Followers

Saturday, June 12, 2010

Malaysia-AS kongsi pendirian mengenai kekejaman Israel

pembetulan JAMALUDIN-GAZA
M'SIA-AS BERKONGSI PENDIRIAN MENGENAI KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP KAPAL BANTUAN KE GAZA - JAMALUDIN

ROMPIN: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkongsi berhubung isu kekejaman tentera Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang membabitkan sukarelawan dari negara ini baru-baru ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata sehubungan itu,
hubungan Malaysia-AS tidak terjejas di mana kedua-dua negara mengutuk keras
tindakan kejam rejim Zionis itu.

"Dasar luar AS kini telah banyak berubah sejak pentadbiran Presiden Barack
Obama termasuk berhubung isu terbaru di Gaza itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rompin Fest 2010 di Pantai Hiburan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan tentera Israel yang
menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza iaitu Mavi Marmara menyebabkan
beberapa aktivis dari Turki dibunuh pada 31 Mei lalu.

Ahli Parlimen Rompin itu berkata dasar luar AS kini semakin terbuka sejak
Obama mengambil alih pentadbiran.

"Walaupun keterbukaan itu tidak berlaku secara drastik namun ia semakin
menerima pandangan dunia terutama negara-negara Islam berhubung isu-isu
antarabangsa," katanya.

Jamaludin berkata ketika pertemuan Obama dengan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak di Washington baru-baru ini, Obama melahirkan hasrat untuk
mewujudkan semula rundingan damai di antara Israel dan Palestin.

Menurutnya perkara itu jelas membuktikan Presiden AS itu mahu melihat
perdamaian di antara kedua-dua negara berkenaan walaupun akur Israel juga
mempunyai dasar luarnya sendiri yang tidak mudah untuk dicampuri oleh
pentadbiran AS. - BERNAMA

0 comments: