Followers

Tuesday, January 19, 2010

Banyak lagi boleh dilakukan untuk lindungi alam: Najib

ABU DHABI: Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun rundingan Copenhagen mengenai iklim kurang berhasil, masyarakat antarabangsa perlu dan mampu bertindak lebih berkesan untuk melindungi planet bumi.

Perdana Menteri berkata, cabarannya ialah untuk bertindak sekarang sebelum keadaan menjadi buruk ibarat nasi sudah menjadi bubur.

Dalam ucap utamanya pada Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masa Depan Tenaga di sini hari ini, Najib berkata usaha menangani keghairahan negara-negara untuk mendapatkan tenaga dilihat sukar tetapi ia satu tanggungjawab jawabyang tidak boleh diabaikan. "Cabaran semasa ini memerlukan usaha bersatu kita dalam menggembleng kepakaransaintifik dan intelektual sedunia," katanya.

Beliau berkata, langkah Malaysia memberi tumpuan kepada teknologi hijau bukan hanya bertujuan memelihara dan melindungi sumbernya tetapi supaya menjadi perangsang ekonomi baru kepada negara.

Malaysia akan mengutamakan empat sektor dalam usahanya melaksanakan teknologihijau iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan dan air.

Najib berkata, Malaysia berharap dapat meningkatkan tenaga yang bolehdiperbaharui sehingga 2,000 MW menjelang 2020 berbanding 50 MW sekarang.

Katanya, Malaysia yang menerima cukup sinaran matahari akan menggalakkan penggunaan tenaga solar.

Perdana Menteri berkata, satu kajian sedang dijalankan untuk menstruktur semula dan menyelaras sektor elektrik di Malaysia dan membantu meletakkan satu asas ke arah mewujudkan industri lebhih cekap menerusi mekanisme pasaran dan liberalisasi. Katanya, kerajaan Malaysia juga sedang menimbang untuk meluaskan penggunaan biofuel manakala pengenalan Indeks Bangunan Hijau akan mendorong lebih banyak bangunan menggunakan teknologi hijau tidak lama lagi.

"Malaysia telah mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagimengetuai transformasi Malaysia menjadi sebuah negara hijau,' katanya. - Bernama

0 comments: