Followers

Monday, November 9, 2009

Dua disahkan maut dalam gempa bumi di Bima

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.7 pada skala Richter di Bima, Nusa Tenggara Barat awal pagi ini dilapor mengakibatkan dua kematian dan banyak rumah runtuh.

Gempa yang berpusat di 28 kilometer ke barat laut Raba, Kota Bima, berlaku pada jam 3.41 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Agensi berita Antara memetik beberapa penduduk kampung itu mengesahkan kedua-dua mangsa mati akibat ditimpa runtuhan bangunan.

Ramai penduduk yang cedera tetapi belum dapat dipastikan bilangannya kerana belum ada kenyataan pihak berkuasa tempatan setakat ini.

Penduduk di kawasan pantai melarikan diri ke bukit dan kawasan tinggi kerana bimbang berlaku tsunami.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia di Selaparang, Mataram, berkata gempa di 8.24 darjah Lintang Selatan-118.65 darjah Bujur Timur, pada kedalaman 25 kilometer di bawah laut itu tidak menghasilkan tsunami.

Gegaran gempa itu turut dirasakan penduduk di Denpasar di Pulau Bali dan sekitar Makassar di Sulawesi Selatan. - Bernama

0 comments: