Followers

Monday, October 26, 2009

Ekonomi Korea Selatan catat pertumbuhan pantas dalam tujuh tahun

SEOUL: Ekonomi Korea Selatan berkembang pada kadar terpantas bagi suku ketiga tahun ini disokong kekuatan negara itu dalam sektor pengeluaran dan perbelanjaan modal untuk tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, kata bank pusatnya hari ini.

Bank Negara Korea, berkata negara Asia berkenaan yang menjadi peneraju dalam memacu pemulihan global ketika ini, mencatatkan pertumbuhan produk domestik kasar sebanyak 2.9 peratus dalam tempoh tiga bulan berakhir 30 September lalu, berbanding suku sebelumnya dengan jangkaan pengembangan 2.6 peratus.

Bagaimanapun, dalam pengumuman itu, bank itu berkata, angka yang diberikan masih di peringkat awal dan masih dalam tempoh rujukan.

Katanya, ia menandakan pertumbuhan terbaik sejak pengembangan 3.8 peratus pada suku pertama 2002.

Korea Selatan memacu ke arah pemulihan daripada kemelesetan teruk dalam krisis kewangan Asia 1997 hingga 1998, di mana mata wang yang lemah dan program stimulus kerajaan di luar negara merangsang eksport.

Kadar faedah terendah dalam sejarah dan perbelanjaan kerajaan dalam negara turut membantu merangsang ekonomi negara keempat terbesar di Asia itu. - AP

0 comments: