Followers

Saturday, March 13, 2010

Pemuda Pas kutuk akhbar Sweden hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebuah akhbar Sweden "Dagens Nyther" baru-baru ini yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut melahirkan kekesalannya dengan tindakan negara-negara Eropah yang masih melakukan perkara tersebut.

“Pemuda Pas akan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Sweden selepas sembahyang Jumaat pada minggu depan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Dewan Pemuda Pas ke-10 di sini, hari ini. - Bernama

0 comments: