Followers

Friday, October 16, 2009

Artik cair 20 tahun lagi

Kajian dapati air batu Kutub Utara susut mendadak

LONDON: Satu penyelidikan kutub mendapati liputan ais di Artik diramalkan akan cair sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Kutub utara berkenaan dijangka bebas ais besar pada musim panas dalam tempoh sedekad, kata sekumpulan pakar yang menyertai ekspedisi diketuai Pen Hadow.

Hadow yang juga pengembara kutub veteran bersama dua rakyat Britain ke kawasan ais di Artik selama 73 hari sewaktu musim bunga utara dengan melakukan lebih 6,000 ukuran dan pemantauan terhadap lautan ais berkenaan.

Data dikumpulkan mereka pada Mac hingga Mei dianalisis menghasilkan ramalan mengenai keadaan liputan ais berkenaan.

"Liputan ais musim panas akan terus hilang dalam masa 20 hingga 30 tahun, malah dalam tempoh lebih singkat ia akan menunjukkan penyusutan mendadak," kata Professor Peter Wadhams, ketua kumpulan fizik lautan kutub di Universiti Cambridge.

"Dalam masa 10 tahun, ais Artik akan disifatkan sebagai laut terbuka."

Bermula dari utara Kanada, Hadow, Martin Hartley dan Ann Daniels berski di kawasan ais berkenaan untuk mengukur ketebalan ais yang masih ada, menilai kepadatan dan kedalaman salji selain mengambil bacaan suhu laut dan cuaca.

Sepanjang laluan mereka sejauh 450 km, purata ketebalan ais adalah 1.8 meter (enam kaki) manakala ia adalah 4.8 meter apabila berpadu dengan bahagian ais mampat.

"Purata ketebalan 1.8 meter menyamai ais yang dibentuk dalam satu tahun yang lebih terdedah kepada risiko kecairan pada musim panas pertama yang lebih bahaya dalam musim panas. Ais yang terbentuk lebih daripada satu tahun lalu juga didapti menipis dengan kadar cepat," kata Wadhams.

"Ia contoh konkrit fenomena perubahan global. Dengan sebahagian besar kawasan kini diliputi ais tahun pertama, jelas sekali kutub dalam keadaan bahaya. Kawasan itu kini semakin menjadi air terbuka setiap kali musim panas kunjung tiba. Lambat laun ais laut akan hilang sepenuhnya." � AFP

0 comments: