Followers

Wednesday, February 17, 2010

Pengharaman bom berangkai mulai 1 Ogos

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Setiausaha Agung Ban Ki-moon berkata perjanjian antarabangsa mengharamkan bom berangkai menerima 30 pengesahan yang diperlukan dan akan berkuatkuasa pada 1 Ogos.

Perjanjian itu melarang semua penggunaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan peluru bom berangkai yang ditembak dengan meriam atau dijatuhkan oleh pesawat dan menebarkan bom kecil di kawasan yang luas.

Ia diterima di Dublin oleh 107 negara pada 30 Mei 2008 dan perlu disahkan negara individu. - AP

0 comments: