Followers

Monday, November 22, 2010

Chong Eu masih koma

GEORGETOWN: Tun Dr Lim Chong Eu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, masih koma selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang sejak 28 hari lalu.
Penolong Pegawai Perhubungan Awam Hospital Pulau Pinang, Natasha Mikyel Abdul Wahab, berkata keadaan Lim tidak banyak berubah dari keadaan semasa beliau dimasukkan ke wad.
"Tun Dr Lim masih koma walaupun keadaannya stabil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Lim dimasukkan ke ICU pada 26 Oktober lalu selepas beliau dipercayai mengalami strok.

Antara pemimpin negara yang telah menziarahi beliau ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Luar Singapura, George Yeo; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, dan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr Lim ialah Ketua Menteri kedua Pulau Pinang dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Beliau adalah Presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu dan Presiden Gerakan selama sembilan tahun dari 1971.
Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional pada 1972. - BERNAMA

0 comments:

There was an error in this gadget