tag:blogger.com,1999:blog-17724372542320938952024-03-13T22:19:42.685+08:00my lifeIrwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.comBlogger3483125tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-52768206755724223142012-08-28T08:29:00.001+08:002012-08-28T08:29:11.847+08:00prelaunchX InvitationprelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-48393081447906034832012-05-21T10:01:00.001+08:002012-05-21T10:01:01.208+08:00prelaunchX InvitationprelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-54863703712679767742010-12-31T18:59:00.000+08:002010-12-31T18:59:02.200+08:00Kumpulan pelaksanaan bersama Malaysia-Singapura selesai mesyuarat akhirKUALA LUMPUR: Kumpulan Pelaksanaan Bersama Malaysia dan Singapura (MSJIT) selesai mengadakan mesyuarat keenam dan terakhir di republik pulau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Delegasi Malaysia ke mesyuarat dua hari itu yang tamat semalam, diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman manakala Singapura pula diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar, Bilahari Kausikan.

Kenyataan itu menyebut sejak mesyuarat pertama pada 26 dan 27 Julai tahun ini di Kuala Lumpur, MSJIT telah meneruskan tugasnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Perkara-perkara Dipersetujui dan Pernyataan Bersama yang dicapai antara kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura pada 24 Mei dan 20 September.

"Sebagaimana mandat yang diberi oleh kedua-dua Perdana Menteri dalam pernyataan bersama mereka, MSJIT telah mengemukakan draf Instrumen Bertulis kepada kerajaan kedua-dua pihak untuk pertimbangan dan kelulusan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-5956840326201909162010-12-31T18:48:00.001+08:002010-12-31T18:48:08.132+08:00Gelombang kedua banjir landa daerah KemamanKUALA TERENGGANU: Gelombang kedua banjir musim tengkujuh melanda daerah Kemaman apabila 63 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Teladas, Air Putih dipindahkan ke pusat pemindahan semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman Ghazali Awang berkata mangsa-mangsa berkenaan berpindah ke balai raya Kampung Teladas kira-kira 7 petang setelah air melimpahi kawasan rumah mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan telah kembali pulih dan ramai di antara mangsa dibenarkan pulang kira-kira 9 pagi ini, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hanya tiga keluarga mengandungi seramai 10 orang yang berada di pusat pemindahan kerana kawasan rumah mereka masih ditenggelami air.

Ghazali berkata semalam jambatan Kampung Teladas yang menghubungkan Kampung Air Putih terputus hubungan apabila ditenggelami air berikutan hujan di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, beliau berkata perhubungan antara kedua-dua buah kampung itu kembali pulih berikutan air telah surut dan berada kira-kira tiga kaki di bawah jambatan pagi ini.

Namun begitu, Ghazali menasihatkan terutamanya penduduk-penduduk yang tinggal di tebing Sungai Air Putih supaya berwaspada memandangkan keadaan cuaca mendung dan hujan yang berlarutan.

Beliau berkata banjir gelombang pertama di daerah Kemaman berlaku di kawasan Kijal dan Kemasih awal bulan ini melibatkan lebih 1,000 mangsa berpindah. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-54779231032754534302010-12-31T18:43:00.002+08:002010-12-31T18:43:42.884+08:00TWU cadang kerajaan kurangkan cukai import alat ganti tulenKUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk menurunkan cukai import alat ganti tulen kenderaan, khususnya bagi pengangkutan awam seperti bas.

Setiausaha Agung TWU, Datuk Zainal Rampak, berkata harga alat ganti import yang tinggi berikutan cukai dikenakan, antara faktor terdapatnya segelintir pengusaha syarikat bas mengambil langkah mudah menggunakan alat ganti palsu yang jauh lebih murah, tetapi kurang berkualiti.

"Kita boleh bertanya mana-mana workshop (bengkel) sekalipun, memang mereka menggunakan alat ganti tiruan kerana kosnya yang jauh lebih murah. Kalau original (tulen), yang berjenama, ada yang mencecah sehingga RM7,000 ke RM8,000 sedangkan alat ganti tiruan hanya sekitar RM200 ke RM500.

"Sering kali kita perhatikan, apabila berlakunya kemalangan melibatkan bas ekspres, pasti pemandu yang dipersalahkan. Tetapi kalau brek tak makan (tidak berfungsi) sebagai contoh, akibat penggunaan alat ganti tiruan, tak haruslah kita salahkan pemandu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 28 Disember lalu, Zainal telah menyifatkan alat ganti tiruan sebagai antara faktor utama kemalangan melibatkan bas ekspres di negara ini.

Bagaimanapun, kenyataannya disangkal Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali yang meminta Zainal membuat laporan kepada pihak berkuasa jika benar ada bukti menunjukkan keadaan itu wujud.

Sehubungan itu, Zainal berkata adalah lebih wajar bagi semua pihak bekerjasama untuk mengenal pasti usaha dan strategi bagi memastikan kemalangan bas ekspres yang melibatkan nyawa terkorban.

"Banyak bukti telah ditunjukkan oleh media-media, betapa mudahnya kita untuk mendapatkan alat-alat ganti palsu kerana faktor kos minimum... kita seharusnya lebih rasional dan telus kerana keutamaan kita adalah nyawa penumpang kenderaan berkenaan," katanya.

Isu alat ganti tersebut timbul apabila dua kemalangan melibatkan bas dua tingkat berlaku iaitu pada 26 Disember lalu di Jalan Raub-Bentong yang mengakibatkan enam cedera dan pada 20 Disember lalu di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai yang mengorbankan 28 nyawa. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-21899474886420676092010-12-31T18:35:00.001+08:002010-12-31T18:35:41.052+08:00Islam tak larang senamrobik di masjid: Nik AzizKOTA BHARU: Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-74461828938242753202010-12-31T18:13:00.001+08:002010-12-31T18:13:16.521+08:00Harimau Malaya tak sertai Ambang 2011 malam iniKUALA LUMPUR Skuad Harimau Malaya yang baru menjuarai Piala AFF Suzuki tidak akan hadiri sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di Dataran Merdeka, malam ini seperti dijadualkan sebelum ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Belia dan Sukan, Yosri Abu Mahsin dalam satu kenyataan, berkata ini kerana pemain, jurulatih dan pegawai pasukan diberikan pelepasan untuk bersama keluarga masing-masing meraikan sambutan tahun baru.

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-17250813383327482442010-12-30T20:41:00.001+08:002010-12-30T20:41:43.718+08:00PAS bimbang pembaharuan dalam UMNO: MukhrizKODIANG: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pemimpin PAS melihat pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah disebabkan pengaruh ayahnya adalah kerana parti itu tiada isu dan bimbang dengan pembaharuan yang sedang berlaku dalam UMNO.

Beliau berkata pelantikannya bukanlah isu sebenar tetapi pemimpin-pemimpin PAS lebih suka menyentuh isu peribadi.

"Saya tidak perlu hirau komen-komen mereka kerana yang lebih penting ialah perubahan dalam UMNO disenangi rakyat," kata Mukhriz kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan anggota Exco PAS Kedah, Abdul Ghani Ahmad semalam, yang menganggap pelantikannya kerana beliau adalah anak Tun Dr Mahathir, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan Mukhriz masih mentah.

Pengumuman pelantikan Mukhriz itu serta pelantikan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengerusi baru UMNO Kedah berkuatkuasa 1 Januari ini, dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Isnin lalu.

Mukhriz, yang juga Ahli Parlimen Jerlun, ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan pendidikan peribadi kepada 1,500 pelajar Tahun Satu sekolah-sekolah dalam kawasan itu, berkata bahawa untuk mengaitkan beliau dengan bapanya adalah "satu penghormatan".

"Sekurang-kurangnya mereka mengiktiraf kerja baik bapa saya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Sekarang saya pula menikmati kerja baik bapa saya yang mana saya jadikan dorongan untuk memenuhi impian beliau meletakkan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020," katanya.

Mukhriz berkata wakil-wakil rakyat pemmbangkang sewajarnya membandingkan kerja atau hasil yang dicapai oleh parti mereka dan bukannya membandingkan beliau dengan bapanya.

"Mereka nampaknya lebih suka membuat kenyataan untuk mengaburkan pandangan rakyat sahaja kerana sedar terdapat perbezaan ketara pencapaian mereka dengan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Mengenai perancangannya sebagai timbalan pengerusi yang baru, Mukhriz beliau akan memberi tumpuan untuk menarik golongan muda dan pengundi atas pagar supaya kembali menyokong Umno dan BN.

"Formulanya mudah saja...kita buat kerja baik dan mereka iktiraf. Tugasnya ialah selesaikan masalah rakyat satu persatu dan berusaha tingkatkan taraf hidup mereka.

"Jika ini terlaksana, diharap hati mereka terbuka untuk menyokong kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-15036364926732618792010-12-30T20:40:00.001+08:002010-12-30T20:40:46.290+08:00Belia Sabah mahu digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau MalayaTUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-54349424983672467452010-12-30T20:38:00.001+08:002010-12-30T20:38:42.631+08:00Kementerian saran sesi orientasi persekolahan esok diteruskanPUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menyarankan sesi orientasi persekolahan 2011 dan pendaftaran murid yang dijadual esok diteruskan sekalipun diisytiharkan hari cuti umum.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini berkata ini kerana kebanyakan sekolah telah melakukan persiapan awal bagi aktiviti tersebut yang diadakan sebagai persediaan sesi persekolahan 2011.

"Demi kepentingan pelajaran dan kemudahan kepada ibu bapa, kementerian menyarankan supaya aktiviti tersebut diteruskan," kata kenyataan itu.

Kementerian itu turut mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang dinobatkan sebagai juara Piala AFF Suzuki di Indonesia semalam, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata kementerian berterima kasih dan menghormati serta menghargai cuti umum yang diberi Perdana Menteri sempena kejayaan berkenaan. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-65590390220810729652010-12-30T20:34:00.001+08:002010-12-30T20:34:07.669+08:00Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat iniKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-2299405322941558502010-12-30T20:29:00.001+08:002010-12-30T20:29:14.413+08:00Korea Utara tambah bala tentera, kereta kebalSEOUL: Korea Utara dilaporkan menambah 20,000 anggota tenteranya dalam pasukan khas sepanjang dua tahun lalu serta kekuatan kereta kebal dalam jumlah yang banyak, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan, hari ini.

Mengikut kertas putih pertahanan dua tahun sekali itu, Korea Utara meningkatkan saiz tentera pasukan khasnya kepada 20,000 anggota menjadikan lebih 200,000 jumlah keseluruhan.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan saiz kekutanan tentera Utara itu kekal kira-kira 1.19 juta anggota.

Ia juga mengesahkan bahawa negara komunis itu menambah kekuatan persenjataan termasuk kereta kebal baru buatan tempatan, “Pokpung-ho” ("Storm Tiger"), yang dilaporkan mula digunakan pada 2002.

Korea Utara mendakwa Pokpung-ho lebih sesuai dan mantap daripada kereta kebal buatan Russia, T-90 yang dikeliarkan pada 1990-an.

Laporan kertas putih pertahanan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik jumlah kereta kebal baru yang digunakan untuk operasi ketenteraan negara itu.

Namun, laporan itu menyebut sehingga bulan lalu, kekuatan kereta kebal Korea Utara meningkat kira-kira kepada 4,100 berbanding 3,900 pada 2008. - AFP

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-3244677570356685722010-12-30T20:27:00.001+08:002010-12-30T20:27:13.693+08:00Warga asing tumpang gembira Malaysia julang Piala AFF SuzukiKUALA LUMPUR: Kejayaan skuad "Harimau Malaya" menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun disanjung bukan saja oleh rakyat Malaysia tetapi juga warga asing yang mencari rezeki di negara ini.

Mereka termasuk rakyat Indonesia yang tetap berbangga sekalipun kemenangan Malaysia itu adalah ke atas negara sendiri yang menyaksikan pasukan "Garuda" tewas menerusi agregat 2-4.

"Walaupun sedikit kecewa dengan kegagalan skuad Indonesia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada "Pak Raja" (jurulatih, K Rajagobal), pemain skuad Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia atas kejayaan semalam," kata warga Indonesia, Buyong yang telah enam tahun berada di sini.

Beliau yang bekerja sebagai tukang kasut berkata, pasukan Malaysia kini semakin mantap dan mempunyai keupayaan tinggi.

