Followers

Tuesday, January 19, 2010

Banjir di Telupid pulih, Kinabatangan bertambah buruk

SANDAKAN: Keadaan banjir di daerah Telupid dilaporkan beransur pulih dengan semua mangsa dari empat kampung sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Telupid, Kamsah Sulaiman, berkata penduduk dari kampung Ansuan, Baba, Kiabau dan Buis dibenarkan balik petang ini selepas air banjir di kampung mereka mulai surut.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih memantau keadaan di kampung terbabit dan akan memindahkan semula penduduk jika air naik semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Datuk Michael Asang, hari ini melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan.

Sementara itu keadaan banjir di daerah Kinabatangan sehingga 5 petang ini dilaporkan bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkatkepada 1,562 orang membabitkan 340 keluarga.

Pengerusi PKOB Kinabatangan, Arisin Arifin berkata ramai mangsa banjir adalah dari kampung Kuamut, Tulang-Tulang, Desa Permai, Tangkuyan dan Balat, manakala sebahagian kecil dari kampung Sangau, Bukit Garam dan Seri Manis.

"Paras air Sungai Kinabatangan juga didapati semakin meningkat dan berada diparas bahaya iaitu 10.43 meter pada jam 2 petang," katanya.

Bagaimanapun, katanya, 62 orang daripada 10 keluarga di Kampung Pelangidan Jaya Baru sudah kembali ke rumah masing-masing selepas air banjir di kampungmereka surut. - Bernama

0 comments: