Followers

Wednesday, May 27, 2009

Dua rakyat tempatan dikuarantin

KUALA LUMPUR: Dua rakyat tempatan dikuarantin, semalam kerana menaiki pesawat sama dengan seorang penumpang yang disahkan positif dijangkiti virus Influenza A (H1N1) oleh Pihak Berkuasa Taiwan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata mereka yang menaiki pesawat BR007 dari San Francisco ke Taiwan pada 24 Mei lalu serta meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur menaiki pesawat MH069 itu, akan dikuarantin sehingga 31 Mei depan.

“Mereka kini dikuarantin oleh Jabatan Kesihatan Selangor sehingga 31 Mei depan, Mereka berada dalam keadaan sihat” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, kementerian menerima 17 notifikasi kes yang dimasukkan ke wad pengasingan iaitu enam di Hospital Sungai Buloh, Selangor; Hospital Kuala Lumpur (empat), Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (tiga); Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (dua) dan masing-masing satu kes di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

0 comments: