Followers

Saturday, June 12, 2010

Afrika Selatan mampu menyinar: Pienaar

JOHANNESBURG: Pemain 'arkitek' Afrika Selatan, Steven Pienaar percaya pasukan tuan rumah itu mampu pergi lebih jauh dalam saingan Piala Dunia yang menyaksikan aksi sulung berkesusahan seri 1-1 menentang Mexico, malam tadi.

Pemain tengah Everton itu mengakui skuad Bafana Bafana (Afrika Selatan) agak goyah pada awal permainan beraksi di Stadium Soccer City dengan disaksikan lebih 85,000 penyokong dan peminat.
“Ia perlawanan pertama, pembuka tirai temasya dan adalah biasa apabila banyak tekanan yang perlu dihadapi," kata Pienaar bahawa skuad mendapat rentak dan sentuhan pada pertengahan tempoh perlawanan.
Katanya, kekuatan Afrika Selatan semakin menyerlah pada separuh masa kedua dan menyifatkan skuad itu berhak mendapat mata penuh.

“saya amat gembira kami melakukannya dan 20 minit pertama kami dalam keadaan gugup.

"Ia adalah keadaan biasa kerana dalam pasukan kami hanya Aaron (Mokoena - kapten) yang berpengalaman bermain dalam Piala Dunia.

"Bagi 10 pemain lain dalam padang ketika itu, ia adalah aksi pertama kami di Piala Dunia," katanya. - AFP

0 comments: