Followers

Wednesday, February 17, 2010

Ops Sikap ke-21: 19 terkorban pada hari kesembilan

KUALA LUMPUR: 19 kematian dicatat pada hari kesembilan Ops Sikap ke-21 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya seramai 124 orang sejak operasi itu bermula 7 Februari lalu.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan, Rasdi Ramli, dalam satu kenyataan, berkata mereka yang terkorban terdiri sembilan pengguna motosikal, enam pengguna kereta, dua pejalan kaki serta masing-masing seorang bagi pengguna van dan lori.

Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 305 kes diikuti jalan persekutuan (278 kes), jalan negeri (161 kes), lebuh raya (73 kes) dan jalan-jalan lain (60 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 877 kes.

Beliau berkata, dalam operasi semalam, sebanyak 9,823 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik. - Bernama

0 comments: