Followers

Monday, August 16, 2010

Isu muflis: Felda fail saman RM200 juta

KUALA LUMPUR: Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings sebentar tadi memfailkan saman malu RM200 juta terhadap enam defendan berikutan penyiaran artikel "Felda Muflis" dalam akhbar Suara Keadilan.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini jam 3.11 petang tadi yang menamakan antara defendan berkenaan ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali, pencetak dan penerbit Suara Keadilan.
Saman itu difailkan peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda.

Gempa 5.8 magnitud landa Papua New Guinea

PELABUHAN MORESBY: Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud melanda negara Pasifik, Papua New Guinea awal hari ini tetapi tiada amaran tsunami dilaporkan.
Gempa berlaku jam 1.09 pagi waktu tempatan (1509 GMT) dengan pusat gegaran di semenanjung barat Pulau New Britain, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). - AFP

Gempa kuat bermagnitud 6.3 gegar Laut India

WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Ritcher menggegarkan sebuah kawasan di Lautan India, iaitu timur Mauritius, hari ini.

Agensi Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata pusat gempa itu dikesan 320 kilometer timur laut Pulau Rodrigues dalam kejadian 3.30 pagi (waktu tempatan) dan 901 kilometer timur-timur laut Port Louis, ibu kota Mauritius.
Tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa diterima setakat ini.
Pada awalnya, agensi berkenaan merekodkan gegaran pada magnitud 5.8, tetapi selepas dinilai semula ia mencatatkan peningkatan.

Bacaan berdasarkan skala Magnitud Semasa, yang mana digunakan di kalangan ahli seismologi AS, yang mengukur kawasan yang terbabit dengan kerosakan dan jumlah keseluruhan tenaga yang dikeluarkan. - AFP