Followers

Thursday, March 4, 2010

Polis syor pelatih PLKN sertai Rakan Cops

KOTA BHARU: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disaran menjadi anggota Rakan Cops bagi membantu polis menangani jenayah dan gejala sosial di kalangan masyarakat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata dengan bilangan mereka yang ramai, ia akan dapat menambah keberkesanan usaha menangani jenayah dan gejala sosial.

"Saya minta semua pelatih PLKN menjadi Rakan Cops dan membantu polis dalam menangani jenayah di tempat masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama pelatih PLKN Cancun Park, Pasir Mas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Seramai 308 orang pelatih dari PLKN Cancun Park diketuai Komandannya, Lt Kolonel Zahari Harun, hadir pada majlis itu yang turut menampilkan persembahan menunggang motosikal berkuasa tinggi oleh pegawai dan anggota polis trafik IPK Kelantan.

Majlis sehari itu dipenuhi dengan ceramah motivasi oleh ketua-ketua jabatan di bawah IPK Kelantan bagi menyedarkan pelatih tentang gejala jenayah ketika ini. - Bernama*

0 comments: