ORANG ramai menunggu giliran pemeriksaan wabak H1N1 di Hospital Sungai Buloh, semalam. |
14 korban kes selesema babi
KUALA LUMPUR: Ketika kes kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkat 14 orang semalam, manakala keseluruhan kes mencecah 1,492, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran mengumumkan beberapa langkah terbaru bagi menangani wabak itu. Antaranya:
Hospital/klinik
Lakukan ujian lengkap ke atas golongan berisiko seperti pesakit asma dan wanita hamil.
22 hospital swasta dijadikan pusat saringan awal dengan dibekalkan antiviral Tamiflu.
Semua klinik kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan, dibekalkan dengan Tamiflu.
Klinik swasta dibenarkan membeli Tamiflu daripada farmasi.
Sekolah
Semua sekolah diarah memeriksa suhu badan murid setiap pagi.
Mengasingkan dan membawa murid yang demam melebihi 38 darjah Celsius ke klinik.
Lagi berita di ruangan Nasional
1 comments:
Solat hajat kena diperbanyakkan disemua tempat. Ini bukan penyakit biasa dah jadi bala ni.
Jangan hanya melihat upaya manusia sahaja tanpa memohon dari pencipta manusia itu sendiri.
Post a Comment