Followers

Tuesday, May 26, 2009

Sabah sasar keluar ikan 1.4j tan 2010

KOTA KINABALU 25 Mei - Kerajaan menyasarkan pengeluaran ikan di negeri ini meningkat kepada 1.4 juta tan tahun depan berbanding kira-kira hanya 200 tan yang dianggarkan tahun ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan pengenalan Sistem Ramalan Perikanan di negeri ini.

"Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta bagi melaksanakan projek ini yang akan dilaksanakan pada 2010.

"Pelaksanaan sistem berkomputer yang boleh menjana maklumat kawasan perikanan bagi menjalankan operasi menangkap ikan pada satu-satu masa ini diwujudkan menerusi kerjasama LKIM dan MIMOS Berhad (Mimos)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian pembangunan Sistem Ramalan Perikanan antara LKIM dan Mimos di sini semalam.

Menurut Abdul Rahim, kaedah penangkapan ikan menggunakan teknologi moden itu akan memberi manfaat jangka panjang kepada industri perikanan di negeri ini.

Selain itu, katanya, sistem itu juga lebih menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan bahan api.

"Sistem ini memaparkan maklumat keadaan laut yang dijana dari satelit untuk menghasilkan suhu permukaan laut dan klorofil.

"Selepas melalui beberapa proses termasuk model daripada data-data lama, maklumat kawasan yang baik untuk menangkap ikan pada setiap hari atau minggu dapat dikeluarkan oleh komputer bagi kemudahan para nelayan," ujarnya.

0 comments: