Followers

Monday, November 9, 2009

Demokrasi kepala lembu bukan didalangi Umno: MB

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui demonstrasi membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Ogos lalu bukan didalangi Umno.

Beliau berkata, walaupun sebahagian besar peserta demonstrasi itu disertai penyokong Umno tetapi ia tidak mewakili atau melambangkang parti itu, sebaliknya ia tindakan individu.

Katanya, kerajaan negeri tidak boleh mengulas lanjut kejadian itu kerana mereka yang terbabit dengan insiden berkenaan telah didakwa di mahkamah.

Beliau menjawab soalan soalan tambahan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang meminta menjelasan siapa yang dimaksudkan terbabit dalam demonstrasi itu pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan asal Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) yang bertanyakan apakah usaha yang diambil kerajaan negeri bagi mengelak kejadian itu berulang, Abdul Khalid berkata,kerajaan negeri berjaya menanggani insiden itu secara matang dan mengelak berlaku kejadian lebih buruk.

Beliau secara sinis menggangap soalan Yap sebagai "pelik" dan meminta Yap "cermin diri" dan mendakwa kejadian demonstrasi itu disebabkan kegagalan kerajaan terdahulu menyelesaikan isu berkenaan.

"Cermin diri dulu sebelum buat soalan. Usaha ini telah lama dibangkitkan dan bukannya perkara baru," katanya.

0 comments: