17 sebelum Gonzalo Higuain menambah gol kedua pada minit ke-33.
Lee Chung-yong merapatkan jurang menerusi gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Namun, Higuain mengembalikan kelebihan dua gol untuk Argentina menerusi jaringan pada minit ke-76.

Empat minit kemudian, Higuain melengkapkan hatrik untuk Argentina mendahului selesa 4-1.

Piala Dunia: Argentina mendahului Korea Selatan 2-1

<strong>PEMAIN Argentina, Gonzalo Higuain (kanan) menanduk masuk ke gawang Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010. - Foto AP</strong>
JOHANNESBURG: Argentina mendahului Korea Selatan 2-1 pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Soccer City.

Park Chu-young menjaringkan gol sendiri pada minit ke-17 dan Gonzalo Higuain menambah gol kedua Argentina pada minit ke-33.
Namun, Lee Chung-yong merapatkan jurang menerusi gol pada masa kecederaan.

Piala Dunia: Argentina mendahului Korea Selatan 1-0

JOHANNESBURG: Argentina mendahului Korea Selatan 1-0 menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-16 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang sedang berlangsung di Soccer City.

Wanita potong kemaluan suami curang

NEW DELHI: Seorang wanita yang marah kerana suaminya berlaku curang telah memotong kemaluan lelaki itu sebagai satu pengajaran, demikian menurut laporan media tempatan hari ini.
Kejadian berlaku di daerah Bholath di Punjab pada Selasa apabila wanita itu, yang dikenali sebagai Baby, telah memasukkan ubat pelali dalam minuman keras yang dihidangkan kepada suaminya, Jaspal Singh.
Pada malam itu, wanita berkenaan memotong kemaluan suaminya dan kemudian melaporkan kepada polis.
Timbalan Penguasa Polis Bholath, Mohinder Singh, berkata doktor berjaya menjahit semula kemaluan Jaspal Singh tetapi keadaannya dilaporkan masih serius.

Polis telah menahan Baby dan akan mendakwanya dengan tuduhan cuba membunuh.
Pasangan itu mempunyai tiga anak tetapi rumah tangga mereka dikatakan mengalami masalah disebabkan kecurangan lelaki itu. - BERNAMA

Amaran angin kencang, laut bergelora di utara Semenanjung

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di perairan utara Semenanjung bermula esok sehingga Selasa depan.
Menurut kenyataan jabatan itu angin kencang barat laut dengan kelajuan antara 40 dan 50 kilometer (km) sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Langkawi, Perlis, utara Kedah, Phuket serta Condore.
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil serta kegiatan rekreasi dan sukan laut, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Piala Dunia 2010: Afrika Selatan 0 , Uruguay 3

ALVARO Pereira (kanan), menyumbat gol ketiga Uruguay, melepasi penjaga gol Afrika Selatan, Moeneeb Joseph, dalam perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010, di Stadium Loftus Verfeld, Tashwane, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto Reuters

PRETORIA (Afrika Selatan): Uruguay mengejutkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi.

Penyerang Uruguay, Diego Forlan meledakkan tendangan kencang dari jarak 25 meter bagi menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, padaminit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.
Pada minit ke-80, Uruguay dianugerahkan sepakan penalti dan Forlan sekali lagi menyempurnakan peluang itu dengan merembat kencang ke arah sebelah kanan atas pintu gol lawan.
Gol ketiga Uruguay dijaringkan Alvaro Pereira pada masa kecederaan, iaitu minit ke-95.

Perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung awal pagi tadi turut menyaksikan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune dibuang padang selepas didakwa menjatuhkan pemain Uruguay di dalam kotak penalti.

Uruguay kini sudah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan kumpulan itu, manakala Afrika Selatan hanya mempunyai satu mata dan perlu menewaskan Perancis Selasa depan bagi memastikan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Piala Dunia 2010.

Piala Dunia 2010: Afrika Selatan 0 , Uruguay 1 (separuh masa pertama)

PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (kiri), cuba melepasi pemain tengah Afrika Selatan, Teko Modise (kanan), dalam perlawanan Kumpulan A, separuh masa pertama, Kejohanan Bola sepak Piala Dunia, di Stadium Loftus Verfeld, Tshwane, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto AFP
PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (kiri), cuba melepasi pemain tengah Afrika Selatan, Teko Modise (kanan), dalam perlawanan Kumpulan A, separuh masa pertama, Kejohanan Bola sepak Piala Dunia, di Stadium Loftus Verfeld, Tshwane, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto AFP
PRETORIA (Afrika Selatan): Uruguay mengejutkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi.

Penyerang Uruguay, Diego Forlan meledakkan tendangan kencang kaki kanan dari jarak 25 meter bagi menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, padaminit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.