Followers

Saturday, June 12, 2010

Piala Dunia: Uruguay 0 Perancis 0


PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (atas) bersaing dengan pemain Perancis, William Gallas pada peringkat Kumpulan A, pusingan pertama Piala Dunia di Stadium Green Point , awal pagi tadi. Keputusan seri 0-0. - Foto AFP
PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (atas) bersaing dengan pemain Perancis, William Gallas pada peringkat Kumpulan A, pusingan pertama Piala Dunia di Stadium Green Point , awal pagi tadi. Keputusan seri 0-0. - Foto AFP
CAPE TOWN: Bekas juara Piala Dunia, Perancis hanya berpuas hati seri tanpa jaringan dalam pertemuan dengan Uruguay pada peringkat Kumpulan A di Stadium Green Point, awal pagi tadi.

Pemain tengah Perancis, Yoann Gourcuff dan pemain sayap, Franck
Ribery mempamer gandingan mantap untuk mencipta beberapa asakan bermakna pada awal permainan, tetapi gagal menembusi gawang Uruguay.Uruguay pula beberapa kali nyaris mendapat jaringan menerusi serangan mengejut terutama menerusi penyerangnya, Diego Forlan.

Namun Perancis yang pada satu ketika agak selesa apabila Uruguay terpaksa bermain 10 pemain selepas pemain gantiannya, Nicolas Lodeiro dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua akibat mengasari pertahanan Perancis, Bacary Sagna.

Keadaan itu memaksa Uruguay lebih banyak bertahan dengan Perancis pula gagal memanfaatkan peluang itu untuk mencuri tiga mata penuh.

Pada perlawanan pembuka tirai yang juga membabitkan Kumpulan A antara tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico juga menyaksikan keputusan seri 1-1. - Reuters

0 comments: