Followers

Saturday, July 3, 2010

Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti)


PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti).
PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti).
JOHANNESBURG: Uruguay mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ghana dengan keputusan sepakan penalti 4-2.

Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan, sebentar tadi.
Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muntari pada minit ke-47.
Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson.

Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 0 , Ghana 1 (separuh masa pertama)

JOHANNESBURG: Ghana mendahului Uruguay 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, sebentar tadi.
Gol Ghana dijaringkan Muntari pada minit ke-47.

Guru ditahan, disyaki rogol pelajar 16 tahun

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah yang dialami oleh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dirogol oleh guru sekolahnya yang juga teman lelakinya dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam laporan polis yang diterima, mangsa telah pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit yang berumur 22 tahun di rumah suspek di Taman Garing Utama Rawang, dekat sini pada April lalu.
Kejadian kedua, dilaporkan pada 18 Jun lalu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
"Mangsa telah mengadu kejadian terbabit kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang pada 19 Jun,” katanya.

Abdul Rahim berkata, doktor mendapati ada kesan koyak lama, bagaimanapun mangsa tidak mengandung.

Beliau berkata, mangsa dan keluarganya telah membuat laporan polis sebaik mendapat laporan hospital itu, dan pihak polis telah mengenal pasti dan menahan suspek hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Bernama