"Dari dulu lagi memang saya meminati corak permainan Malaysia dan tidak pernah ketinggalan untuk menonton perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia," katanya.

Kegembiraan turut dinyatakan Ahmad Basheer, 36, dari Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai di sini.

"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, rakyat Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata, kejayaan skuad Malaysia harus dipuji kerana pasukan itu dibarisi anak tempatan sepenuhnya.

"Daripada jurulatih kepada barisan pemain, semuanya anak tempatan, memang wajar dipuji. Saya rasa teruja dengan corak permainan Malaysia walaupun tumpas tipis kepada Indonesia," katanya yang berniaga nasi lemak di sini.

Malaysia yang tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi dinobatkan sebagai juara pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 dengan kelebihan agregat 4-2.

Pencapaian terbaik skuad kebangsaan pada pertandingan itu sebelum ini ialah naib juara selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada 1996. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-73905932603391968402010-12-30T20:26:00.001+08:002010-12-30T20:26:22.539+08:00Majikan perlu bayar jika mahu pekerja bekerja esok: SubramaniamKUALA LUMPUR: Majikan perlu membayar upah kadar cuti umum kepada pekerja jika memerlukan mereka bekerja esok, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

"Kalau mereka memerlukan pekerja mereka bekerja, kena bayarlah. Itu adalah hak pekerja untuk mendapatkan bayaran hari cuti kerana sudah diumumkan sebagai cuti umum," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata jika majikan gagal memberikan cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, pekerja yang terlibat boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

"Majikan berkenaan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan percubaan dua kanak-kanak mencipta rekod Malaysia Book Of Records.

Malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 31 Disember sebagai cuti umum sempena kejayaan skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2, menamatkan penantian selama 14 tahun.

Terdahulu, dua beradik dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana mencipta rekod tersendiri.

T. Thurgashree, kanak-kanak cilik berusia empat tahun mencipta rekod menerusi ''Most Sit Ups Ever Done By A Child'' selepas melakukan ''sit ups'' sebanyak 1,111 kali tanpa henti dalam masa 32 minit 21 saat.

Kakaknya T. Logassree, 8, pula berjaya mengangkat palang besi bersama plat seberat 21 kilogram dengan menggunakan dua jari kelingking.

Bapa mereka, A.M Thanabalsingam berkata kedua-dua anaknya itu telah memulakan latihan fizikal dan mental sejak enam bulan lalu.

"Latihan dijalankan setiap hari selama empat jam merangkumi latihan fizikal, kecergasan dan latihan angkatan. Selain itu, saya memastikan amalan pemakanan yang sihat," katanya. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-49626827232530852062010-12-30T20:21:00.002+08:002010-12-30T20:21:50.013+08:00Wanita antara disenarai bakal calon PAS di DUN TenangLABIS: Seorang wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari depan.

"Beliau adalah bekas seorang guru, anak tempatan, dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu," kata satu sumber kepada Bernama hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada Barisan Nasional (BN) akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lalu.

Penamaan calon ialah pada 22 Januari.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman yang juga Ketua UMNO Bahagian Labis menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,491 undi.

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Tenang, Dzulkefley Ahmad ketika dihubungi berkata, kemungkinan PAS meletakkan calon wanita hanyalah satu khabar angin kerana keputusan mengenai siapa calon PAS akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti tidak lama lagi.

Namun, katanya, nama pemimpin wanita itu terdapat dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-9097170871591143502010-12-29T22:12:00.001+08:002010-12-29T22:12:11.564+08:00Malaysia julang Piala AFF SuzukiJAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-79505069224115866422010-12-29T22:11:00.001+08:002010-12-29T22:11:12.591+08:00Piala Suzuki AFF: Pertembungan Malaysia-Indonesia hampir bermulaJAKARTA: Perlawanan pusingan kedua final Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia akan bermula bila-bila masa dari sekarang di Stadium Gelora Bung Karno.

Di Kuala Lumpur, Ahad lalu, Malaysia kalahkan Indonesia 3-0 pada final pusingan pertama

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-15848278003224979312010-12-29T22:10:00.000+08:002010-12-29T22:10:05.439+08:00Piala Suzuki AFF: Indonesia 0 Malaysia 0JAKARTA: Selepas separuh masa pertama berakhir sebentar tadi, kedudukan pertemuan Indonesia-Malaysia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno terikat 0-0.

Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-50024411356351727412010-12-29T22:06:00.000+08:002010-12-29T22:06:26.297+08:00Piala Suzuki AFF: Malaysia mendahului 1-0JAKARTA: Malaysia kini mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Ini menjadikan kedudukan agregat 4-0 selepas Malaysia menang 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pada babak pertama, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-76062280403890924192010-12-29T22:04:00.001+08:002010-12-29T22:04:45.469+08:00Gempa berukuran 6.6 skala Richter melanda VanuatuWELLINGTON: Gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter melanda negara kepulauan Pasifik, Vanuatu, hari ini, kata agensi berita Xinhua yang memetik Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa terbabit berlaku pada jam 5.54 petang tadi (6.54 petang waktu tempatan), dicatatkan pada kedalaman 31 kilometer (km) dan pada jarak 215 km selatan Port Vila, iaitu ibu kota Vanuatu.

Tiada laporan kecederaan diterima sehingga kini dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-24189746638407169012010-12-29T22:03:00.000+08:002010-12-29T22:03:06.138+08:00Piala Suzuki AFF: Indonesia balas satu golJAKARTA: Indonesia membalas satu gol menerusi jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke-71 bagi menjadikan kedudukan kini terikat 1-1 pertemuan dengan Malayssia pada final kedua Piala Suzuki AFF, di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum itu, Malaysia melakukan jaringan awal menerusi penyerang Safee Sali pada minit ke-53.

Ini menjadikan kedudukan agregat 4-1 selepas Malaysia menang 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pada babak pertama, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-81015907697263856622010-12-29T18:00:00.001+08:002010-12-29T18:00:55.094+08:00Barang ganti tiruan: Zainal Rampak diminta kemuka buktiKUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia (PMBOA) hari ini menggesa Datuk Zainal Rampak mengemukakan bukti berhubung dakwaan penggunaan alat ganti tiruan pada kalangan pengusaha bas di negara ini.

Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali, berkata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) itu juga wajar membuat laporan kepada pihak berkuasa jika benar keadaan itu wujud.

"Jika ada pengusaha bas yang didapati bersalah menggunakan alat ganti tiruan saya tidak menghalang agar tindakan undang-undang dikenakan ke atas pengusaha bas terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ini kerana katanya, isu itu membabitkan soal keselamatan pengguna dan orang ramai.

Dalam pada itu kata Mohamad Ashfar, sehingga kini tidak ada bukti yang mengesahkan dakwaan alat ganti tiruan menjadi punca nahas kemalangan jalan raya, menunjukkan dakwaan berkenaan tidak berasas.

Zainal sebelum ini dilapor media sebagai berkata, syarikat pengusaha bas lebih cenderung menggunakan alat ganti tiruan kerana ia dapat meminimumkan kos syarikat dan lebih mudah didapati.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata pengusaha bas atau pengangkutan komersial yang masih berdegil menggunakan alat ganti tiruan perlu digantung permit mereka.

"Kalau syarikat itu terus berdegil... pertama denda dan permit akan digantung, soal alat ganti tiruan ini tidak boleh bertolak ansur sebab ia melibatkan nyawa penumpang dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata," katanya.

Suret berkata pemantauan dan pemeriksaan oleh pihak yang berkenaan adalah penting untuk memastikan setiap pengusaha bas dan pengangkutan komersial menggunakan alat ganti tulen dan dijamin kualiti ketahanannya.

"...sekiranya dapati tidak tulen jangan biarkan mereka beroperasi. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu membuat pemantauan terutamanya melibatkan enjin dan brek," katanya.

Bagi Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, penggunaan alat ganti tiruan yang tidak mempunyai pengesahan daripada Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) sememangnya boleh menjadi punca kemalangan.

"Pemantauan harus dibuat ke atas premis-premis perniagaan yang menjual alat ganti tiruan ini. Oleh itu Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus lebih tegas kepada mana-mana individu yang menjual alat ganti tiruan ini," katanya.

Dalam pada itu pengusaha bas, Syarikat RRR Holidays, Lim Chee Kheong, 52, berkata adalah tidak wajar menyalahkan sebelah pihak sahaja setiap kali berlaku kemalangan kerana terdapat pelbagai faktor lain yang mungkin menyumbang kepada tragedi itu.

"Contohnya, keadaan jalan yang berbukit dan tidak rata turut menjadi penyebab...bukan disebabkan penggunaan alat ganti tiruan. Saya sebagai pengusaha bas amat mementingkan keselamatan pengguna kerana nyawa penumpang terletak pada ''tangan'' pemandu bas itu sendiri," katanya. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-32686953149907256132010-12-29T17:59:00.000+08:002010-12-29T17:59:03.510+08:00Jangan berkempen di Tenang sekarang atau dikenakan tindakan: SPRJOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada pihak yang berkenaan supaya tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Januari depan.

Pengarah SPR, Johor Othman Noh, berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

SPR menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari. Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi mengatasi calon PAS, Mohd Saim Siran.

Othman berkata, SPR juga sudah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya.

"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau.

SPR, katanya, mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan menunaikan tangungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini berbanding 73.5 peratus pada pilihan raya umum lepas. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-24205842871300693222010-12-29T17:54:00.000+08:002010-12-29T17:54:19.283+08:00Korea Utara mampu hasilkan bom nuklear dalam masa setahunTOKYO: Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, William Perry berkata Korea Utara mampu menghasilkan satu membuat bom nuklear dalam masa setahun dan mahu Washington mengadakan perbincangan peringkat tertinggi bagi menangani isu itu.

Dalam satu temubual yang diterbitkan hari ini, Perry yang pernah berkhidmat dengan Presiden Bill Clinton, memberitahu akhbar harian Nikkei bahawa kerajaan Amerika perlu mengkaji semula dasarnya mengenai Korea Utara dan melaksanakan sekatan ekonom bagi memberi tekanan terhadap program nuklear Pyongyang.

Dalam masa sama, katanya Washington perlu mengadakan dasar yang selaras dengan Seoul dan Tokyo sebelum menghantar wakil khas bagi berbincang dengan Pyongyang.

Perry mengesyorkan, bekas Setiausaha Negara, Madeleine Albright dan bekas Senator Sam Nunn dan seorang pakar nuklear dan senjata menjadi calon untuk mengadakan rundingan dengan Korea Utara.

"Jika Korea Utara bercadang menggunakan semua kekayaan sumber uranium dan kemudahan pembuatan nuklear, mereka mampu keluarkan satu bom nuklear setiap tahun," katanya.

Perry berkata, beliau diberikan taklimat mengenai perkara itu oleh seorang saintis Amerika, Siegfried Hecker, yang baru-baru ini berpeluang melihat sendiri loji pengeluaran baru uranium Korea Utara di Kompleks Yongbyon.

Loji itu dibangunkan untuk mengeluarkan tenaga bagi reaktor awam dan bukannya untuk kegunaan pembuatan bom. - AFP

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1772437254232093895.post-60122619347545225732010-12-29T17:46:00.001+08:002010-12-29T17:46:42.517+08:00Suami isteri dihukum gantung sampai mati edar, miliki dadahGEORGE TOWN: Sepasang suami isteri hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dan memiliki sejumlah 165.62 gram dadah jenis heroin dan morfin dua tahun lalu.

Hakim Nurmala Salim menjatuhi hukuman itu terhadap Shahrizal Said, 33, dan

Zarimah Yusoff, 30, selepas mendapati pihak pembelaan kedua-dua tertuduh itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu didapati

memiliki dadah berkenaan dalam sebuah rumah pangsapuri beralamat di Block 5-6-18 Desa Riang Batu Uban pada jam 3.45 petang 3 Februari 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang

jika bersabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Dalam penghakimannya, Nurmala berkata, kedua-dua tertuduh didapati bersalah mengedar dadah dan disebabkan undang-undang negara hanya ada satu hukuman iaitu hukuman mandatori, maka kedua-dua tertuduh digantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, G Jaya Prem manakala

tertuduh diwakili peguam G Ravi Shankar. - BERNAMA

Irwanhttp://www.blogger.com/profile/07150339691207419001noreply@blogger.com0