Followers

Tuesday, October 6, 2009

Umno galak generasi muda sertai parti: Muhyiddin

KUCHING: Umno akan menggalakkan lebih ramai pemimpin dan generasi muda berperanan menyemarakkan perjuangan parti, kata Timbalan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata perkara itu akan dibincangkan pada satu mesyuarat agung khas bagi membincangkan dan meluluskan usul pindaan perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

"Usaha kita untuk membawa perubahan dan transformasi dalam parti akan kita mulakan," katanya selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat ramai anggota perwakilan terdiri daripada golongan pemuda dan puteri dan ini memberi ruang yang lebih supaya generasi baru dapat berperanan dalam proses meremajakan Umno supaya parti itu kekal relevan.

Muhyiddin juga berkata, perhimpunan agung yang bermula 13 Oktober ini adalah satu yang bersejarah kerana ia adalah mesyuarat pertama yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Presiden Umno.

"Kita tunggulah apakah kandungan ucapan beliau pada perhimpunan agung nanti," katanya.

Mengulas pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada Ahad ini, Muhyiddin berkata, beliau yakin Barisan Nasional mampu mempertahankan kerusi berkenaan. - Bernama

0 comments: