Followers

Thursday, March 4, 2010

China tambah peruntukkan pertahanan 7.5 peratus

BEIJING: China akan menambah peruntukan pertahanannya sebanyak 7.5 peratus tahun ini, iaitu kali pertama peningkatan peratusan kurang dua angka dalam tempoh lebih 15 tahun.

Cadangan bajet untuk tahun ini meningkat 532.1 bilion yuan (AS77.9 bilion) berbanding perbelanjaan sebenar tahun lalu.

Jurucakap Kongres Rakyat Kebangsaan, Li Zhaoxing, berkata penambahan itu akan digunakan bagi meningkatkan keupayaan China berdepan dengan pelbagai ancaman.

Walaupun kurang daripada yang dijangkakan, peningkatan itu diumumkan ketika China bersedia menunjukkan keupayaan terkini ketenteraan mereka. - AP

0 comments: