Followers

Wednesday, May 27, 2009

Ujian nuklear: Pyongyang ingkari kecaman dunia

SEOUL: Korea Utara terus mengingkari kecaman dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan ujian nuklear terbarunya dan ujian pelancaran dua peluru berpandu jarak dekat di luar perairan timurnya semalam, selain menuduh Amerika Syarikat cuba berkomplot terhadap kerajaannya.

Dalam langkah yang sudah pasti akan menegangkan lagi keadaan di rantau berkenaan, Korea Selatan berkata ia akan menyertai inisiatif diketuai AS untuk memintas kapal yang disyaki membawa senjata pemusnahan besar, langkah yang dilihat oleh Pyongyang sebagai pengisytiharan perang.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, memetik sumber kerajaan di Seoul sebagai berkata, Korea Utara melepaskan tembakan peluru berpandu dari darat ke udara dan satu lagi dari darat ke kapal di luar pesisiran pantainya di timur semalam.

Peluru berpandu itu mempunyai kemampuan untuk mencapai jarak sejauh kira-kira 130 kilometer.

Ujian nuklear kelmarin, yang kedua oleh Korea Utara selepas 2006, menimbulkan kecaman daripada kuasa serantau, sementara Presiden Barack Obama menyifatkan program bom atom Pyongyang itu sebagai ancaman kepada keselamatan antarabangsa.

Langkah menunjukkan kekuatan tentera itu memberi kesan kepada pasaran kewangan Seoul yang goyah, akibat kebimbangan mengenai sikap Korea Utara.

Obama memberi jaminan kepada Presiden Lee Myung-bak dari Korea Selatan mengenai komitmen tidak berbelah bagi Washington untuk mempertahankan semenanjung berkenaan yang sudah lama dipisahkan. - AP/Reuters

0 comments: