Followers

Saturday, June 19, 2010

Piala Dunia FIFA 2010: Belanda 1, Jepun 0

DURBAN: Sebaik separuh masa kedua bermula selepas Belanda dan Jepun terikat tanpa jaringan sebelum waktu rehat, saingan kumpulan E untuk perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Moses Mabhiba menyaksikan rembatan kencang perancang Belanda, Wesley Sneijder pada minit ke-53 ditampan masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Jepun, Kawashima.
Gol itu membuka permainan antara kedua-dua pasukan apabila Jepun mula mengasak bagi mencari gol penyamaan dan disambut serangan balas pasukan Belanda.
Sehingga tamat ke waktu tambahan, percubaan kedua-dua pasukan gagal menambah jumlah jaringan dan Belanda berpuas hati dengan kemenangan satu gol, seterusnya mengangkat pasukan itu sebagai peneraju kumpulan ketika ini.

0 comments: