Followers

Saturday, June 12, 2010

Pencapaian Malaysia dalam kesihatan boleh dijadikan penanda aras: TPM

KUALA LUMPUR: Pencapaian Malaysia dalam bidang kesihatan adalah cemerlang dan boleh digunakan sebagai penanda aras oleh negara-negara membangun yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ciri penting bagi pencapaian negara dalam bidang kesihatan ialah akses universal kepada sektor kesihatan awam komprehensif, jaminan jaringan bagi perbelanjaan bencana bagi penyakit kronik, bayaran minimal atau tiada bayaran bersama bagi perkhidmatan dalam sistem awam dan perkhidmatan kesihatan yang menumpukan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dengan sSstem kesihatan sektor swasta responsif.
"Sehubungan itu berlaku peningkatan signifikan terhadap status kesihatan populasi kita dengan pengurangan kadar morbiditi dan mortaliti dan peningkatan jangka hayat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-67 Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) pada Konvensyen Saintifik dan Pameran Perdagangan Antarabangsa FDI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Bagaimanapun, katanya sistem pembiayaan bagi penjagaan kesihatan sedia ada tidak dapat dikekalkan kerana terdapat banyak cabaran. - BERNAMA

0 comments: