Followers

Monday, January 18, 2010

Operasi cari mangsa perahu naga terbalik diteruskan

PUTRAJAYA: Operasi mencari dua lagi mangsa perahu naga yang terbalik di Pulau Pinang akan diteruskan sehingga semua mangsa dijumpai, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Chong Ha.

Beliau berkata, operasi mencari itu membabitkan 72 orang anggota termasuk enam penyelam skuba dan tiga anjing pengesan.

Mengenai insiden berkenaan, katanya laporan awal yang diterima mendapati tragedi itu adalah satu kemalangan dan bukan diakibatkan kecuaian.

"Laporan awal yang diberikan kepada saya mengatakan bahawa perahu naga itu sedang membuat satu pusingan apabila terlanggar boya di kawasan itu, lalu terbalik sebelum karam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlispenyerahan jentera bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, di sini hariini.


Beliau berkata, taklimat mengenai insiden itu akan diberikan kepadanya di Pulau Pinang hari ini.

Dalam tragedi jam 9 pagi semalam itu, enam maut selepas perahu naga yang mereka naiki terbalik lalu karam apabila dipukul ombak kuat sewaktu dalamlatihan di perairan Pantai Macallum.

Semua mangsa terdiri daripada lima pelajar dan seorang guru dari SekolahMenengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling yang sedang dalam latihan bagi menghadapi satu kejohanan pertengahan tahun ini.

Mereka dikenali sebagai Chin Ai Fang, 28 yang juga seorang guru, JasonCh'ng, 17, Goh Yi Zhang, 15, Brandon Yeoh, 17 serta dua lagi mangsa yang masih hilang iaitu Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17.

Terdahulu Kong berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM84.5 juta untuk pembelian seratus jentera bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, khususbagi pemadaman kebakaran dan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir di negara ini.

"Jumlah tersebut meliputi 42 unit kenderaan pemadam kebakaran, 50 unit botpenyelamat mangsa banjir yang boleh digunakan di laut, sungai, tasik dan daratserta lapan unit bot penyelamat mangsa banjir dari jenis Amphibious RigidInflatable Boat," katanya.

Kerajaan juga jelas beliau akan menambah pembelian pelbagai peralatan lainseperti komunikasi dan anjing pengesan untuk unit K9. - Bernama

0 comments: