Followers

Monday, November 22, 2010

Jaminan, keselamatan makanan tetap diberi tumpuan: Maximus

PUTRAJAYA: Kerajaan sentiasa memberi penekanan dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi tujuan jaminan dan keselamatan makanan di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata penekanan juga diberi bagi menjana pendapatan kepada pengusaha pertanian.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kajian Makanan Peringkat Antarabangsa di sini hari ini, beliau berkata adalah penting bagi pihak universiti, sektor swasta dan agensi kerajaan memainkan peranan untuk menjayakan R&D bagi tujuan jaminan dan keselamatan makanan.
Dalam ucapannya pula, Ongkili berkata kajian oleh agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan 1.02 bilion manusia, kebanyakannya di Afrika dan Asia, menghadapi kekurangan zat makanan.

Mengenai soal politik, Ongkili yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan status ahli bersekutu dan ahli gabungan parti itu kepada orang ramai.

Katanya, langkah itu boleh dilaksanakan bagi memperluaskan prinsip kerajaan yang berkonsepkan 1Malaysia dan menjadi antara usaha untuk memperkukuhkan parti dengan pembukaan penyertaan keahlian secara terus itu.

Sabtu lalu, Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan sesiapa juga mengemukakan permohonan terus bagi menjadi ahli BN tanpa menyertai mana-mana parti komponennya. - BERNAMA

0 comments:

There was an error in this gadget