Followers

Monday, November 23, 2009

Langkah pencegahan H1N1 di semua kem PLKN

SIBU: Ibu bapa diingatkan agar jangan bimbang untuk menghantar anak mereka yang dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun depan ekoran Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah berwaspada dan pencegahan Influenza A(H1N1) di semua 82 kem PLKN di seluruh negara.

Mulai Januari tahun depan, beliau berkata 38,000 pelatih PLKN akan menghadiri sesi pertama, 42,000 untuk sesi kedua pada Mac dan 40,000 bagi sesi ketiga pada Jun.

"Selain itu, 26,000 yang lain yang telah menangguhkan latihan mereka, akan menyertai sesi latihan ini pada tahun depan yang akan dibahagi-bahagikan kepada tiga sesi itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam dengan pengendali Kem PLKN Bumimas, Ho Su Yen dan kakitangannya.

"Kita akan sentiasa menghubungi Kementerian Kesihatan. Kita akan sentiasa memantau semua kem kita untuk kebersihan serta kesihatan bagi semua pelatih kita.

"Pengalaman kita sebelum ini mengurus pelatih yang sakit di mana 40 kem diarah ditutup selama seminggu tetapi tidak ada masalah kepada mana-mana pelatih," kata beliau.

Selain itu, Abdul Hadi berkata setiap kem akan mempunyai lima pegawai kesihatan.

Dalam perkembangan lain, katanya beliau percaya latihan khidmat negara ialah salah satu saluran terbaik untuk mempromosikan konsep 1Malaysia.

"Latihan kita meliputi mendapatkan remaja yang dipilih daripada pelbagai kaum, latar belakang dan agama dari seluruh negara untuk menyertai kem ini yang membolehkan mereka bercampur antara satu sama lain," katanya.

Antara elemen yang diterapkan semasa latihan itu ialah menanamkan semangat patriotik dan bersatu di kalangan rakan latihan dan memahami serta menghargai perbezaan kaum, latar belakang dan bangsa antara satu sama lain.

"Kita mahu mereka menjadi warganegara dan pemimpin masa depan yang patuh dengan undang-undang," tambahnya.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 440,000 remaja Malaysia telah menyertai PLKN. - Bernama

1 comments:

Ross Safina Hor said...

Salam

Nak tumpang sikit kat sini untuk sebarkan berita baik kepada ibubapa dimana anak-anak mereka akan menyertai PLKN pd tahun depan. Thanks n allah bless u...;-)

CEGAH SEBELUM PARAH! IBUBAPA TAK PERLU BIMBANG SEBAB PROTECUR100 & NEIBAC5 AKAN MEMBANTU ANAK-ANAK ANDA UTK MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN)DENGAN KESIHATAN YANG BAIK DAN CERGAS.

Ibubapa tak perlu risau dan bimbang apabila menghantar anak-anak mereka mentertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) kerana kerajaan dapat mengawal penyakit2 yang melanda negara kita seperti H1N1 INFLUENZA dan wabak TAUN/KOLERA yang sedang mengganas ini.

Dengan mengamalkan Protecur100 atau Neibac5 sebagai pencegah penyakit berjangkit yang digeruni ini, pelajar-pelajar juga akan lebih bertenaga, sihat, cergas, aktif dan tidak mudah dijangkiti bakteria, virus dan sebagainya.

Apabila bersenam dan melakukan aktiviti berat, tahap pertahanan badan(antibodi) akan menurun dan ketika itulah bacteria atau virus akan meluru masuk kedalam sistem badan lalu mengakibatkan jangkitan penyakit berlaku.

Protecur100 adalah NATURAL IMMUNE BOOSTER, NATURAL ANTIBIOTIK dan ANTI MICROBIAL yang tidak akan menjejaskan kesihatan seperti antibiotik dari makmal. 2 ke 4 titik Protecur100 dalam air(500ml) akan membersihkan air dari kuman bakteria yang merbahaya. Neibac5 adalah semburan yang dapat membunuh sesetengah bakteria secara terus seperti E-Coli, Klebsialla Pneumonia,Salmonella dan lain-lain lagi.

Dengan adanya produk2 begini, risiko berlakunya
KERACUNAN MAKANAN, DEMAM, BATUK, SAKIT KERONGKANG, ASMA dan lain-lain lagi penyakit berjangkit yang membahayakan kesihatan dapat dikawal.

Adalah wajar sebagai ibubapa bimbang dan risau akan keselamatan anak kesayangan mereka tambahan pula dalam keadaan yang agak cemas dimana H1N1 dan TAUN KOLERA sedang bermaharajalela dimana-mana sahaja.

"Mencegah adalah lebih baik dari merawat". Itulah tindakan bijak yang patut diamalkan untuk memupuk keluarga sihat dan harmoni.

Berilah yang terbaik untuk orang yang anda sayang, insyaallah Allah SWT akan beri ganjaran sewajarnya.

Student Special Offer!

Pelajar-pelajar yang dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) akan diberi 30% diskaun untuk setiap satu set.

PROTECUR100 - RM38
NEIBAC5 - RM69
Jumlah = RM107 - (32.10)30%
Jumlah yang perlu dibayar = RM74.90
Penghantaran Poslaju = RM5

www.PROTECUR.com
Terima Kasih