Followers

Wednesday, May 27, 2009

Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia - Najib

PUTRAJAYA 27 Mei — Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetap di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara. - Bernama

Ujian nuklear: Pyongyang ingkari kecaman dunia

SEOUL: Korea Utara terus mengingkari kecaman dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan ujian nuklear terbarunya dan ujian pelancaran dua peluru berpandu jarak dekat di luar perairan timurnya semalam, selain menuduh Amerika Syarikat cuba berkomplot terhadap kerajaannya.

Dalam langkah yang sudah pasti akan menegangkan lagi keadaan di rantau berkenaan, Korea Selatan berkata ia akan menyertai inisiatif diketuai AS untuk memintas kapal yang disyaki membawa senjata pemusnahan besar, langkah yang dilihat oleh Pyongyang sebagai pengisytiharan perang.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, memetik sumber kerajaan di Seoul sebagai berkata, Korea Utara melepaskan tembakan peluru berpandu dari darat ke udara dan satu lagi dari darat ke kapal di luar pesisiran pantainya di timur semalam.

Peluru berpandu itu mempunyai kemampuan untuk mencapai jarak sejauh kira-kira 130 kilometer.

Ujian nuklear kelmarin, yang kedua oleh Korea Utara selepas 2006, menimbulkan kecaman daripada kuasa serantau, sementara Presiden Barack Obama menyifatkan program bom atom Pyongyang itu sebagai ancaman kepada keselamatan antarabangsa.

Langkah menunjukkan kekuatan tentera itu memberi kesan kepada pasaran kewangan Seoul yang goyah, akibat kebimbangan mengenai sikap Korea Utara.

Obama memberi jaminan kepada Presiden Lee Myung-bak dari Korea Selatan mengenai komitmen tidak berbelah bagi Washington untuk mempertahankan semenanjung berkenaan yang sudah lama dipisahkan. - AP/Reuters

H1N1: Kes pertama disahkan di Singapura

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 22 tahun yang baru pulang dari New York disahkan positif menghidap Influenza A (H1N1), kes pertama di republik itu, hari ini.

"Singapura mengesahkan kes pertama H1N1 hari ini," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Warga Singapura itu berlepas ke New York 14 Mei lalu dan kembali 24 Mei menggunakan pesawat Singapore Airlines. - AFP

Hampir 13,000 dijangkiti H1N1

GENEVA 26 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menyatakan hampir 13,000 orang telah disahkan dijangkiti influenza A (H1N1) atau selesema babi namun bilangan negara yang dilaporkan mempunyai kes kekal pada 46 buah.

Dalam angka terbaru dengan bilangan kes yang kurang daripada laporan peringkat negara namun dianggap lebih tepat, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengesahkan bahawa 12,954 jangkitan telah dicatatkan dan 92 maut.

Mexico adalah negara paling teruk dilanda wabak dengan 80 kematian dicatatkan diikuti Amerika Syarikat (AS) dengan 10 kematian, dan Costa Rica dan Kanada masing-masing satu kematian.

WHO dalam kenyataannya menegaskan, virus bawaan udara itu kini dikesan di semua benua dunia kecuali Afrika yang masih belum melaporkan walau satu kes pun. Kes-kes di luar Amerika Utara setakat ini adalah Jepun, Britain dan Sepanyol. - Reuters

Usaha hidupkan komunisme

SUBANG 26 Mei – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu kini dipelopori badan-badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga dari kalangan parti politik.

“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kemudahan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai penyebaran sentimen komunisme di negara ini yang disuarakan beberapa pihak.

Menurut Rais, beliau bimbang kerana sesetengah pihak kini didapati cuba membangkitkan sentimen itu di media cetak dan blog melalui isu membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke negara ini.

“Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan, kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung sentimen itu daripada terus merebak.

Selain PDRM, beliau yakin dengan kecemerlangan perisikan dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang disifatkannya berada pada tahap tertinggi.

Napa lah 2 terjadi kat aq nie.

Napa 2 terjadi kat aq nie? Dah aq stia kat dya, tp smua dah berbeza. Mungkin 2 jodoh atau x. Ya, Allah tabahkan atie hambaMu nie. Napa asal aje aq bercinta, smua x kekal lama. Napa?? Atau aq nie ada balah. Napa aq dtakdir sebegini? Aq cinta sngat2 kat dya 2. Kata tkut kehilangan aq, tp apa? bp lelaki lain.. Mungkin percintaanq cuma kat bibir aje, sekadar ucapan semata2. Bukan dri atie?? Tergamak kau wat aq cm nie. Apa salah aq sampai kau wat begini kat aq nie..

Dua rakyat tempatan dikuarantin

KUALA LUMPUR: Dua rakyat tempatan dikuarantin, semalam kerana menaiki pesawat sama dengan seorang penumpang yang disahkan positif dijangkiti virus Influenza A (H1N1) oleh Pihak Berkuasa Taiwan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata mereka yang menaiki pesawat BR007 dari San Francisco ke Taiwan pada 24 Mei lalu serta meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur menaiki pesawat MH069 itu, akan dikuarantin sehingga 31 Mei depan.

“Mereka kini dikuarantin oleh Jabatan Kesihatan Selangor sehingga 31 Mei depan, Mereka berada dalam keadaan sihat” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, kementerian menerima 17 notifikasi kes yang dimasukkan ke wad pengasingan iaitu enam di Hospital Sungai Buloh, Selangor; Hospital Kuala Lumpur (empat), Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (tiga); Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (dua) dan masing-masing satu kes di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.