Followers

Thursday, June 3, 2010

Perjanjian elak cukai berganda tingkat hubungan dagang Malaysia-Laos: PM

VIENTIANE: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, percaya hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Laos akan terus meningkat pada masa depan dengan termeterainya perjanjian bagi mengelak cukai berganda antara kedua-dua negara hari ini.
Beliau berkata, dengan adanya perjanjian itu potensi untuk mengembangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Laos adalah sangat baik dan percaya lebih banyak syarikat Malaysia akan melabur di Laos.
"Hari ini sahaja, dua syarikat telah memeterai dokumen perjanjian dengan rakan mereka di sini untuk membangunkan sebuah projek hidro elektrik yang menelan belanja RM2.2 bilion dan satu lagi untuk membangunkan sebuah kawasan industri di dalam zon ekonomi khas yang jangka menelan belanja US$26 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan dua hari beliau ke Laos di sini.

Najib berkata, Malaysia pada masa ini adalah pelabur ke-sembilan terbesar di Laos dengan nilai pelaburan AS$151.3 juta sepanjang tahun 2000 hingga tahun lalu dan jumlah itu akan dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

Dengan tahap perkembangan ekonomi di Laos antara 7.0 hingga 7.5 peratus dalam setahun dua ini, katanya potensi untuk kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara adalah baik.

“Saya telah beri ketetapan supaya bantuan Malaysia terhadap Laos menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) akan diteruskan kerana ini memberi manfaat kepada Laos bagi membina keupayaan sumber manusia di kalangan para pegawainya,” katanya. - BERNAMA

0 comments: